Sunday 31 May 2009

MERIAMMALAYSIA berehat seminggu

Disebabkan blogger bakal ke luar negeri atas sebab-sebab tertentu, Meriammalaysia akan berehat selama seminggu. Tetapi diharap pembaca-pembaca dapat terus berchatting di Konti Meriam dan update mana-mana berita yang patut. Iklan-iklan dan promosi-promosi adalah DILARANG!!!

Once A Gunner, Always A Gunner..

MUSIM BERAKHIR .. MARI BEREHAT

Tamatnya musim EPL 08/09 bermakna Arsenal masih berada dalam kelompok elit EPL. Walaupun tak dapat kelayakan automatik Champions League, kita tetap memberikan saingan terbaik untuk musim ni. Tahniah kepada semua pemain dan juga peminat yang tak henti-henti memberikan sokongan kepada pasukan muda The Gunners ini.

Walaupun mengakhiri musim tanpa sebarang piala, kita tetap boleh berbangga dengan kejayaan memasuki separuh akhir FA Cup dan Champions League yang dikira satu pencapaian besar. Pada awal musim ramai yang berpendapat Arsenal akan terkeluar dari top 4 tapi barisan pemain muda Arsenal berjaya menidakkan tanggapan tersebut. Tidak terkecuali juga mereka yang berpendapat Arsenal takkan ke mana dalam saingan Champions League. Tapi kita tetap mara sehingga ke pusingan separuh akhir.

Untuk musim depan, masih belum ada sebarang pembelian baru dari Arsenal. Cuma seperti biasa gossip-gossip liar kedengaran. Seperti biasa ramai pemain-pemain hebat yang dikaitkan dengan Arsenal. Gareth Barry, Hangelaand, Xabi Alonso, Santa Cruz dan ramai lagi yang dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal. Tapi dikatakan Arsene Wenger enggan untuk menjenguk pasukan-pasukan lain untuk pemain baru kerana dia berpendapat pasukannya sendiri penuh dengan bakat-bakat hebat. Memamng betul!! Buktinya pemain-pemain Youth Arsenal dilihat mampu meloloskan diri ke pasukan utama tidak lama lagi.


JACK WILSHERE!! Pemain kecik-kecik cili padi ini kerap disamakan dengan Andres Iniesta disebabkan kebolehannya untuk mengucar-kacirkan pertahanan lawan dan pada masa yang sama berupaya menjaringkan gol. Diharapkan pemain muda ini dapat memberikan sumbangan kepada Arsenal pada musim depan. Tidak dilupakan juga pemain-pemain lain seperti Sanchez Watt, kapten Jay Emmanuel-Thomas, Henri Lansbury dan Gilles Sunu.

Ramai juga pemain Arsenal yang dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Arsenal. Yang berada di puncak senarai tu semestinya Emmanuel Adebayor yang dikaitkan dengan Inter dan AC Milan. Adebayor yang gagal menyerlah musim ini dikatakan kurang senang dengan sambutan yang diberikan oleh penyokong terhadapnya. Ade, memang dah adat dalam bola sepak. Bila main macam nak tak nak tak de penyokong yang nak cium sayang kau!! Kalaulah kau kekal di Emirates musim depan tolong berubah dan berhenti bercakap pasal pasukan-pasukan lain. Fokus kat Arsenal dan Arsenal sahaja!!! Pemain-pemain lain seperti Fabregas dan Van Persie menolak spekulasi yang mengaitkan mereka dengan perpindahan ke pasukan-pasukan lain.

Once A Gunner, Always A Gunner..

Tuesday 26 May 2009

Tekanan Berakhir.....

Relegation Battle sememangnya fokus hari Ahad lepas.Tapi kenapa sampaikan langsung takde highlight gol-gol Arsenal masa break first half?? Gol-gol match lain semua ditayangkan tapi perlawanan yang paling menarik hari tu(aku sanggup download semalam), langsung tak diendahkan. Astro berat sebelah!! Itulah kesimpulannya. Andai Stoke score dulu hari tu confirm gol tu disiarkan. Disebabkan itulah review untuk match tu terpaksa dilewatkan. Aku hanya akan review lepas tengok full match. Highlight2 tak main la.

Vito Mannone
Sagna -- Toure -- Song -- Gibbs
Walcott -- Fabregas -- Denilson -- Diaby
van Persie -- Arshavin

Setelah sekian lama sejak berpindah dari Zenit Arshavin terpaksa beraksi di bahagian sayap kiri, dalam match ni dia berpeluang berpasangan dengan Robin van Persie di bahagian serangan dengan Diaby menggantikan tempatnya di bahagian sayap kiri. Sebelum tu harus diingat yang kita pernah kalah memalukan dengan Stoke awal season dengan dendam membara masih tersimpan terhadap Thomas Sorensen. Andai menang match ni bermakna hanya Fulham dan Liverpool je yang gagal dikalahkan Arsenal musim ni.

Gol pertama hasil jaringan penyerang sensasi Stoke, James Beattie. Malangnya die score di penghujung yang salah. Cross dari Fabregas gagal dikawal Beattie yang secara tak sengaja tersepak masuk gol sendiri. Tapi gerakan Arsenal sebelum tu memang layak disudahkan dengan gol. Pujian untuk Walcott yang bermain dengan penuh konsisten dalam perlawanan ni.

"Liat giler ko ni!!"jerit Shawcross kepada van Persie sebelum menjatuhkan pemain terbaik Arsenal dalam kotak penalti. Penalti dihadiahkan dan van Persie dengan selamba menyempurnakan sepakan penalti yang serba sedikit mengubat duka dilayangkan kad merah dalam perlawanan yang sama awal musim ni. Tapi penjaga gol masa tu bukan Sorensen. Jadi dendam Persie masih belum berkesudahan. "Aik masuk lagi!!!"jerit Tony Pulis apabila pasukan bimbingannya kembali dirobek kali ni oleh Varisikki Abou Diaby. Sepakan percuma van Persie ditanduk dengan cantik oleh Diaby untuk membolehkan Arsenal mendahului 3-0 dalam masa 18 minit, satu rekod untuk musim ni.

CUAI!! Itulah yang boleh disimpulkan terhadap performance Denilson untuk musim ni. Kali ni die kembali menunjukkan kecuaiannya apabila menjatuhkan Fuller dalam kotak penalti yang menyebabkan Stoke menjaringkan gol pertama. Namun Sorensen dimasukkan bagi membolehkan Stoke tidak dimalukan dengan lebih teruk lagi. Malangnya, van Persie mempunyai plan yang berbeza. Peluang terbaik untuk melangsaikan hutang awal musim. Gol tercantik perlawanan dijaringkan melepasi jangkauan Sorensen. Satu voli kaki kiri yang jelas membuktikan penyerang Belanda ini merupakan penyerang terbaik Arsenal untuk musim ni dan musim depan.

Dalam perkembangan lain, Arshavin kembali melaungkan komitmennya terhadap Arsenal apabila berjanji akan lebih menonjol musim depan selepas merasakan dia langsung tidak menyumbang apa-apa musim ni.Kau salah Arshavin!! Sumbangan kau untuk musim ni cukup kritikal untuk kelab dan peminat. Namun kita masih mengharapkan sentuhan berbisa Arshavin bakal dilihat dalam saingan CL musim depan.

Rating @ 3M : Mannone (6), Sagna (7), Toure (7), Song (7), Gibbs (7.5), Walcott (7.5), Denilson (5), Fabregas (8), Diaby (7), van Persie (9.5), Arshavin(7 )

Once A Gunner, Always A Gunner..

Sunday 24 May 2009

Arsenal vs Stoke

Perlawanan terakhir musim ni pastinya bakal disaksikan oleh setiap peminat bola sepak seluruh dunia. Namun seperti yang kita semua sedia maklum tumpuan kini bukan lagi kat pasukan-pasukan yang berada di puncak liga tetapi pasukan-pasukan yang berada kat slot terbawah liga. Dengan West Brom yang awal-awal dah tempah tiket ke Championship, kini masih berbaki dua lagi pasukan yang bakal menemani West Brom. Ramai yang menjangkakan Hull City dan Middlesbrough yang bakal menjadi mangsa seterusnya. Walaupun Newcastle dan Sunderland turut berpeluang untuk disingkirkan, magik Alan Shearer dan Ricky Sbragia dijangkakan mampu menyelamatkan kedua-dua pasukan ni.

Untuk perlawanan Arsenal v Stoke City, Astro pastinya takkan tayang live match tu. Tapi bagi mereka-mereka yang berminat untuk layang streaming bolehlah gi kat http://iraqgoals.net/game411.html

Hajat Vito Mannone untuk beraksi malam ni bakal ditangguhkan dengan Lukas Fabianski yang dikhabarkan dah pulih dan bakal beraksi malam ni. Adebayor injured!!! Mungkin Wenger tak nak risikokan mamat ni sebab kalau injured malam ni harga turun nanti. Sia-sia je. Bendtner dan van Persie dijangka akan diberi kepercayaan untuk menembusi kubu Stoke. Jangan terkejut plak kalau Wenger gamble letak Vela dan Bendtner. Kat bawah ni prediction line up untuk malam ni. Aku predict Arsenal menang 3-0.


Berita transfer plak. Arsenal dikatakan akan mendapatkan khidmat pemain pertahanan Belgium dan Ajax Armsterdam, Thomas Vermaelen (23 tahun). Pemain ni dikatakan cukup kebal dalam mengawal benteng pertahanan dan berupaya menjaringkan gol melalui tandukan. Sample gol dia ada kat bawah ni. Sah atau belum sah sama ada pemain ni akan ke Arsenal masih belum dapat dipastikan. Sekadar rumours semata-mata.

Once A Gunner, Always A Gunner..

Saturday 23 May 2009

Arsenal Juara FA Cup

Arsenal akhirnya menjuarai Piala FA awal pagi tadi. Tapi bukan hasil sumbangan pasukan utama sebaliknya pasukan remaja Arsenal. Walaupun masih ada satu lagi leg kat Anfield peluang untuk kalah amatlah tipis sebab dalam first leg kita menang 4-1. Yang menariknya 3 gol jaringan Arsenal diilhamkan oleh Jack Wilshere. Pemain muda ni nampak makin menghampiri slot dalam kesebelasan utama Arsenal Senior.

Gol pertama dijaringkan Gilles Sunu melalui hantaran Jack. Gol kedua plak dijaringkan sendiri oleh Jack melalui sepakan penalti. Gol ketiga merupakan gol terbaik perlawanan yang dijaringkan Sanchez Watt. Hantaran kemas Jack disudahkan dengan penuh selamba oleh pemain berusia 18 tahun, Sanchez Watt. Gol terakhir plak dijaringkan oleh klon Adebayor, Jay Emmanuel-Thomas. Seperti biasa lepas score mamat ni celebrate ngan tarian Togo ala Adebayor. Tapi finishing die memang berkualiti. Selaku kapten untuk perlawanan malam tadi Emanuel Thomas wajar dipuji. Harap-harap penyakit pemain senior yang senang hilang fokus bila dah leading tak berjangkit kat pemain-pemain remaja ni. Good Luck untuk second leg. Ayuh Jack and the Gang!!

VITO MANNONE !! Kemungkinan besar penjaga gol kelahiran Itali yang juga penjaga gol no.3 Arsenal akan bakal diturunkan Ahad ni disebabkan kecederaan lutut Lukas Fabianski. Mungkin masa yang sesuai untuk menimba pengalaman di peringkat tertinggi. Lagipun memang peminat-peminat Arsenal tak pernah menyaksikan aksi pemain ini. Sumbangan terakhir dia hanyalah masa pre-season match masa lawan Barnett, Dia berjaya mengekalkan clean sheet dalam perlawanan tu. Namun masih belum dapat dipastikan sama ada dia betul-betul akan diturunkan sebab masih ada masa lagi untuk Fabianski pulih sepenuhnya. Walau siapa pun yang diturunkan, diharapkan mampu untuk mengekang sebarang lontaran-lontaran dan tandukan-tandukan zirafah-zirafah Stoke City.

"Kalau peminat kutuk aku boleh terima, kalau shareholder kutuk wa cukup panas!!" kata Arsene Wenger apabila disoal mengapa dia begitu tertekan sebaik sahaja mesyuarat dengan shareholders minggu lepas. "Wa bukan panas sebab dieorang kutuk wa tapi yang wa hangin wa punya budak-budak kena kutuk!!" jelas the Professor yang memang ada rekod bersih dalam mem"back up" pemain-pemain dia walau sehampeh mana pun mereka.

Dalam perkembangan lain, Arsenal dilaporkan bersetuju untuk membayar 15 juta untuk mendapatkan pemain kelahiran Norway, Brede Hangelaand dari Fulham. Berita ni masih belum disahkan oleh pengurusan Arsenal tapi kalau sah berita ni bakal disambut dengan senyuman lebar oleh setiap peminat Arsenal. Tapi aku tak berapa yakin sebab memang sukar Arsene Wenger nak bayar 15 juta untuk pemain pertahanan. Kalau betullah jumlah tu, Hangelaand bakal menjadi pemain pertahanan termahal Arsenal setakat ni. Sama-samalah kita nantikan sebarang pengumuman rasmi.

Sebelum tutup cerita, mari kita sama-sama preview kehebatan pemain kita yang bakal kembali beraksi musim depan. Rembatan-rembatan kencang die sememangnya dirindui oleh setiap peminat Arsenal. Diharapkan Tomas Rosicky akan kembali dan kekal sepanjang musim depan. Layan...

Once A Gunner, Always A Gunner

Thursday 21 May 2009

Pakai gi pejabat pun boleh....

Midnite Blue !! Itulah warna jersi away baru Arsenal untuk musim. Jersi baru ni cukup simple atau terlebih simple tapi dipenuhi dengan seni-seni halus. Lining biru muda kat tepi dan kolar jersi nampak smart. Walau ape pun jersi baru ni pastinya mengundang rasa gumbira mereka-mereka yang selama ni dihalau keluar pak guard kat universiti, kolej, pejabat atau perpustakaan sebab pakai T-Shirt tak berkolar.

Walaupun ada ura-ura mengatakan jersi away baru Arsenal warna hijau, ianya jelas satu lagi episod Wakenabeb!!. Mungkin biru bakal membawa tuah yang berlainan musim depan. Jersi home dikhabarkan akan kekal dan jersi penjaga gol masih belum dikeluarkan. Nike memilih untuk design yang simple dan profesional.Jersi baru ni mungkin kurang sesuai untuk digunakan untuk upacara tari-menari oleh adebayor and geng. Mungkin nampak pelik. Tapi aku memang suka dengan jersi baru ni.

Perlawanan hujung minggu ni bakal menyaksikan 1,000 peminat Arsenal berarak untuk menunjukkan sokongan tak berbelah bagi mereka terhadap Arsene Wenger. Seperti yang kita semua sedia maklum, Wenger menolak dakwaan yang dia akan keluar dari the Gunners hujung musim ni. Diharap luka di hati the Professor yang dikecam hebat shareholders akan terubat sikit dengan sokongan peminat-peminat setia ni.

Untuk undian minggu lepas, sebanyak 47% pengundi memilih David Villa sebagai pemain yang sepatutnya berada di Arsenal musim depan. Adakah 13 juta sudah cukup untuk mendapatkan khidmat penyerang berbisa tu? Atau adakah Arsene perlu jual Ade untuk dapatkan dana tambahan untuk menampung kos pembelian Villa nanti? Lu pikir la sendiri...16% pengundi berpendapat Xabi Alonso dan Yaya Toure merupakan pemain yang dicari Arsenal musim depan. 7% mengundi untuk Brede Hangelaand. Peliknya, ada 4% yang berpendapat Arsenal tidak perlu mendapatkan khidmat mana-mana pemain baru sebab skuad sekarang dah cukup bagus.

Dalam satu kenyataan rasmi, Arsenal mengumumkan penyerang Arsenal dan Croatia, Eduardo da Silva bakal menjalani pembedahan kecil di bahagian ankle. Dia akan menjalani rehabilation sepanjang Jun dan dijangka kembali beraksi dalam perlawanan pre-season. Semoga cepat sembuh Dudu. Namun masih belum ada sebarang perkembangan dari kem Rosicky yang dikatakan sudah sedia untuk beraksi musim depan. Mungkinkah kita akan dapat lihat aksi the Little Mozart masa pre-season nanti? Harap2 jawapannya ialah YA.

Joseph Yobo yang dikatakan tak berminat untuk sambung kontrak dengan Everton terus dikaitkan dengan Arsenal disebabkan sebelum ni Wenger secara terbuka pernah menyatakan minatnya terhadap pemain Nigeria berusia 28 tahun ni. Ada pengalaman tapi masih kurang umphh yang diperlukan di bahagian pertahanan Arsenal. Mari kita sama-sama tunggu sebarang pengumuman rasmi dari Wenger.

Kat bawah ni 50 gol terbaik Arsenal sepanjang zaman. Kalau nak undi register kat http://www.arsenal.com/registration. Pastu baru boleh mengundi.






Once A Gunner, Always A Gunner.

Wednesday 20 May 2009

Siapa yang tertipu angkat tangan cepat!!!

Akhirnya saga Wenger berakhir!! Ramai yang menjangkakan pengurus Arsenal ni bakal menaiki pesawat Air Spain ke Madrid tertipu apabila Wenger menidakkan berita perpindahannya itu. "Lu Kena Beb!!" jerit Wenger kat puluhan pihak media yang berkumpul depan training ground Arsenal kat Hertfordshire.

Segak bergaya dengan sut serba hitam, Wenger dilihat melangkah keluar dari pintu utama training centre dengan senyum lebar yang menandakan dia sudah bersedia untuk menyelesaikan eksperimen yang dimulakannya. Ivan Gazidis merupakan individu penting di sebalik keputusan yang menggembirakan ni. Ayat-ayat power yang dikeluarkannya selama 3 jam berjaya meyakinkan Wenger untuk terus kekal di utara London untuk tempoh yang lebih lama lagi. Perbincangan dua hala antara "Stone Cold" Gazidis - "Mr Bean" Wenger dikatakan lebih tertumpu kepada perancangan untuk musim depan dan bukannya perbincangan untuk memujuk Wenger untuk terus kekal bersama kelab. Ini bermakna Wenger memang tak pernah consider untuk meninggalkan Arsenal.

Dalam satu lagi perkembangan, pengurusan Arsenal dikatakan sudah meluluskan 13 juta untuk tujuan pembelian pemain-pemain(cukup ke??) baru. Wenger pasti menepuk dahi sekuat mungkin bila terdengar jumlah ni. 13 juta hanya mampu membeli seorang pemain pertahanan yang berkualiti. Itupun kalau takde kelab tamak macam Bolton yang mintak 20 juta untuk Gary Cahill. Jadi, secara rasminya peminat-peminat Arsenal boleh melupakan impian untuk melihat Alonso atau David Villa beraksi di Emirates musim depan. 13 juta hanya cukup untuk beli kepala lutut David Villa!!

Milan vs Milan...Ini bukan fixture untuk hujung minggu ni sebaliknya pertembungan untuk hujung musim. Inter Milan dan AC Milan bakal bertembung sesama sendiri untuk mendapatkan pemain terbaik Afrika tahun lepas yang juga pemain terhampeh Arsenal musim ni, Emmanuel "Beyonce" Adebayor. Inter Milan dilaporkan sedia untuk membayar 24 juta untuk mendapatkan khidmat Adebayor di San Siro musim depan. Satu berita yang pastinya mengundang minat pengurusan Arsenal yang memang perlukan dana untuk membeli pemain-pemain baru. Secara peribadi, aku rasa Adebayor akan lebih meletup kat liga Itali. Gaya slow motion dan kawalan bola yang bersepah memang attribute penting bagi seorang penyerang di liga Itali. Adebayor seringkali gagal untuk mengikut tempo pantas permainan Arsenal dan masih tak faham-faham apakah yang dimaksudkan dengan "OFFSIDE". Bukannya menyampah atau ada ape-ape masalah peribadi dengan mamat dari Togo ni tapi aku rasa dia memang tak sesuai untuk kekal di Liga Inggeris. Selamat maju jaya diucapkan untuk Ade di kota Milan nanti.

Wenger terus kekal, chemistry antara Gazidis dan Wenger semakin menjadi, peruntukan untuk beli pemain-pemain baru dah diluluskan, Adebayor kemungkinan besar akan berpindah. Segala-galanya kelihatan positif di kem Arsenal. Cuma perlu menghitung hari untuk musim baru. Tapi sebelum tu masih ada misi yang belum selesai. Stoke Ayam hujung minggu ni harus dibaham sekejam yang mungkin.

Once A Gunner, Always A Gunner.

Tuesday 19 May 2009

Andainya Aku Pergi Dulu...

Andainya engkau pergi dulu sebelumku
Mestikah aku hidup melara
Andainya engkau tiada lagi di sisiku
Mestikah aku kecewa

Mungkin senikata lagu Alleycats ni bakal menghiasi majlis perpisahan Wenger. Mungkin itulah harapan yang menggunung media Britain yang cukup gerun dengan pengurus warga Perancis ni. Mereka mahu membantu Alex Ferguson untuk mempertahankan kejuaraan untuk musim depan. Arsenal sememangnya bakal menjadi pesaing terhebat Man U musim depan andai Arsene Wenger terus mengemudi barisan muda yang ada sekarang.

3-4 bulan yang lepas, media bapuk Britain pernah cuba mengapi-apikan Liverpool dengan laporan-laporan dungu yang mengatakan Benitez sudah tidak tahan dengan Liverpool dan akan blah. Namun mereka GAGAL. Benitez sambung kontrak dan Alex Ferguson tak senang duduk. Kini, mereka tahu betapa Arsenal bakal menggugat kedudukan Man U musim depan. Jadi, jalan terbaik ialah untuk memaksa Wenger keluar dari kota London. "BODOH DAN KURANG MATANG". Itulah yang menggambarkan pihak media yang jelas berat sebelah ni.

18 Mei 2009...“But we had seven players today of under 22 years-old on the pitch. So why should we not hope to be even better next year?” Ini merupakan kata-kata positif dari Arsene Wenger yang konon-kononnya akan ke Santiago Bernebeau musim depan. Kalau ikutkan kenyataan dia kat atas ni, aku yakin 100% pengurus terbaik Arsenal ni akan kekal musim depan. Memang dia ada kata peluang untuk kerja dengan bakal presiden baru Real cukup bagus dan akan diterima oleh mana-mana pengurus. Tapi, itu hanyalah ayat compliment. Bila ada orang datang approach secara official, jalan terbaik untuk kata TAK NAK ialah dengan bagi ayat bunga-bunga macam ni.

Memang semua peminat dah sedia maklum yang Wenger kena maki hamun dengan shareholders dalam meeting baru-baru ni. Tapi Wenger bukanlah pengurus yang akan merajuk dan lari membawa diri. Aku yakin dia akan buktikan shareholders bebal tu salah musim depan. Andai Arsene Wenger letak jawatan, aku yakin Arsenal akan menemani team-team macam Spurs, Wigan, West Ham dan Fulham di luar kelompok top 4. Mimpi ngeri yang pastinya tak akan menjadi kenyataan. Tapi usah tertipu dengan mainan media Britain yang kurang matang tu. Keep the Faith. In Arsene We Trust!!

EVRA!! Si babun yang berlagak bagus. Kalau dilihat kebelakangan ni pemain average yang sekadar bernasib baik sebab main kat Man U ni banyak bunyi. Bermacam-macam kenyataan yang bodoh dilemparkan terhadap Arsenal terutama pemain-pemain. Konon-kononnya pemain-pemain Arsenal cemburu sebab dia akan main final CL. Kenyataan yang tak bertamadun. Evra Who?? Ape yang bagus sangat dengan kau tu??!! Ko bukannye Messi, ko bukannya Kaka. Buat ape player Arsenal nak cemburu dengan pemain average macam dia. Kalau ade award pemain paling tak matang musim ni aku rase Evra layak menang. Memang die tak menyerlah langsung musim ni jadi dia cuba cari publisiti murahan dengan buat kenyataan-kenyataan bebal kat media. Jangan pedulikan anjing yang menyalak tepi jalan!!

Bercerita pasal berita-berita positif, Adebayor dilihat makin menghampiri pintu keluar Emirates. Mungkin ada bagusnya pemain Togo ni dijual hujung musim. Mungkin layak dipuji untuk gol terbaik Arsenal (vs Villareal) musim ni tapi bukan itu je yang diperlukan dari seorang penyerang.Kami mahukan GOL...GOL..dan GOL!! Jika dibandingkan dengan musim lepas, prestasi Adebayor langsung tidak menunjukkan peningkatan sebaliknya terus merundum. Diharapkan Wenger mampu mendapatkan penyerang baru yang lebih profilik musim depan.

Once A Gunner, Always A Gunner.

Sunday 17 May 2009

Well Done Song, Congrats Setan!!

Kegagalan mengalahkan Arsenal dan Liverpool dalam kedua-dua perlawanan liga mungkin sedikit sebanyak menghantui juara EPL musim ni, Man U. Mungkin sesuatu yang tidak boleh dibanggakan oleh pasukan yang bergelar juara. Namun, ucapan tahniah harus diberikan pada Red Devils di atas kejayaan mereka semalam.

Fabianski


Sagna -- Toure -- Song -- Gibbs


Nasri -- Denilson -- Fabregas -- Diaby -- Arshavin


Van Persie

Selepas kecewa pada minggu lepas, lelaki berjersi merah kembali ke kedai mamak yang sama dengan harapan untuk melihat keajaiban berlaku. Die mengharapkan The Gunners mampu melengahkan parti Man U. Melihat pada formasi awal, memang ramai yang sedang duduk di kedai mamak menoleh ke arahnya bagaikan memberitahu betapa Man U akan melalui satu perlawanan yang mudah. Tapi lelaki berjersi merah itu yakin lebih-lebih lagi setelah melihat kelibat Alex Song di bahagian pertahanan. Mungkin ramai yang tak sependapat dengannya bahawa pemain terbaik Arsenal musim ini ialah Alex Song. Dia mempunyai sedikit persamaan dengan bekas kapten Arsenal, Tony Adams. Gaya die membawa bola ke kotak penalti lawan tidak jauh bezanya dengan lagenda Arsenal itu. Berani dan tidak mudah mengalah. Itulah yang membuatkan lelaki berjersi merah itu amat yakin dengan pemain dari Cameroon itu.

Bermula dari wisel mula hinggalah wisel penamat, lelaki berjersi merah itu senyum melebar. Kenapa?!! Malam itu die buat pertama kalinya melihat Arsenal yang sekian lama ini ghaib entah di mana. Passing yang cun, ball control yang amat bagus dari kesemua pemain, pertahanan yang kebal dan hampir menenggelamkan suara peminat-peminat Man U. Arsenal sewajarnya mampu menang. Percubaan dari Gibbs yang sedikit tersasar, rembatan Fabregas yang diselamatkan VDS dan dua rembatan van Persie yang berjaya meretakkan tengkorak pembelot Spurs, Michael Carrick.

"Ref kayu!!" jerit pemuda berjersi merah tu apabila ref tak berhenti-henti melayangkan kad kepada pemain2 Arsenal dan memberikan sepakan percuma kepada Ronaldiver yang nyata akan jatuh walaupun ditiup bayi yang baru lahir. Rooney yang menarik jersi Nasri dan menerjah pemain2 Arsenal bagaikan lembu gila langsung tak diberikan kad. Memang berat sebelah. Ye la. Kalau dah support Man U memang agak susah nak bagi kad kat dieorang.
Setelah wisel penamat ditiup, pemuda berjersi merah itu pulang dengan ceria dan akan kembali dengan menyarung jersi yang sama ke kedai mamak tersebut minggu hadapan untuk melihat Arsenal melangsaikan hutang kat Stoke Ayam.

Man U juara, Liverpool kecewa. Mungkin ramai peminat Liverpool mengharapkan Arsenal untuk melakukan sesuatu semalam. Namun, kita bukannya ada apa2 perjanjian dengan Liverpool. Andai kita kalahkan Man U, adakah Alonso akan dijual Liverpool kepada Arsenal musim depan? Tidak!! Jadi apa guna kita terpaksa tolong Liverpool. Kita hanya perlu fokus kepada team sendiri. Walau ape pun, Man U mungkin masih kecewa dengan kegagalan mereka menewaskan Arsenal dalam perlawanan liga musim ni.

Pemain terbaik semalam bagi aku semestinya Alex Song. Walaupun menjadi bahan eksperimen Wenger untuk beraksi di posisi CB, Song telah melakukan yang terbaik. Memang tak mengejutkan sebab Alex Song memang tak pernah mengecewakan peminat2 Arsenal sepanjang musim ni. Setiap kali turun padang, die memberikan komitmen penuh dan beraksi cemerlang. Andai kita ingin menyenaraikan pemain2 Arsenal yang semakin meningkat prestasi mereka dalam 2-3 musim ni, Alex Song layak berada di puncak senarai tu. Usah bandingkan Song dengan van Persie, Arshavin dan Fabregas sebab kita memang tau dengan kebolehan 3 pemain2 tu. Tapi Song yang satu masa dulu menjadi bahan jenaka peminat2 kini antara pemain terbaik Arsenal atau mungkin yang terbaik untuk musim ni.

Berbaki satu perlawanan liga menentang Stoke, kita masih ada sesuatu untuk dibuktikan. Fulham, Man City, Hull yang mengalahkan kita dalam awal musim berjaya kita benam dalam pusingan kedua liga. Kini berbaki Stoke. Diharap pemain2 Arsenal akan menamatkan musim dengan penuh gaya di tempat ke-4.

Rating @ 3M : Fabianski (7), Sagna (6), Toure (6.5), Song (7.5), Gibbs (7), Arshavin (7), Denilson(6), Fabregas (7), Diaby (6), Nasri (6), van Persie (7)

Once A Gunner, Always A Gunner.

Saturday 16 May 2009

Syaitan Merah vs Meriam Merah

Peluang untuk menjulang ape2 trofi untuk musim ni dah lama terkubur. Tempat ketiga yang dikatakan mampu dicapai juga terpaksa dilupakan. Tapi masih ada sesuatu yang masih kita boleh capai untuk menamatkan musim yang mengecewakan ni dengan sedikit harapan. Kemenangan liga back-to-back menentang Syaitan Merah. Bukan sesuatu yang mustahil tapi perlukan fokus penuh dari pemain-pemain malam ni. Di Emirates kita berjaya menumbangkan MU 2-1 dengan kedua-dua gol dijaringkan Samir Nasri.

TAK JAUH!! Itulah kata Wenger apabila ditanya sama ade Arsenal kini ketinggalan jauh dari MU,Liverpool dan Chelski. Die mengukuhkan hujah dengan membandingkan jumlah gol Arsenal dan MU. Tapi di sebalik tu, Wenger turut mengakui kelemahan di bahagian pertahanan Arsenal yang cukup mengecewakan dengan 36 gol bolos dalam 36 perlawanan. Kata-kata Wenger kebelakangan ini meyakinkan aku yang die akan beli player2 baru. Die cukup kecewa dengan prestasi pertahanan yang dikatakannya kurang seimbang. Pasangan "aku sayang kamu" Gallas-Toure baru saje sedang membina persefahaman. Tapi segala-galanya berakhir dengan tragedi apabila Gallas cedera dalam match CL. Mungkin dengan Gallas di bahagian pertahanan kita mampu mengelakkan kekalahan memalukan di tangan MU dan Chelsea. Mungkin ya mungkin tidak. Tapi harapan tetap menggunung bahawa Arsene Wenger akan memancing pemain-pemain baru musim depan bagi mengukuhkan team yang sedia ada.

Pemain-pemain Man U pasti turun dengan penuh keyakinan malam ni untuk menumbangkan the Gunners. Tapi masih ade peluang untuk Wenger mengeratkan hubungan dengan Rafa Benitez. Sebarang kejutan malam ni pasti akan memberi harapan pada Benitez and Co. Ramai yang berpendapat Liverpool yang sebenar-benarnya layak memenangi liga. Hanya 2 kali kalah dalam saingan liga tapi malangnya senasib dengan Arsenal dalam rekod seri. Man U juga gagal mengalahkan Liverpool dalam kedua-dua perlawanan liga musim ni. Agak memalukan bagi pasukan yang bakal bergelar juara.

"Buat ape aku nak gi Barca. Kalau pegi pun setakat nak teman Hleb duduk kat sub bench baik tak payah" itulah ayat pedas dari Arshavin apabila ditanya adakah dia berhajat untuk ke Barca musim depan. "Dieorang dah ade Henry, Eto'o, Messi..cukup la tu. Takkan aku gi sana nak ganti Henry. Mustahil. Henry tu bagi aku jauh lebih hebar dari aku." kata Arshavin dengan nada yang cukup merendah diri. Tapi mamat ni gak tak terlepas dari menyindir Pemain Terbaik Dunia, Ronaldiver. "Bagi aku Messi yang terbaik. Memang die yang patut menang. Kalau bagi aku peluang memang aku vote Messi." sambung Arshavin lagi bagi menghangatkan perlawanan malam ni.

"Aku stay season depan sebab kita akan menang trofi season depan." laung kapten Fabregas apabila masa depannya di Arsenal dipersoal. Bagus...bagus dan bagus. Memang itu yang kami harapkan. Fab juga berharap untuk menghalang parti awal pemain-pemain Man U malam ni. Tapi, kami tak nak setakat kata-kata kosong, kami mahukan prestasi atas padang, Mr Captain.

Ok, beralih pada match malam ni. Arshavin bakal kembali ke skuad utama. Masih belum ade sebarang tanda-tanda Adebayor akan hilang tempat dalam first 11. Alang-alang nak menang biarlah turunkan 2 striker. Maybe Nasri akan direhatkan bagi memberi peluang untuk DIaby sebab kita perlukan player yang tinggi di bahagian midfield sebab 3 player yang lain tu mmg cukup TINGGI (Walcott,Fab & Arshavin). Positif dan sentiasa positif. Aku jangka Arsenal menang 2-1 lagi kali ni. Buat sesiape yang takde Astro, boleh layan streaming kat http://www.iraqgoals.net/ch3.html


Once A Gunner, Always A Gunner

Friday 15 May 2009

Hi...I m Sicky, Tomas Rosicky! Kalau anda inginkan saya musim depan AFUNDI Rosicky dan hantarkan ke 89898

Akhirnya, pemain sensasi no.7 Arsenal kembali menjalani latihan bersama skuad utama. Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai Rosicky berjaya menamatkan latihan penuh tanpa sebarang kecederaan. Arsene Wenger menolak sebarang kemungkinan Tomas akan diturunkan dalam dua perlawanan terakhir musim ini. Selepas 16 bulan tidak beraksi, ianya adalah mustahil bagi pemain ini kembali ke prestasi terbaik dalam tempoh terdekat. Tapi, untuk musim depan midfield Arsenal bakal diberi suntikan baru oleh pemain macho dari Republik Czech ni. Tajam dan bijak mencari ruang untuk menjaringkan gol merupakan kelebihan Rosicky dan mungkin ramai antara kita yang rindukan rembatan-rembatan kencang mamat ni.

"Summer ni aku takkan gi bercuti cam player-player yang lain. Aku nak train sorang2 sampai Wenger kata aku dah boleh main first eleven musim depan."kata pemain yang diberi gelaran "Little Mozart" ni dengan penuh semangat membara. Sememangnya sentuhan ajaib dan pengalaman bekas pemain Borrusia Dortmund ni amat penting dalam revolusi Arsenal musim depan. Diharap semangat pemain berusia 28 tahun ni menjadi inspirasi kepada pemain-pemain yang lain.

Damian Emiliano Martinez. Nama ini MUNGKIN akan menjadi sebutan peminat-peminat the Gunners pada masa akan datang. Penjaga gol U-17 Argentina ini dikatakan sedang menjalani trial selama seminggu bersama Arsenal. "Aku pasti dia takkan stay sekejap je kat London." kata jurulatih Damian Emiliano Martinez dalam satu sidang akhbar di Argentina. "Aku ingatkan Arsenal yang kat Argentina yang panggil aku. Tu yang aku tak layan mula2 tu. Last2 baru tau ni Arsenal yang kat London. Terkejut beruk gak la aku." kata penjaga gol yang dikhabarkan bernilai 1.4 million ni.

"Maksimum dua!!" kata Wenger. Dia bukan bercerita pasal kuota isteri yang die nak kawin tapi sebaliknya pasal muka-muka baru yang bakal dibeli untuk musim depan. Logiknya sangat mudah dan praktikal. Kalau beli ramai player baru ianya sekadar mengganggu konsistensi dan persefahaman di kalangan player2 yang sedia ada. Mungkin kemasukkan seorang atau dua orang pemain lebih praktikal. Tapi priority mestilah pertahanan ye Encik Wenger!! "Aku takkan huru-harakan pasukan yang sedia ada". Itulah janji Arsene Wenger untuk musim depan. Ini bermakna kemungkinan besar pemain-pemain seperti Denilson,Diaby dan Silvestre akan terus kekal musim depan. Aku tak kisah selagi dieorang cuba sedaya upaya untuk improve. Bukan sekadar nak bagi statement yang penuh dengan janji-janji manis setiap minggu kat Arsenal.com je.

"Simpan champagne ko dalam peti sejuk dulu, Fergie. Aku takkan bagi ko menang free esok!" laung Mr Wenger kat Si Hidung Merah Ferguson. Walaupun dengan ketiadaan Almunia,Clichy,Gallas dan Eduardo, Wenger tetap bersikap optimis dengan kemampuan anak buahnya untuk menumbangkan Syaitan Merah, esok. Kembalinya Arshavin ke skuad utama esok bakal memberikan sinar baru kepada anak-anak remaja Arsene Wenger. Kreativiti dan semangat luar biasanya amat dirindui peminat-peminat Arsenal minggu lepas. Diharapkan Arsenal dapat mencipta kejutan esok. Updates untuk perlawanan ni (probable line up n etc.) akan menyusul dalam mase terdekat.

Once A Gunner, Always A Gunner.

Thursday 14 May 2009

Apabila Robin Hood Bersuara...

"Katakan tidak!!"...Inilah pesan Robin the Man kepada rakan-rakan sepasukan andai ada yang berhajat untuk lompat kelab atau cuba menjadi Jebat era baru. Bravo Robin! Mungkin ini merupakan tonik terbaik bagi Arsenal terutamanya peminat yang masih berteka-teki mengenai masa depan penyerang sensasi ni. Barca dan Juve pernah menyatakan minat mereka terhadap penyerang Belanda ni. Tapi, kenyataan terkini dari tuan punya diri membayangkan lanjutan kontrak sudah hampir pasti.

"Tengok mane bahagian yang kita boleh improve bukan tengok kelab mane yang boleh bayar lebih untuk kite." pesan kapten Fabregas dalam satu temubual dengan Arsenal.com. Pesanan ini semestinya ditujukan khas untuk pemain mata duitan Togo, Emmanuel Adebayorlebih. Kata-kata dari dua pemain penting ini membuktikan betapa mereka amat positif dengan kemampuan Arsenal untuk menjulang sebarang trofi musim depan.

"Duit tu segala-galanya untuk aku. Aku datang Arsenal pun sebab duit."kata Adebayor dalam satu temubual sensasi di Lome, Togo baru-baru ni. Mengejutkan dan amat tidak profesional. Pemain tinggi lampai Togo ini akhirnya menunjukkan muka sebenar dia. Mungkin Adebayor cuba bersikap jujur tapi ianya amat menyakitkan hati peminat-peminat yang inginkan pemain-pemain menunjukkan kesetiaan dan komitmen terhadap pasukan. Andai duit yang diinginkan Bayor, maka sudah tiba masa untuknya lari ke Man City atau AC Milan. Selamat Maju Jaya, Adebayor.

"Wenger bukan degil. Dia bukannya jenis yang akan kutuk pemain sendiri kat media (ala Harry Redknapp) tapi dia lebih suka protect player dari apa2 jenis tekanan." Itu merupakan kenyataan Gazidis yang dilihat cuba memulihkan keadaan huru-hara yang ditimbulkan media British yang nyata ingin menjatuhkan Arsenal. Bagi aku, Gazidis ni cukup bagus dan bijak bermain kata-kata walaupun kepalanya yang botak kurang diminati Wenger.

Untuk keputusan undian minggu ni, 62% pengundi berpendapat Adebayorlebih harus keluar dari Arsenal musim depan. Abou Diaby mendapat undian kedua tertinggi (23%), Denilson 6%, Silvestre 4% dan Wenger 2%(MUSTAHIL). Namun tahniah bagi mereka-mereka yang masih yakin dengan anak emas Wenger, Emmanuel Eboue yang langsung tidak diundi untuk calon yang bakal keluar Arsenal musim depan.


Andai situasi sekarang berterusan, Arsenal dijangka akan terus menyaingi kelab-kelab top 3 musim depan. Cuma yang penting sekarang ialah Wenger harus mencantas duri-duri beracun yang masih wujud kat Arsenal. "Persekitaran yang positif mampu menjana semangat setiakawan dan berpasukan yang cemerlang," kata Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah pagi tadi. Diharap revolusi yang dijanjikan akan berlaku musim hadapan.



Once A Gunner, Always A Gunner

Tuesday 12 May 2009

Welcome to Arsene Stadium

Biar ape pun yang dibising-bisingkan oleh penyokong-penyokong. Biar berapa ramai pun bekas pemain yang cuba mengutuk polisinya. Biar berapa banyak pun artikel yang mengutuk strateginya disiarkan di dada akhbar. Segala-galanya dilihat tidak mampu sama sekali untuk mencalar walau sedikit pun keyakinan pengurus sepanjang hayat Arsenal, The Untouchable Wenger. Mungkin ini yang dicemburukan oleh Mourinho, Avram Grant, Scolari dan Roy Keane. Kenapa kiteorang dipecat begitu cepat sedangkan Wenger mampu bertahan selama 5 musim tanpa trofi? Ajaib, kuasa luar biasa dan percaturan jangka masa panjang menjadikan pengurus terbaik Arsenal ini antara pengurus yang paling kebal di dunia.

Emirates Stadium boleh dikatakan masterpiece dari pengurus yang mula bertapak di Arsenal pada tahun 1996 ini. Ramai yang mengutuk pendiriannya untuk menjual ramai pemain senior dan keengganannya untuk menggantikan mereka dengan pemain-pemain terkemuka sebaliknya membawa masuk muka-muka baru dengan harga murah. "Wa tarak faham sikit pun sama ini worang."rungut seorang tokey kedai runcit di Petaling Street. "Gue bisa enggak mau lihat kita berterusan begini dong."sambung seorang pekerja pembinaan warga Indonesia yang kebetulan terdengar rungutan tokey tadi. Mungkin ramai lagi yang menyuarakan pendapat yang sama. Tapi, MENGAPA Wenger berkelakuan begini?? Hilang plot? Hilang magik? Degil? Ego? Mungkin TIDAK.

£430 million !! Itulah kos penuh pembinaan stadium yang dikatakan antara stadium terbaik dunia dari segi seni bina dan infrastrukturnya ini. Kos ini bersamaan dengan harga 13 Robinho!! Jika Highbury mempunyai kapasiti 38,419, Emirates pula mampu memuatkan seramai 60,355 orang. Kedegilan Wenger untuk membelanjakan duit yang diagihkan untuk membeli player baru sebenarnya bersangkut-paut dengan stadium ini. KENAPA? Arsenal dilaporkan antara kelab yang mempunyai (mungkin satu-satunya) rekod kewangan yang paling stabil di dunia. Sewaktu pembinaan Enirates, ramai yang menjangkakan Arsenal akan mula berdepan dengan kegawatan ekonomi dalaman dalam masa terdekat. Kewangan Arsenal tidak sama sekali tergugat dengan pembinaan stadium ini malah mencatatkan pulangan yang berganda sehingga menduduki tangga ke-3 kelab terkaya dunia (dianggarkan berjumlah $1.2billion). "Macam mana boleh jadi camtu? Tak paham betul den." soal Roman Abrahomovic sambil menggaru-garu kepalanya. Jawapan dari board Arsenal menceritakan segala-galanya. "Wenger made it possible" kata sumber dari board Arsenal.

Ramai yang melihat senario ini dari sudut yang negatif. Jika Wenger terus berbelanja sakan dan meniru gaya team2 "jom belanja besar" yang lain, pasti Arsenal kini berhadapan dengan situasi West Ham. Namun kebijaksanaan pemegang ijazah kejuruteraan dan master's degree ekonomi ini berjaya mengelakkan segala kemungkinan yang menakutkan tu. Jimat berbelanja dan kekal di top 4 dan berjaya ke separuh akhir CL dan FA Cup membuktikan kemampuan Wenger untuk mengawal situasi dengan berhemat.

Wenger pasti boleh berbelanja besar untuk membeli pemain-pemain terkemuka, tapi impaknya terhadap kedudukan kewangan Arsenal sentiasa dipertimbangkan. Bijak dan tenang. Itulah Arsene Wenger. Jika bukan kerana ini, pasti sudah lama nasib Mourinho dan Keane dialami oleh Wenger. Sebenarnya Wenger bukan sahaja menyerap tekanan yang diberikan kepada pemain2 tapi turut menyerap tekanan yang seharusnya diserap oleh board Arsenal.

Tiada satu pun kelab yang berada dalam kelompok top 4 yang akan mengekalkan pengurus mereka sekiranya gagal memenangi sebarang trofi dalam tempoh 5 musim. Tapi pengurusan Arsenal sememangnya faham dengan segala tindak tanduk Wenger sehinggakan Dein sebelum meninggalkan Arsenal pernah mengatakan "Arsene is Arsenal". "Arsene knows". Aku dengan bangga boleh jamin bahawa Wenger ialah pengurus terbaik yang mampu kawal perbelanjaan kelab. Sehinggakan hutang Emirates langsai mustahil kita akan melihat sebarang pembelian mega dari Wenger.

Ajaibnya, pada awal musim ramai yang menjangkakan Arsenal hanya akan menduduki tangga ke-10 liga dan tidak akan pergi jauh di peringkat Eropah. "Silap besar la lu beb. Wa kasi bikin muka lu tebal hujung musim ni"kata Wenger pada segala tohmahan itu. Ya, memang dia yang betul. Itulah magik yang hanya mampu dijelmakan oleh Wenger. Ramai yang melihat Arsenal sebagai kelab tanpa trofi selama 5 musim tapi jangan lupa kita juga kelab tanpa hutang besar selama 5 musim. Tak guna menang segala trofi tapi kelab akan bankrup tak lama lepas tu. Fikir-fikirkan..

Andai 30 million diberikan kepada pengurus-pengurus lain mungkin takde ramai yang akan berjaya menghasilkan magik seperti Wenger. Jika Ferguson yang berdepan situasi itu, "Tak cukup mate. 30million cukup untuk beli striker flop sorang jer. Mane cukup nak bikin satu team.Susah wo..". "Aku stay sampai hujung season je. Ko bagi duit aku takkan beli sape2 sebab aku pakai team same je sampai mati." kata Hiddink apabila diberikan opsyen yang sama. "Gilo ko apo jang? 30 million tu cukup untuk beli Robbie Keane je. Tu pun pastu aku kena jual balik separuh harga. Rugi la jugak. Wa tak pandai akaun la bro." kata Benitez dengan serius.

Mungkin ada yang faham dengan situasi ini mungkin ada yang langsung tak mau peduli. Walau apa pun Arsene Wenger merupakan yang terbaik untuk Arsenal. In Arsene We Trust..

Yang kat bawah ni klip yang mungkin membuka mata sesetengah golongan yang kurang semangat ke"Arsenal"an mereka. Mungkin boleh amik pengajaran sikit dari minah kat bawah ni. Walaupun tak cun sangat tapi semangat dia mmg wa respect. "Luv ya Honey!"

p/s: Tp yang sebelah tu mmg hot..huhu..off topic

Once A Gunner, Always A Gunner..

Monday 11 May 2009

Murah,kualiti,berpengalaman. Adakah anda memiliki semua ciri-ciri tersebut? Hantarkan resume anda ke arsenewenger@arsenal.com

Kalau ikutkan spec yang diberikan Wenger hanya 2 orang kat atas ni je yang available. Tak salah rasanya kalau player2 dari Ladies Arsenal diserapkan ke pasukan utama Arsenal. Jika pengalaman yang dicari oleh Wenger bermaksud die terpaksa melupakan harga yang murah. Hanya player2 berpengalaman dari Arsenal je yang dijual dengan harga yang murah walaupun masih mampu memberikan aksi terbaik.

Tapi aku tetap yakin dengan kemampuan Wenger dan rangkaian scouts yang dimiliki Arsenal mampu membawa masuk pemain berkualiti dengan harga yang berpatutan. Tak guna berbelanja sakan jika prestasi masih kekal musim depan. Keutamaan tetap perlu diberikan kat barisan pertahanan yang tengah retak menanti belah. Kelemahan tu harus ditutup segera bagi membolehkan pasukan muda ini membawa sebarang trofi musim depan. Buang yang keruh (Silvestre dan Gallas jika perlu) dan ambil yang jernih (Hangeland,Sakho dan Senderos kalau ada kualiti).

Season ni memang dah berakhir untuk kita walaupun masih bebaki dua perlawanan. Jadi mari kita sama-sama memulakan acara gossip2 transfer yang mungkin membantu Arsenal untuk mengukuhkan pasukan yang sedia ada musim depan. Bagi menghangatkan isu berpindah randah ni, aku dengan bangganya membawakan fantasi awal yang mungkin akan tetap tinggal fantasi musim depan. Enjoy....

Varisiki Abou Diaby (Arsenal -> Inter Milan)


Emmanuel "Beyonce" Adebayor (Arsenal -> AC Milan)


Brede Hangeland (Fulham->Arsenal)



David Villa (Valencia -> Arsenal)


Xabi Alonso (Liverpool -> Arsenal)


Once A Gunner, Always A Gunner..

Arsenal dan no.4 tidak dapat dipisahkan...

Sumpahan no.4 berterusan lagi!! Kite score 4 dan bolos 4 di Anfield,kalah dengan aggregate 4-1 di tangan Man U,kalah 4-1 di tangan Chelski dan persembahan yang cukup menghampakan dari pemain no.4 dan no.14. Mungkin ada signifikasi tersendiri no.4 bagi team Arsenal musim ni. Apakah Arsene Wenger akan beli 4 player baru season depan atau adakah 4 orang player akan keluar dari Arsenal hujung musim ni? Entah..

Kecewa,hampa, risau, geram dan tertekan menceritakan segala-galanya setelah menyaksikan betapa mudahnya kita terkulai di tangan Chelsea yang tidaklah begitu menyerlah.

Jauh di sudut sebuah kedai mamak (lokasi dirahsiakan) yang agak penuh dengan manusia2 berbaju biru, terpacak seorang peminat setia Arsenal yang lengkap dengan jersi merah putih. "Mamak,teh tarik satu,"jerit lelaki berjersi Arsenal itu. "Makan?"soal mamak yang kurang hensem itu dengan suara kasar ala Hamid Gurkha. "Tunggu Arsenal score dulu,"jawab peminat Arsenal tu dengan penuh yakin yang menyebabkan kesemua makhluk2 berjersi biru menoleh ke arah lelaki berkeyakinan tinggi itu. Line up kedua2 pasukan terpapar di skrin TV yang menyebabkan lelaki berjersi merah putih tak senang duduk. "Takde Arshavin..Sub pun takde.ARGHHH!! Ape?? Diaby main left wing!! Wenger,ko wat hal lagik," rungutnya dengan tertekan.

Fabianski

Sagna -- Toure -- Silvestre -- Gibbs

Walcott -- Nasri -- Song -- Diaby

Fabregas (c)

van Persie


10 minit berlalu dengan cukup baik. Arsenal mempamerkan aksi terbaik dengan passing2 mantap dan hampir 5 peluang dijelmakan tapi malangnya gagal disempurnakan. Walcott seharusnya menjaringkan sekurang2nya satu gol dalam 10 minit pertama. "Giler arr Arsenal.Boleh menang ke kite ni?"kedengaran suara gelabah salah seorang makhluk berjersi biru. "Anne,teh tarik,"teh tarih yang diorder 30 minit lepas akhirnya sampai. 20 minit berlalu dengan hampir 90% possesion berpihak kepada Arsenal. "Boleh menang kalau terus main camni," bisik lelaki berjersi merah itu kepada rakan di sebelahnya.



Apa akan anda lakukan sekiranya team anda kelihatan blur dan tiada peluang untuk menyaingi pasukan yang lebih muda dari anda? "Gua akan dive walaupun takde angin atau ribut. Janji dapat freekick"jawab Didier "f**king Disgrace" Drogba sambil membetulkan rambut rebonding beliau yang hodoh. "Gol!!!!"jerit makhluk2 berjersi biru sambil memberikan pandangan menjengkelkan kat lelaki macho berjersi merah. "Rilek la bro. Baru sebijik. Itu pun gol tipu." rakan di sebelah cuba menenangkannya. "Bodoh Silvestre. Ko lompat katak je ape guna. Clear la bola tu."kedengaran sumpahan lelaki berjersi merah.

Perlawanan yang pada mulanya cukup menarik berubah secara mendadak. Gol "tipu" itu terus mematikan semangat juang anak muda Arsenal. "Tu la. Attacking power tapi defend bebal tak gune gak."sambung anak muda berjersi merah itu. "Gol!!! caya la Anelka." jerit makhluk2 berjersi biru lagi. Tapi aku nak puji pemain tamak yang dulu beraksi untuk Arsenal tu. Walaupun score die taknak celebrate. Sentimen lama mungkin.

Minit ke-49 segala-galanya berakhir bagi Arsenal. Pemain yang paling bersemangat atas padang, Kolo Toure bernasib malang apabila terjaring gol sendiri. "Bukan salah ko Toure. Ko sorang je defend mmg la payah."sungut lelaki berjersi merah. Pada ketika itulah lelaki berjersi merah itu faham kenapa Toure nak sangat blah mase January transfer. Terpaksa partner dengan CB yang mmg tak boleh diharap dan dipaksa mengerah segala tenaga yang ada untuk barisan pertahanan yang lemau ni.

Harapan untuk mendapatkan gol saguhati akhirnya tercapai apabila Nicklas "loose pants" Bendtner menanduk masuk gol yang diraikan dengan penuh semangat oleh lelaki berjersi merah itu. Mungkin makhluk2 berjersi biru agak pelik dengan kelakuan mamat tu tapi apa wa peduli. Ada maksud mendalam di sebalik sambutan peminat setia tu. Andai Emmanuel "Beyonce" Adebayor blah season ni, Bendtner dilihat mampu mengisi kekosongan tu.

Tapi segala-gala yang melibatkan Arsenal mesti berakhir dengan no.4. Disebabkan fengshui tersebut, maka Meloudah menjaringkan gol keempat Chelski dan sekaligus mencatatkan kemenangan away terbesar Chelski ke atas the Gunners dalam masa 40 tahun. Tahniah wat korang dan takziah wat kireorang.

Bola sepak sememangnya lucu tapi ianya lebih lucu jika anda merupakan seorang peminat setia Arsenal. Segala intipati kehidupan dapat dipelajari dengan menyokong kelab yang penuh dengan bakat tapi kurang trofi ini. Kalah bermaksud impian untuk merebut kelayakan automatik ke UCL terpaksa dilupakan oleh Arsenal. Kekalahan ini juga mungkin menguatkan lagi semangat Fabregas dan Persie untuk beralih kelab. Tapi ingatlah Fabregas dalam dua match lawan Man U dan Chelsea, ko merupakan pemain yang paling mengecewakan. Jangan bandingkan ko dengan Diaby dan Silvestre. Dieorang tu sekadar mayat hidup je atas padang tu. Ape-ape pun, tahniah wat Nasri,Gibbs dan Sagna yang memberikan persembahan terbaik malam semalam.

Rating @ 3M : Fabianski (5), Sagna (7), Toure (6), Silvestre (4), Gibbs(6), Walcott(6), Nasri (7), Song(6), Diaby(4), Fabregas (5.5), Persie (6)

Saturday 9 May 2009

Misi Balas Dendam

ARSENAL VS CHELSEA (Emirates Stadium - ASTRO ESPN (812), 10:55PM)...Tiada cara yang lebih baik untuk melupakan kekecewaan terkeluar dari saingan Champion League bagi kedue2 team ni. Tp Arsenal semestinya memiliki kelebihan bermain di tempat sendiri dan berpeluang menikmati rehat yang lagi panjang dari Chelsea. Drogba dan antik "The F**king Disgrace" merupakan berita terkini hiburan sensasi di seluruh pelosok dunia. Kalau Drogba direhatkan dari bermain dlm game ni semestinya Wenger akan menarik nafas lega. Bercerita pasal Arsenal plak, Arshavin dikatakan tak turun latihan 2 hari (Khamis & Jumaat) sbb selesema. Tp Wenger masih menaruh harapan untuk pemain Russia tu untuk beraksi malam esok. Menang atau kalah Arsenal tetap akan kekal di tangga ke-4. Tapi game ni lebih kepada misi balas dendam kat Chelsea yang menumbangkan kita kat peringkat separuh akhir FA Cup.

Wenger pada mase yang sama menekankan yang die masih akan mengekalkan konsep "jimat belanja hidup bahagia" dia musim depan. "Apesal wa nak panik. Kita punye performance tak jauh dr MU pun. Kite team muda tp rata2 pemain muda team ni main International.Jangan harap wa nak jual dieorg". SYABAS!! Kenyataan yang cukup optimistik.Pemain2 yang dimaksudkan Wenger tu ialah Walcott,Diaby,Nasri,Fabianski dan etc. Tapi di sebalik ayat kerek tu Wenger tetap berjanji yang die akan bawak masuk muka-muka baru yang berpengalaman musim depan(maksimum 2 orang).Jangan terkejut kalau die wat lawak muka2 baru tu Rosicky,Gallas and Eduardo plak season depan.

Ditanya adakah dia akan bawak masuk pemain-pemain muda lagi musim depan,"Aku rase tak payah lagi la kot..Dah ramai beb kat sini.Lu pikir la sendiri", kata Wenger.Memang ade logik kenyataan prof tu. Cukup la babies yang kita ade. Lepas ni kite kena beli men pulak sbb Evra kate kite takde men walau sorang pun.

Bendtner, raja Seluar Dalam yang sedang diintai oleh boss seluar dalam Armani untuk menggantikan Beckham tahun depan plak diarahkan untuk bayar saman kat Arsenal disebabkan tindakan gi kelab malam pada masa yang tak sepatutnya. Wenger kate die hangin dan terbakar dengan sikap mamat ni tapi menegaskan ade konspirasi di sebalik peristiwa "seluar dalamku terlondeh lagi" tu. Menurut Wenger, Bendi tak mabuk pun(abes tu gi pub ko wat ape?baca ensiklopedia ke Wenger oi). Konon2nya mase Bendtner dah abis wat rujukan kat kelab malam tu die keluar dengan berpakaian lengkap dengan sorang eskort. Tapi tetiba ade tangan2 gatal(dikhuatiri gay) yang tetiba melondehkan seluar Bendtner. Cerita ni membuktikan betapa lemahnya kemahiran mencipta babak drama Wenger. Dah terang lagi lu mau suluh ka Wenger??!!

Apepun, fokus tetap kat match malam esok. Diharapkan anak muda the Gunners mampu menumbangkan pemain-pemain Chelsea yang dah sampai usia bersara dan yang menanti untuk VRS hujung musim ni. Aku predict Arsenal menang 2-1.

Once A Gunner, Always A Gunner.

Friday 8 May 2009

Hari yang penuh drama

8 Mei 2009 menyaksikan dua berita yang mengundang rasa gumbira dan sedih peminat-peminat Arsenal. Ok, kita mulakan dengan berita baik. Theo James Walcott, 20 akhirnya menamatkan teka-teki masa depannya dengan Arsenal apabila menandatangani kontrak jangka panjang bersama Arsenal. Tempoh kontrak masih belum dikeluarkan secara rasmi oleh Arsenal.com. Tapi, ada info-info tak sahih dari utara London yang menyatakan bekas pemain Southampton yang dibeli Arsenal pada Januari 2006 ni bakal menerima £60,000 seminggu. Namun kalau dah namanye pun tak sahih tak payah percaya dulu. Tapi yang penting TW14 akan terus kekal bersama Arsenal. Dalam temuramah lepas menandatangani kontrak baru, TW14 melahirkan keyakinan yang tinggi bak Everest betapa dia yakin Arsenal bakal memenangi sesuatu musim depan.

"Masa aku tengok team ni aku rase pelik kenape kite tak menang ape-ape lagi.
Tapi segala-galanya bakal berubah musim depan" - Walcott


"Aku bukan cakap kosong.Aku betul-betul yakin sebab kat sini kita ade pengurus terbaik dunia dan aku cukup yakin dengan segala yang die buat. Kat team ni jugak kite ade Arshavin yang bagi aku cukup hebat dalam menyesuaikan diri ngan liga Inggeris." - Walcott

gol pertama Walcott untuk Arsenal...lawan sape ni ek??


Dalam temuramah ni dua nama diulang berkali-kali oleh Walcott yang membuktikan kepentingan nama-nama tersebut untuk terus kekal di Arsenal. Dua orang tu tak lain dan tak bukan Andrei Arshavin (the Russian Assassin) dan Robin van Persie (Robin the Man). Diharapkan Persie akan mengikut jejak langkah Walcott untuk terus kekal bersama Arsenal. Buat Walcott, terima kasih dan selamat maju jaya.

Ok, tutup cerita gembira bukak cerita sedih plak. Krisis pertahanan Arsenal bakal berterusan sekurang-kurangnye sampai penghujung musim ni. Gael Clichy yang dikatakan mungkin akan kembali beraksi hujung minggu ni diketepikan terus sehingga ke penghujung musim demi untuk mengelakkan sebarang risiko kecederaan jangka masa panjang.


Ini bermaksud Kieran Gibbs masih berpeluang untuk menunjukkan ketahanan mental die atau mungkin peluang untuk Silvestre membuktikan sesuatu kepada peminat-peminat Arsenal yang nyata kecewa dengan sumbangan die sejak berpindah dari team yang ditaja syarikat insurans bankrup tu. Eboue yang menggantikan Gibbs mase CL hari tu pun ada peluang untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Clichy ni. Segala-galanya hanya akan diketahui hujung minggu ni. Ape pun, diharap Clichy dapat kembali dengan penuh semangat musim depan.

Defend aku ngan siling parlimen same jer,senang bocor??Aku tak nampak pun

Kenyataan kat atas diungkapkan oleh satu-satunya pengurus yang mempunyai kontrak sepanjang hayat, Arsene Wenger. Keegoaan Wenger untuk tidak mendapatkan pemain pertahanan yang lebih reliable dan konsisten menyaksikan satu demi satu trofi terbang melayang dari pandangan peminat-peminat Arsenal.

Tak cukup dengan tu, seorang fan Gunners kat Kenya sanggup bunuh diri semata-mata untuk menunjukkan kekecewaan kat prestasi yoyo team kegemarannya. Persoalannye, berapa ramai lagi yang perlu bunuh diri untuk meyakinkan Wenger betapa barisan pertahanan Arsenal perlukan rombakan serta-merta sebelum dimalukan lagi musim depan?

Apakah pemain-pemain Chipsmore (kejap ade kejap takde) seperti Gallas si Pemalas dan Mikael "Expired" Silvestre akan terus diberikan kepercayaan untuk mempertahankan kubu Emirates season depan?

Sikap tutup mata the Professor terhadap kepincangan barisan pertahanan Arsenal sememangnya mengecewakan. Walaupun dijanjikan dengan kepulangan William Gallas musim depan yang kononnya akan "back with a bang", ramai fans Arsenal tidak sanggup mempercayai kata-kata Wenger.Kenapa perlu ambik risiko sedangkan option2 lain terhidang depan mata?

Percaturan awal Wenger untuk melantik Gallas sebagai kapten jelas mengundang bencana. Kapten yang sepatutnya bersikap winner akhirnya menjadi loser apabila antik Gallas sewaktu perlawanan menentang Birmingham mengundang reaksi marah peminat2 Arsenal. Gallas dipecat dan digantikan dengan Fabregas.BIJAK. Tapi, apakah itu dapat selesaikan isu kelonglaian pertahanan Arsenal? TIDAK. Tragedi berlarutan dengan pembelian kuda tua yang nyata dah sampai expiry date, Silvestre. Kesimpulannya,Wenger langsung tak berminat untuk menyelesaikan krisis di bahagian pertahanan Arsenal. Tak cukup duit untuk beli defend baru atau yakin defend ni akan menunjukkan peningkatan? Dua-duanye BUKAN.

Pertahanan tinggi lampai Fulham, Brade Hangeeland dilihat mampu memberikan nafas baru untuk pertahanan Arsenal. Tapi, adakah Wenger sanggup untuk buang ego sejauh yang mungkin dan beli pemain ni? Kemungkinan besar TIDAK. Minat dari team2 lain seperti Spurs, Chelsea(tak cukup lagi ke??),Inter Milan dan Barcelona dilihat bakal menutup terus peluang Arsenal untuk mendapatkan Hangeeland.

Diharapkan kepulangan Phillipe Senderos (jangan harap sangat),Gavin Hoyte dan Armand Traore mampu menyelesaikan krisis pertahanan Arsenal untuk musim depan. Pemain Perancis dan Newcastle, Sebastian Bassong turut dikatakan berminat untuk menyertai Arsenal dengan yuran perpindahan yang dikhabarkan sebanyak £6m. Tapi sanggupkah Wenger membelanjakan duit sebanyak tu untuk pertahanan.

Mamadou Sakho(Paris St Germain), satu-satunya pemain yang aku rasa akan menimbulkan minat Wenger baru-baru ni dipancing plak oleh Man Kayu a.k.a Manchester United.Mamat ni memang hebat dahtu umur pun baru 20 tahun.Perfect signing mungkin. Tapi Hangeeland dilihat mampu memberikan impak yang lebih besar.

Joleon Lescott yang dikatakan turut diintai oleh Wenger kini tinggal angan-angan. Mamat tu dikatakan komited dengan Everton dan takkan pertimbangkan tawaran dari mana-mana kelab lain.

Barisan serangan dan tengah Arsenal memang hebat cuma dengan barisan pertahanan yang lemah longlai kita gagal untuk menunjukkan kehebatan sebenar. Andai Wenger betul2 serius untuk memenangi sebarang trofi musim depan, satu2nya tindakan awal yang perlu dilakukan ialah pembelian pemain pertahanan yang lebih konsisten dan reliable. Kalau tak, anniversary ke-6 tanpa trofi bakal disambut hujung musim depan.

Once A Gunner, Always A Gunner

Thursday 7 May 2009

Dennis Bergkamp - " Dutch MasterClass "


Untuk posting yang pertama ni, pemain paling profesional yang pernah menyarung jersi merah putih Arsenal,Dennis Bergkamp akan diberikan penghormatan untuk menghiasi blog Meriammalaysia ni. Ronaldiver,Messi,Bergkamp..siapakah pemain terbaik bagi anda? BERGKAMP. Henry,Ian Wright,Bergkamp...yang mana pilihan hati untuk dinobatkan pemain terbaik Arsenal...BERGKAMP!! Mungkin korang rase aku ni overrating pemain lagenda Arsenal ni. Tapi hakikatnya memang non-flying Dutchman ni layak diberikan penghormatan2 ni. Kenapa?!! Banyak reason di sebalik kegilaan aku kat pemain yang pernah mempopularkan jersi no.10 Arsenal ni. Skil, hantaran kemas dan luar biasa, umpanan2 yang tak terlintas kat mane2 otak manusia biase, gol-gol "ajaib", kurang (takde langsung kot..) kontroversi, komitmen terhadap team, tak pernah bising2 mintak naik gaji tapi sentiasa meninggikan standard permainan sampai penghujung kareer dan yang sewaktu dengannya dapat menggambarkan lagenda Arsenal dan Belanda ni.

kat bawah ni gol terbaik Bergkamp untuk Gunners...

Gol ni dijaringkan hasil counter attack yang cukup kemas yg memang sebati dengan Arsenal satu masa dulu. Gerakan tu dimulakan oleh Bergkamp dan hantaran terakhir dari Pires disudahkan dengan cukup cool oleh Arsenal s no.10.Adebayor,tolonglah tengok2 video ni ye.Ni la gaya striker Arsenal yang kiteorang harapkan.Bukan yang kaku ala mayat idup.

"We ve Got Dennis Berkamp"-sorakan ni cukup sinonim kat Highbury satu mase dulu. Peminat-peminat Arsenal sentiasa menanti dengan penuh kesabaran demi untuk menyaksikan sentuhan2 ajaib pemain kelahiran Amsterdam ni. Boss Gunners turut menyatakan kekaguman dia terhadap Bergy,"Bijak dan ada class. Tak ramai player yg wa tengok ada kedua2 ni dalam masa yang sama.Teknik mamat ni pun mmg superb.Team2 yang nak parking bas depan gol mase lawan team aku mmg seram kalau mamat ni ade dalam starting 11.". Thierry Henry, pemain yang tak mungkin dapat melupakan assist2 Bergy turut memuji sumbangan Mr Cool - "Die pemain terbaik yang pernah aku jumpa.Memang impian setiap striker untuk dapat partner camni." Ian Wright plak merupakan pemain yang cukup meletup sejak ketibaan Bergkamp ke Arsenal dr Inter. Wright pernah bagitau dlm satu interview yang mase Bergkamp sampai kat Arsenal permintaan pertama die kat Bergy ialah untuk bimbing Gunners ke kejohanan Eropah. Musim berikutnya seperti yang dijanjikan Arsenal kembali ke pentas Eropah.

MAGIK, itulah kata lain yang dapat menterjemahkan pemain yang dibeli dengan yuran perpindahan sebanyak £7.5m dari Inter Milan ni. Walaupun prestasi kat Inter terumbang ambing sehinggakan Presiden Inter,Moratti menyindir perpindahan Bergkamp -"Lu orang dah boleh kira bernasib baik kalau mamat ni bleh score 10 gol untuk season ni", kareer Bergkamp menemui sinar baru kat Highbury sehinggakan digelar "God" oleh peminat-peminat the Gunners. Selepas 7 perlawanan berlalu tanpa sebijik gol pun dari Bergkamp, ada suara-suara sumbang kedengaran dari media British yang sememangnya "barua" Manchester United. Namun segala sindiran-sindiran dijawab dengan penuh gaya oleh Dennis Bergkamp. Gol cantik masa league match(lawan Southampton) berjaya mencalit arang ke muka media British yang nyata terkezut dengan kebolehan Dennis the Menace.

Ketibaan "Arsene Who?" ke Arsenal merupakan impak terbesar dalam kareer Bergkamp. Tag "Boring,Boring Arsenal" berjaya dihapuskan sama sekali oleh Wenger. Bergkamp merupakan sebahagian daripada pasukan Revolusi Arsenal(Vieira,Petit,Overmars,etc.)yang berjaya mendominasi liga Inggeris untuk satu tempoh yang agak lama. "Ada ke pemain yang lagi hebat dari Bergkamp??Kalau ada, sorry arr aku rase aku tak pernah tengok lagi orang tu"-ni merupakan komen Arsene Wenger sebaik Bergkamp dinobatkan pemenang untuk "Best Goal of the Season" musim 1998. Bergkamp turut dipuji oleh the Professor disebabkan kejayaan die menjelmakan dua pemain yang berjaya memecahkan rekod penjaring terbanyak kelab(Wright dan Henry). Tapi pemain lagenda ni dengan cukup rendah diri menangkis puji-pujian tu dengan menyatakan,"Dua-dua mamat tu memang hebat tahap dewa.Aku yang untung dapat partner dengan striker2 hebat cam dieorang".

22 Ogos 2004, mustahil korang boleh tanya ape yang terjadi hari tu. Perlawanan terbaik Arsenal yang mungkin sukar untuk diatasi oleh mana2 kontijen Gunners (cepat gi survey Youtube).Middlesbrough 3 - Arsenal 1 keputusan yang dilihat bakal menamatkan unbeaten run The Invicibles. Tapi gol-gol "ajaib" dari Bergkamp,Henry,Reyes dan Pires berjaya menidakkan impian Boro dengan Arsenal meneruskan rentak unbeatan hasil kemenangan 5-3. Highlight untuk game ni ialah Bergkamp diberi mandat untuk jadi kapten pasukan. Tugas yang disempurnakan dengan cukup berkesan oleh pemain yang diiktiraf sebagai pemain terbaik dunia oleh Gerd Muller dan Johann Cruyff ni.

Bergkamp memenangi 3 title Liga Inggeris, 4 kejohanan FA Cup, Player's Player of the Year(98), Football Writers Player of the Year(98), Goal of the Season Award (98 & 02) bersama Arsenal yang menjadikan die antara pemain terbaik yang pernah menyarung jersi merah putih the Gunners. Sifat merendah diri, fokus terhadap kualiti permainan, prestasi yang konsisten, kurang kontroversi luar padang dan semangat juang yang tinggi Bergkamp diharap mampu mendidik babies kat Arsenal untuk mengembalikan legasi The Gunners untuk musim-musim akan datang.

Once A Gunner, Always A Gunner !!