Monday, 5 April 2010

Samir the Leader

Akhirnya soalan poll @ 3M dijawab sendiri oleh Arsene Wenger. Ketiadaan Cesc Fabregas di Nou Camp nanti akan digantikan dengan seorang lagi playmaker semulajadi, Samir Nasri. Berita ini sememangnya telah dijangkakan memandangkan skill dan vision Nasri mampu menghasilkan sesuatu di Nou Camp. Di bahagian sayap, Arsenal mampu mengharapkan Eboue, Walcott, Rosicky, Eduardo, Diaby dan Vela. Khabar buruk juga mengenai perisai pertahanan, Alex Song yang mengalami kecederaan ringan selepas perlawanan menentang Wolves. Tapi rasanya dah boleh main masa lawan Barca.

Wenger juga menyatakan kerisauannya terhadap katil-katil di bilik rawatan Arsenal yang telah penuh. 7 player dah pun booking untuk menginap lama di bilik rawatan sehingga ke akhir musim. Arshavin, Fabregas, Gallas, van Persie, Gibbs, Djourou dan Ramsey sudah hampir pasti untuk tidak lagi beraksi sehingga ke penghujung musim walaupun Wenger ada menyatakan harapannya untuk melihat aksi van Persie sebelum tirai musim ni diturunkan.

Manakala berita gembira dari Nou Camp mengatakan Zlatan Ibramovic berkemungkinan besar tidak akan beraksi di Nou Camp disebabkan kecederaan. Penggantungan Puyol dan Pique juga merupakan satu bonus besar bagi Arsenal. Namun harus diingat bahawa Barca mempunyai barisan back up yang jauh lebih hebat dari Arsenal.

Once A Gunner, Always A Gunner.

Highlight Serigala Dimeriam..

Sunday, 4 April 2010

Head It Like Bendtner



Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian....Mungkin itulah prinsip the Gunners sebelum memulakan perlawanan menentang Wolves. Cukup bersahaja dan bersopan santun sepanjang first half ditambah pula dengan kehebatan luar biasa Marcus Hahnneman yang layak menerima gelaran man-of-the-match. Wenger jelas memperlekeh-lekehkan Wolves dengan merehatkan Nasri, Diaby dan Bendtner. Taktik ini hampir-hampir memakan diri jika tidak disebabkan tandukan cantik Nick Bendi di saat-saat terakhir. Tangan aku dah pun hampir-hampir nak tekan butang off. Nasib baiklah Bendi memberikan harapan baru.


Pujian harus diberikan pada Super Rosicky yang berjaya mempamerkan aksi yang meyakinkan sepanjang game. Kesungguhan mamat dari Republik Czech ni untuk turun membantu defend dan memecut dengan kelajuan maksima untuk counter attack wajar diberikan ganjaran dengan aksi di Nou Camp minggu depan. Walcott sekali lagi kembali membuktikan bahawa dia hanya layak untuk jadi super sub minit ke 70. Skil dah ok, speed tak yah nak citer tapi bab nak score cukup payah. Denilson ok-ok je. Song terpaksa dikorbankan untuk menambah sengat di barisan serangan tapi die berjaya melaksanakan task yang diberi. Eboue plak dilayan macam sampah oleh ref. Walau kena foul bagai nak patah kaki pun tak dapat ape-ape.

Highlight sepanjang perlawanan semestinya kad merah yang dilayangkan pada Karl Henry. Commentator yang mabuk tu boleh berulang kali kata itu bukan tackle kad merah. Mata die letak kat kepala tang mane ntah. Tinggal tak patah kaki jer lepas mamat tu tackle Rosicky. Bagi aku no doubt memang kad merah. Kalu boleh bagi la segala kaler yang ade. Tackle dari belakang dah tu kalau silap sikit confirm patah kaki. Ape lagi commentator mangkuk tu nak back up Henry tu. Sebab Rosicky bukan player England ke??!! Bias tahap cipan la....

Walau ape pun...Man Utd kalah dan Arsenal menang. Kita kini memerlukan jasa baik Liverpool untuk menghasilkan magik terhadap Chelsea. Tapi harapan aku ialah janganlah Wenger buat lagi lawak cam tadi. Hampir gugur jantung dibuatnya. Bravo Bendi..We love you and your pink boots....

Rating @ 3M
Almunia - 7
Silvestre - 7
Campbell - 7.5
Vermaelen - 7.5
Sagna - 7.5
Walcott - 7
Eboue - 6.5 (Bendtner 7.5)
Denilson - 7
Song - 7 (Nasri 7)
Rosicky - 7.5
Eduardo - 6 (Vela 6)

Once A Gunner, Always A Gunner.

Friday, 2 April 2010

Menangkis serangan serigala


Mungkin inilah ujian yang paling mudah boleh diharapkan apabila pasukan anda kehilangan kapten, pemain pertahanan utama dan pemain sayap utama. Ketiadaan watak-watak utama seperti Fab, Gallas dan Arshavin mungkin menggugat harapan Arsenal untuk memenangi sesuatu musim ini tetapi bagi game esok ni sepatutnya kita dah ada back up bagi 3 pemain tersebut.

Mengikut pemerhatian, setiap kali Fabregas injured, Samir Nasri mampu menjelmakan sentuhan yang hampir-hampir sama. Kadang-kadang Diaby juga mampu untuk step up untuk menunjukkan betapa hebatnya aksi dribble ala-ala Vieiranya. Bab defensive serahkan saja pada Song dan Denilson. Untuk pengganti Arshavin, kita ada Vela, Eduardo dan Rosicky yang mampu untuk ambil alih posisi tu. Gallas sememangnya dah di replace oleh Campbell sejak kepulangannya ke Emirates. So, apa yang risau sangat. Sentuhan Fab semestinya akan dirindui lebih-lebih lagi sentuhan golnya yang nampak berhasil 2-3 menjak ni. Nasri agak slow bab tu. Diaby pun agak yo-yo. Kejap tahap Vieira kejap tahap Lucas (ade yang terasa ke??). Kalau Wenger dah bersedia untuk mengembalikan kepercayaan kepada bintang England, Theo Walcott aku rasa Arsenal dah ada satu team yang cukup mantap. Tapi cuma perlu berharap Vermaelen dan Campbell kekal mantap di bahagian pertahanan.


Di posisi serangan plak, kita hampir takde pilihan melainkan mengharapkan striker tinggi lampai Nicklas Bendtner yang kadang-kadang boleh hilang terus dalam satu-satu game tu. Melainkan ada keajaiban yang mampu dijelmakan oleh Robin Van Persie untuk kembali beraksi lebih awal. Namun buat masa ini kita serahkan pada Bendtner untuk menguji kesabaran kita dengan miss2 yang tak masuk akalnya. Berita baik untuk game besok ialah ada live kat Astro ESPN (ingatkan ada cubaan boikot lagi) pukul 9.55 malam. Prediction hamba ialah 3-1 untuk Arsenal. Diaby score 1 Bendtner score 2...kalau Craddock nak scorekan lagi own goal ok gak...
LINE UP:
-ALMUNIA-
-SAGNA--------CAMPBELL----------VERMAELEN--------------CLICHY
EBOUE---------NASRI---------SONG---------DENILSON-------DIABY
BENDTNER



Once A Gunner, Always A Gunner.

Happily Eboueafter


Walau ape sekali yang terjadi musim ini, pemain Ivory Coast yang juga merupakan penceria kem Arsenal sudah mampu berpuas hati atas sumbangannya musim ini. Walaupun menerima pelbagai kritikan, dicampak ke bangku simpanan dan dicemuh penyokong sendiri, Eboue tetap setia bersama Arsenal walaupun dikaitkan dengan pelbagai kelab. Diharapkan Eboue mampu memberikan sumbangan yang lebih berharga bagi baki musim ini.



Dalam pada tu, Arsene Wenger mengumumkan 3 berita buruk yang bakal meletakkan impian untuk memenangi liga dalam posisi bahaya. Kapten Fabolous Fab, William Gallas dan Andrey Arshavin berkemungkinan besar telah beraksi untuk kali terakhir bagi musim ini pada perlawanan menentang Barca semalam. Wenger juga memberikan hint bahawa penyerang sensasi Gunners, Robin Van Persie dah hampir untuk aksi pertama sejak recover dari injury. Harap-harap pemain harapan ni mampu kembali sebelum lawan Man City nanti.

Once A Gunner, Always A Gunner

Thursday, 1 April 2010

Masih ada harapan......


Fuhhhhh...Setelah sekian lama meninggalkan blog ni aku kembali. Bukan dah tak minat lagi nak update tapi beberapa bulan ni susah betul nak lekat depan PC. Tapi sekarang back to normal. Inilah masa yang terbaik untuk mulakan balik aktiviti-aktiviti harian dalam blog ni. So, harap gunners2 sekalian dapat bagi support berterusan cam dulu gak.

Nak dimulakan ceritanya...dah semestinya kena borak pasal match awal pagi tadi. Sebagai manusia yang normal, kita perlu akui bahawa kita cukup bernasib baik untuk pulang dengan keputusan seri 2-2. Mana tak nye..tengok la possesion sepanjang match tu. Cam kita plak yang main away. Tapi kalau ikutkan berapa kali gak kita pegang possesion 70% season ni tapi last2 sekadar seri. Dua gol dari pemain yang desperate untuk buktikan die bukannye flop Barca, Zlatan Ibramovic sudah cukup untuk memastikan Wenger tak tido malam sampai minggu depan.

Walaupun Arsenal mempamerkan aksi bertahan tahap gaban pada separuh masa pertama, kecederaan yang menimpa Gallas jelas memberikan impak yang besar. Penggantinya di posisi CB, Song jelas tersilap langkah untuk kedua-dua gol (mudah??) Ibra. Agak kaku dan terkial-kial dalam memerangkap Ibra bagi mendapatkan offside jelas memerangkap diri sendiri. Itulah harga yang terpaksa dibayar oleh Arsenal. Mungkin sekiranya Campbell yang menggantikan Gallas lain kesudahannya. Tapi, hakikatnya itu tak boleh dijadikan alasan. Walaupun melakukan kesilapan, bagi aku Song tetap mantap pagi tadi. Mungkin lebih sesuai sebagai DM tapi pemain Cameroon ni wajar diberikan pujian. Almunia @ Almunium yang memainkan karakter badut masa lawan Birmingham kembali memainkan watak hero. Bukan sesuatu yang baru bagi keeper yoyo ni bagi musim ni. Kejap power, kejap ala kadar, kajap bengap, kejap bengap giler2. Namun yang pastinya kita perlukan keeper berkelas dunia. Kalau dilihat pada persembahan malam tadi, Almunia mungkin berjaya menambat hati Wenger balik.

Theo Walcott yang sepatutnya dimasukkan awal-awal akhirnya membuktikan betapa kelajuan tahap pelesit beliau dapat mengucar-kacirkan mana-mana barisan pertahanan. Peluangnya untuk beraksi pada away game di Nou Camp juga nampak agak cerah dengan syarat Wenger takde lagi strategi pelik yang lain. CESC FABREGAS....berapa kali lagi kapten marvel Arsenal dapat selamatkan kita musim ni??!! Mungkin itulah persoalannya selepas pemain terbaik pelawanan terpaksa menerima hakikat yang die takkan beraksi di Nou Camp akibat kad kuning dan kecederaan. Gol kedua hasil sepakan penalti yang simple sudah cukup untuk melegakan (sekejap) hati jutaan penyokong the Gunners. Namun tugasan yang lebih sukar menanti barisan "si Kenit" Arsenal di Nou Camp. Mampukah keajaiban yang sama seperti di San Siro dan Bernebeau dijelmakan oleh batalion Arsenal nanti?? Kita nantikan jawapannya minggu depan.

Gambar Hiasan: Cesc di masa kanak2. Yang sebelah keeper tu Pique rasanye..


Once A Gunner, Always A Gunner.

Monday, 5 October 2009

Comeback Kings!!


Terlewat 5 minit untuk sampai ke kedai mamak menyebabkan aku tertinggal banyak benda. Tau2 Arsenal dah ketinggalan 0-1. Walau ape pun aku tak cuak walau sikit pun lepas member kat sebelah aku update player-player yang main malam tu. Rosicky,Arshavin,Fab,Diaby dan Song meyakinkan aku bahawa sesuatu mampu dijelmakan.

Aku terkejut dan kaget sekejap lepas menyaksikan rembatan ala meriam buluh dari Thomas (striker?? defender??)Vermaelen yang berjaya membolosi gawang Paul Robinson yang secara jujurnya beraksi cemerlang. "Dari mana datangnya mamat ni?" aku bertanya kat member sebelah yang merupakan die hard fan Liverpool. "Nasib je tu" jawabnya dengan nada sakit hati,jiwa dan pundi kencing. Gol tu sebenarnya tanda amaran dari Vermaelen kepada trio serangan the Gunners. "Kalau korang dah tak reti nak score biar aku je jadi striker" mungkin tu la yang dilaungkan Vermaelen lepas score gol ajaib tu.

"Wakakakaka....bolos lagi. Apa da Arsenal??!!"jerit member kat sebelah yang jelas datang untuk menyaksikan Arsenal tumbang di Emirates. Bolos buat kali kedua memang sedikit sebanyak mencuakkan. Rembatan Dunn mendapat sedikit bantuan dari Gallas sebelum menerjah ke gawang Vito Manonne. Ianya tak kekal lama. Tak sempat Big Sam nak adjust seluar, Arsenal mengamuk sekali lagi. Kali ni turn Robin van Persie plak untuk menyelit masuk dalam senarai penjaring. Aku cuba buat muka selamba supaya tak nampak over excited. Member kat sebelah jelas tertekan dan cuba buat muka selamba. Namun gol ketiga dari Andrey Arshavin meyakinkan aku untuk berlagak dengan member kat sebelah tu. "Baru tiga jer..Rase ade lagi gol nih.." dengan nada kerek aku berbisik kat member yang dah mula buat muka bebal. Mastermind bagi ketiga-tiga gol tersebut, tak lain dan tak bukan, Kapten Fabregas akhirnya menjarakkan lagi kedudukan dengan gol keempat. Wenger masih merasakan ada sesuatu lagi yang boleh dicilok menerusi perlawanan ni. Lalu dengan yakinnya die memasukkan Bendtner dan Walcott bagi menambah bisa di bahagian serangan. Hasilnya, satu lagi sentuhan Fabregas menghasilkan gol. Theo Walcott yang baru masuk menyumbat gol kelima Arsenal.


Orang tamak selalu rugi...menyedari perkara ni, Wenger mengeluarkan Fabregas demi mengelakkan Blackburn terus terbakar. Namun senjata rahsia Gunners, Nicklas Bendtner yang masih trauma disebabkan kemalangan kereta minggu lepas, meledakkan gol terakhir perlawanan yang sekali gus menutup terus semangat juang anak buah Big Sam. BRAVO dan 5 star!! Itulah kesimpulan yang dapat dibuat menerusi perlawanan ni.

Tidak dilupakan juga kepada bekas kapten, Thierry Henry yang sempat meluangkan masa untuk mengunjungi bekas rakan sepasukan dan tak henti-henti tepuk tangan sepanjang perlawanan. Aku kagum dengan semangat mamat ni dan berharap dia akan pulang ke Emirates satu hari nanti. In Henry We Trust also la....

Once A Gunner, Always A Gunner...