Monday 5 October 2009

Comeback Kings!!


Terlewat 5 minit untuk sampai ke kedai mamak menyebabkan aku tertinggal banyak benda. Tau2 Arsenal dah ketinggalan 0-1. Walau ape pun aku tak cuak walau sikit pun lepas member kat sebelah aku update player-player yang main malam tu. Rosicky,Arshavin,Fab,Diaby dan Song meyakinkan aku bahawa sesuatu mampu dijelmakan.

Aku terkejut dan kaget sekejap lepas menyaksikan rembatan ala meriam buluh dari Thomas (striker?? defender??)Vermaelen yang berjaya membolosi gawang Paul Robinson yang secara jujurnya beraksi cemerlang. "Dari mana datangnya mamat ni?" aku bertanya kat member sebelah yang merupakan die hard fan Liverpool. "Nasib je tu" jawabnya dengan nada sakit hati,jiwa dan pundi kencing. Gol tu sebenarnya tanda amaran dari Vermaelen kepada trio serangan the Gunners. "Kalau korang dah tak reti nak score biar aku je jadi striker" mungkin tu la yang dilaungkan Vermaelen lepas score gol ajaib tu.

"Wakakakaka....bolos lagi. Apa da Arsenal??!!"jerit member kat sebelah yang jelas datang untuk menyaksikan Arsenal tumbang di Emirates. Bolos buat kali kedua memang sedikit sebanyak mencuakkan. Rembatan Dunn mendapat sedikit bantuan dari Gallas sebelum menerjah ke gawang Vito Manonne. Ianya tak kekal lama. Tak sempat Big Sam nak adjust seluar, Arsenal mengamuk sekali lagi. Kali ni turn Robin van Persie plak untuk menyelit masuk dalam senarai penjaring. Aku cuba buat muka selamba supaya tak nampak over excited. Member kat sebelah jelas tertekan dan cuba buat muka selamba. Namun gol ketiga dari Andrey Arshavin meyakinkan aku untuk berlagak dengan member kat sebelah tu. "Baru tiga jer..Rase ade lagi gol nih.." dengan nada kerek aku berbisik kat member yang dah mula buat muka bebal. Mastermind bagi ketiga-tiga gol tersebut, tak lain dan tak bukan, Kapten Fabregas akhirnya menjarakkan lagi kedudukan dengan gol keempat. Wenger masih merasakan ada sesuatu lagi yang boleh dicilok menerusi perlawanan ni. Lalu dengan yakinnya die memasukkan Bendtner dan Walcott bagi menambah bisa di bahagian serangan. Hasilnya, satu lagi sentuhan Fabregas menghasilkan gol. Theo Walcott yang baru masuk menyumbat gol kelima Arsenal.


Orang tamak selalu rugi...menyedari perkara ni, Wenger mengeluarkan Fabregas demi mengelakkan Blackburn terus terbakar. Namun senjata rahsia Gunners, Nicklas Bendtner yang masih trauma disebabkan kemalangan kereta minggu lepas, meledakkan gol terakhir perlawanan yang sekali gus menutup terus semangat juang anak buah Big Sam. BRAVO dan 5 star!! Itulah kesimpulan yang dapat dibuat menerusi perlawanan ni.

Tidak dilupakan juga kepada bekas kapten, Thierry Henry yang sempat meluangkan masa untuk mengunjungi bekas rakan sepasukan dan tak henti-henti tepuk tangan sepanjang perlawanan. Aku kagum dengan semangat mamat ni dan berharap dia akan pulang ke Emirates satu hari nanti. In Henry We Trust also la....

Once A Gunner, Always A Gunner...