Saturday, 29 August 2009

Old Trafford bakal dibedil!!!


Seperti yang diharapkan Patrice Evra, awal pagi esok Arsenal bakal menurunkan 11 men untuk menentang Man Utd. Tiada lagi istilah boys kali ni. Tanpa kapten Fabregas, dijangkakan Robin Van Persie bakal mengetuai kontijen meriam merah di Old Trafford. Jika dilihatkan pada rekod semasa, Arsenal sememangnya favorite untuk menang tapi Man Utd semestinya bermati-matian untuk mengembalikan moral mereka sejak kekalahan memalukan di tangan Burnley.

Walaupun kecoh dengan kontroversi Dudu, Wenger menegaskan anak buahnya tak ambik pusing taktik-taktik kotor untuk mengganggu persiapan mereka untuk match ni. Dengan ketiadaan Walcott, Eboue dijangkakan akan mengisi kekosongan tu. Jack Wilshere mungkin akan diberikan peluang untuk memanaskan bangku simpanan(please Wenger!!). Hakikatnya masalah kecederaan Arsenal jauh lebih kronik dari masalah ketiadaan Ronaldo di kem Man Utd. Takde Rosicky, Walcott, Fabregas dan Nasri. Pergh!!! Dari mana kita boleh harapkan magik sentuhan-sentuhan berbisa untuk perlawanan ni. Tapi jangan terlalu awal mengalah. Arsenal Boleh!!

Aku budget game ni akan berkesudahan 1-1....

Once A Gunner, Always A Gunner..

Thursday, 27 August 2009

Eduardo..tutup telinga!





Arsenal menang 3-1 tapi TheSun dan DailyMail nampaknya lebih berminat dengan penalti yang diberikan pengadil untuk Arsenal. Jika sebelum ni Arsenal pernah menjadi mangsa penalti bodoh oleh pengadil, buat pertama kalinya pengadil memberikan penalti berdasarkan benefit of doubt. Sebelum ni Ronaldo pernah dive, Drogba pernah dive dan juga Babel tapi seringkali dimaafkan dengan segera takpun koman2 kena kutuk dalam satu perenggan je. Tapi sebab kali ni Eduardo yang dituduh dive, akhbar "murahan" TheSun sanggup allocate satu kolum khas untuk mengutuk pemain antarabangsa Croatia ni. Itulah nasib kalau jadi player Arsenal wahai Dudu. Buat bodoh jer...You ROCKS!!!


Gol pertama aku kategorikan sebagai benefit of doubt. Kalau tengok dari angle ref memang penalti sebab nampak sangat si "LEMBU" Boruc datang menyergah Eduardo macam nak patahkan kaki die sekali lagi. Perlukah die terus berdiri tegak untuk menerima terjahan Boruc yang semestinya akan patahkan balik kaki die atau kene lompat untuk elakkan terjahan tu? Bagi aku Eduardo bukan dive untuk penalti die sekadar lompat untuk elakkan terjahan. Lutut Boruc memang kena kat kaki Eduardo. "Contact dengan pemain lawan dalam kotak penalti selepas bola berada di luar jangkauan"-keputusan?? simple, PENALTI. Referee ambil keputusan yang tepat tapi memang agak kejam. Tapi who cares?? Kami pun pernah jadi mangsa kekejaman camnie. Lagipun bukan gol tu je yang menidakkan peluang Celtic. Dieorang memang totally outclassed.The best team won!!


Gol kedua disumbangkan oleh pemain "kesayangan" peminat, Emmanuel Eboue. SIMPLE AND SMART GOAL. Gerakan awal yang disudahkan dengan selamba oleh Eboue ni menutup terus peluang Celtic. Walaupun dengan ketiadaan RVP dan Arshavin, Arsenal tetap mempamerkan permainan mantap dan bergaya. Gol ketiga merupakan "amaran" bagi Alex Ferguson yang terkebil-kebil menonton perlawanan awal pagi tadi. Gerakan menarik yang disudahkan dengan kelas tersendiri oleh Arshavin bagi meletakkan Arsenal 5-0 secara aggregate sebelum Arsenal menghadiahkan satu gol kepada Celtic menerusi Masimmo Donatti. Kesimpulannya....5 Star Arsenal...BRAVO

Once A Gunner, Always A Gunner..

Monday, 24 August 2009

Jom ramai-ramai masuk hospital...


Musim sakit di kem Arsenal dah kembali!! Terbaru kapten Cesc dikatakan akan memanaskan katil rumah sakit Arsenal selama 3 minggu. Walaupun masih belum dipastikan, kemungkinan besar Cesc akan diketepikan dari kesebelasan utama menentang Man Utd hujung minggu ni. ARGHHH!!!Untuk rekod, Fabianski (injured 2 bulan), Nasri ( 7 minggu lagi), Rosicky (sendiri mau paham la..), Walcott( elok tapi tak elok lagi..), Djourou (sebulan) dan Vela(sebulan) merupakan pesakit-pesakit yang bakal menemani Cesc di rumah sakit nanti.

Dengan ketiadaan Nasri, Rosicky,Fabregas dan Walcott, tugas besar menanti Mr Arsenal, Robin van Persie. Harap-harap Cesc mampu mencipta kejutan sebelum perlawanan ni nanti. OK..awal pagi esok Arsenal akan berdepan dengan cabaran Celtic untuk memastikan tempat di Champions League musim ni. Dengan kelebihan 2 away goal, Arsenal mungkin akan menurunkan skuad Carling Cup bagi merehatkan pemain-pemain utama yang perlu menyimpan tenaga bagi misi balas dendam hujung minggu ni. Aku budget Arsenal menang tipis 1-0.

Once A Gunner, Always A Gunner..

Sunday, 23 August 2009

Warmup dah habis.....Bring on Man Utd!!!

Baru sahaja dua perlawanan berlalu, Arsenal dah mula mengganas dengan menjaringkan 10 gol. Kemenangan semalam diharap dapat menyampaikan mesej yang jelas kepada pengkritik-pengkritik setia the Gunners yang sibuk nak menidakkan peluang Arsenal untuk kekal di kelompok Big 4 musim ni. Mungkin terlalu awal untuk mendabik dada tapi dirasakan pasukan yang ada sekarang ni mampu membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala season ni. In Arsenal We Trust!!

ALMUNIA
SAGNA -- VERMAELEN -- GALLAS -- GIBBS
FABREGAS -- DENILSON
ARSHAVIN -- ABOU -- EDUARDO
RVP

Walaupun berkesudahan 4-1, Arsenal sepatutnya menang dengan margin yang lebih besar jika dilihat pada penguasaan bola dan attempt on target. David James sememangnya layak diberikan pujian disebabkan beberapa saves dari keeper England ni yang berjaya menyelamatkan Pompey dari dimalukan dengan jumlah gol yang lebih besar. Gol pertama dan kedua disumbat oleh Varisikki Abou Diaby hasil assist dari Eduardo dan Eboue. Gerakan Eduardo untuk gol pertama berjaya meyakinkan aku yang pemain Croatia ni dah kembali menemui sentuhan berbisanya. Dengan ketiadaan Nasri dan Rosicky kita sememangnya memerlukan seorang pemain kreatif macam Dudu. Walaupun Pompey cuba memberikan saingan dengan menyumbat gol menerusi Kaboul, Arsenal terus mengganas dengan gol ketiga menerusi GALLAS!!! 3 gol dalam 3 perlawanan. Komentator sempat melawak dengan mengatakan jersi no.10 memang sesuai diberikan kat mamat ni. Gol keempat merupakan gol favorite aku. Through pass kapten Robin berjaya disambut Rambo Ramsey yang tenang menyudahkan gerakan untuk gol keempat the Gunners. "Game Over..Mana Man Utd??" tanya Arsene Wenger.huhuhu..


Rating @ 3M : Almunia (6) Sagna (6) Vermaelen (6) Gallas (7) Gibbs (6) Denilson (6) Fabregas (6) Arshavin (6) Diaby (8) Eduardo (7) RVP (7.5)

Once A Gunner, Always A Gunner..

Thursday, 20 August 2009

Sepakat Membawa Berkat

Sebaik sahaja Toure dan Adebayor dijual, ramai yang menidakkan peluang Arsenal untuk menjulang sebarang piala musim ni. Tapi Arsene Wenger cukup yakin dengan tindakannya. Nampaknya dia betul lagi. Arsene Knows!! Akhirnya die memecahkan kebuntuan di sebalik misteri di sebalik penjualan dua pemain tu. Pertelingkahan Bendtner-Ade dan Gallas-Toure sememangnya menganggu keharmonian di bilik persalinan Arsenal sepanjang musim lepas. Apatah lagi dengan beberapa episod kekalahan kepada team-team bawahan, situasi bertambah buruk. Saling tunding-menunding berlaku dan sekali gus memberikan peluang kepada pihak media untuk menghentam Arsenal. Ianya berhasil. Tiada piala yang dijulang Arsenal musim lepas. Jadi professor telah mengatur Plan B untuk mengatasi masalah yang boleh dikategorikan Tahap 5 ni. Toure dan Ade dijual tanpa berfikir panjang. Hasilnya??!! Setakat ni dah 3 player yang secara terbuka mengakui betapa langkah Wenger itu berjaya mengembalikan keharmonian dalam bilik persalinan Arsenal mahupun atas padang. Persefahaman antara pemain-pemain dilihat semakin baik dan semangat ke"Arsenal"an semakin mantap. Bravo Prof..You are the best!!

Andai ditanya pada peminat-peminat Arsenal, aku berani jamin hampir kesemua mereka akan menamakan Robin van Persie sebagai pemain yang layak diberi gelaran Mr.Arsenal. Komitmen dan kesungguhan yang dipamerkan pemain senior ni amat mengagumkan. Walaupun masih belum meledakkan sebarang gol untuk musim ni, setiap gol Arsenal pasti akan ade sentuhan pemain Belanda ni. Kombinasinya dengan Arshavin semakin mantap dan kemampuannya untuk menghasilkan peluang menjaringkan gol bagi rakan-rakan sepasukan sememangnya tak dapat disangkal lagi. Persie mengakui betapa dia semakin selesa dengan pasukan jelmaan baru musim ni. Dia juga mengakui betapa semangat berpasukan yang selama ni agak pudar di Emirates kini berjaya dikembalikan. Van Persie yang sememangnya dah sebati dengan corak permainan Arsene Wenger mengakui die sikit pun tak heran sebab tak score lagi. Sebaliknya die berbangga dengan sumbangannya terhadap pasukan. Sejak pemergian Henry, van Persie berjaya mengisi kekosongan tersebut. Mamat ni jugak sering mengingatkan aku pada lagenda Gunners, Dennis Bergkamp. Selamba, touch yang penuh class, low profile dan komited. Harap-harap dia akan kekal di Emirates dan terus memberi sumbangan pada Arsenal.


"Aku fobia!!" luah Georgios Samaras setelah tamatnya perlawanan Celtic vs Arsenal. Die tanpa segan silu mengakui Celtic sememangnya bukan lawan yang sesuai bagi Arsenal. Samaras yang pernah beraksi untuk Manchester City membayangkan laluan yang lebih sukar menanti pasukannya di Emirates. Corak permainan yang jauh berbeza menjadikan usaha Celtic untuk mengekang serangan bertali arus dari Arsenal semakin sukar. Kenyataan Samaras ini semestinya mengecewakan Tony Mowbray yang sebelum ini melaungkan keyakinan untuk menembusi gawang Arsenal di Emirates pada return leg nanti. Namun Samaras mengakui Celtic cuba berusaha untuk membina pasukan ala Arsenal's way. Die juga mengakui usaha ini sememangnya sukar dan bakal mengambil masa yang lama. Kalau menjadi ianya pasti mengangkat reputasi Mowbray selaku "The New Wenger".

Once A Gunner, Always A Gunner..

Wednesday, 19 August 2009

Opss...Sorry tak sengaje...

Ayat kat atas ni lah yang mungkin dikatakan oleh Gallas dan Clichy selepas tamatnya perlawanan Celtic vs Arsenal semalam. Arsenal menang 2-0 seperti yang aku predict dan memacakkan sebelah kaki di pusingan akhir CL. Return leg di Emirates pastinya seperti mendaki Everest bagi pemain-pemain Celtic.


Gol pertama hasil jaringan William Gallas sememangnya highlight sepanjang match ni. Entah dari mana bekas kapten ni muncul untuk deflect freekick Cesc Fabregas bagi gol pertama Arsenal. Memang agak pelik tapi berbaloi la kalau tengok cara Arsenal dominate match awal pagi tadi ni. Separuh masa kedua memang milik Arsenal. Celtic dilihat seolah-olah hilang idea dan agak gopoh. Kesungguhan pemain-pemain Arsenal layak diberi pujian terutamanya Vermaelen, Gallas, Clichy, Fabregas dan Song. Song sekali lagi membuktikan betapa slot DM kini adalah miliknya. Cukup commanding dan komited sepanjang perlawanan tapi sekali-sekala ada gak terlepas bola. Gol kedua takde ape sangat nak diceritakan. Dah name pun own goal. Tapi gerakan Clichy sebelum gol tu memang smart dan meyakinkan. Mungkin satu amaran bagi Kieran Gibbs untuk menggandakan usahanya untuk merampas posisi pemain "senior" Arsenal ni.


Jadi, impian untuk beraksi di Champions League kini semakin hampir dan diharap takde sebarang kesilapan yang bakal dilakukan oleh pemain-pemain Arsenal masa return leg nanti. Walau ape pun, hujung minggu ni cabaran Portsemut menanti anak muda the Gunners. Ayuh teruskan rentak kemenangan!!

Once A Gunner, Always A Gunner..

Tuesday, 18 August 2009

Ayuh kembali ke dunia sebenar!!!

Keputusan 6-1 tempoh hari sememangnya sesuatu yang sangat menggembirakan. Tapi ini bukannya masa untuk bersuka-suka atau melayang-layang dalam fantasi bagi pemain-pemain muda the Gunners. Misi seterusnya terhidang malam ni menentang kelab Scotland, Celtic yang sekarang ni dibimbing oleh bekas pengurus West Brom, Tony Mowbray.

Turun selaku pendahulu liga Inggeris sememangnya suatu tekanan bagi pemain-pemain the Gunners tapi Mr Wenger yakin spesimen-spesimen eksperimennya mampu mendiamkan sorakan penyokong-penyokong Celtic dan pulang dengan 3 mata penuh dari Glasgow. Walau apa pun harus diingat bahawa Celtic bukanlah kelab picisan dan boleh dibenam semudah Everton. Memiliki pengalaman dan penyokong-penyokong fanatik yang mampu menggerunkan lawan. Itulah yang menceritakan pasukan gergasi Scotland ini.

Selepas kemenangan besar menentang Everton, Arsenal seharusnya mampu meneruskan tempo kemenangan. Kemunculan Thomas Vermaelen minggu lepas menerima pujian melambung dari pelbagai pihak sehinggakan ada yang mengatakan dialah "missing piece" dalam team Arsenal selama ni. Mana taknye, tackle-tackle ganas dan clearance heading mamat ni amat menyakinkan dan menggerunkan. Diharap die dapat memainkan peranan yang sama awal pagi esok demi mengesahkan tiket ke Champions League.

Ok..seperti biase, prediction 3M : Celtic 0 Arsenal 2...

Once A Gunner, Always A Gunner...