Sunday 17 May 2009

Well Done Song, Congrats Setan!!

Kegagalan mengalahkan Arsenal dan Liverpool dalam kedua-dua perlawanan liga mungkin sedikit sebanyak menghantui juara EPL musim ni, Man U. Mungkin sesuatu yang tidak boleh dibanggakan oleh pasukan yang bergelar juara. Namun, ucapan tahniah harus diberikan pada Red Devils di atas kejayaan mereka semalam.

Fabianski


Sagna -- Toure -- Song -- Gibbs


Nasri -- Denilson -- Fabregas -- Diaby -- Arshavin


Van Persie

Selepas kecewa pada minggu lepas, lelaki berjersi merah kembali ke kedai mamak yang sama dengan harapan untuk melihat keajaiban berlaku. Die mengharapkan The Gunners mampu melengahkan parti Man U. Melihat pada formasi awal, memang ramai yang sedang duduk di kedai mamak menoleh ke arahnya bagaikan memberitahu betapa Man U akan melalui satu perlawanan yang mudah. Tapi lelaki berjersi merah itu yakin lebih-lebih lagi setelah melihat kelibat Alex Song di bahagian pertahanan. Mungkin ramai yang tak sependapat dengannya bahawa pemain terbaik Arsenal musim ini ialah Alex Song. Dia mempunyai sedikit persamaan dengan bekas kapten Arsenal, Tony Adams. Gaya die membawa bola ke kotak penalti lawan tidak jauh bezanya dengan lagenda Arsenal itu. Berani dan tidak mudah mengalah. Itulah yang membuatkan lelaki berjersi merah itu amat yakin dengan pemain dari Cameroon itu.

Bermula dari wisel mula hinggalah wisel penamat, lelaki berjersi merah itu senyum melebar. Kenapa?!! Malam itu die buat pertama kalinya melihat Arsenal yang sekian lama ini ghaib entah di mana. Passing yang cun, ball control yang amat bagus dari kesemua pemain, pertahanan yang kebal dan hampir menenggelamkan suara peminat-peminat Man U. Arsenal sewajarnya mampu menang. Percubaan dari Gibbs yang sedikit tersasar, rembatan Fabregas yang diselamatkan VDS dan dua rembatan van Persie yang berjaya meretakkan tengkorak pembelot Spurs, Michael Carrick.

"Ref kayu!!" jerit pemuda berjersi merah tu apabila ref tak berhenti-henti melayangkan kad kepada pemain2 Arsenal dan memberikan sepakan percuma kepada Ronaldiver yang nyata akan jatuh walaupun ditiup bayi yang baru lahir. Rooney yang menarik jersi Nasri dan menerjah pemain2 Arsenal bagaikan lembu gila langsung tak diberikan kad. Memang berat sebelah. Ye la. Kalau dah support Man U memang agak susah nak bagi kad kat dieorang.
Setelah wisel penamat ditiup, pemuda berjersi merah itu pulang dengan ceria dan akan kembali dengan menyarung jersi yang sama ke kedai mamak tersebut minggu hadapan untuk melihat Arsenal melangsaikan hutang kat Stoke Ayam.

Man U juara, Liverpool kecewa. Mungkin ramai peminat Liverpool mengharapkan Arsenal untuk melakukan sesuatu semalam. Namun, kita bukannya ada apa2 perjanjian dengan Liverpool. Andai kita kalahkan Man U, adakah Alonso akan dijual Liverpool kepada Arsenal musim depan? Tidak!! Jadi apa guna kita terpaksa tolong Liverpool. Kita hanya perlu fokus kepada team sendiri. Walau ape pun, Man U mungkin masih kecewa dengan kegagalan mereka menewaskan Arsenal dalam perlawanan liga musim ni.

Pemain terbaik semalam bagi aku semestinya Alex Song. Walaupun menjadi bahan eksperimen Wenger untuk beraksi di posisi CB, Song telah melakukan yang terbaik. Memang tak mengejutkan sebab Alex Song memang tak pernah mengecewakan peminat2 Arsenal sepanjang musim ni. Setiap kali turun padang, die memberikan komitmen penuh dan beraksi cemerlang. Andai kita ingin menyenaraikan pemain2 Arsenal yang semakin meningkat prestasi mereka dalam 2-3 musim ni, Alex Song layak berada di puncak senarai tu. Usah bandingkan Song dengan van Persie, Arshavin dan Fabregas sebab kita memang tau dengan kebolehan 3 pemain2 tu. Tapi Song yang satu masa dulu menjadi bahan jenaka peminat2 kini antara pemain terbaik Arsenal atau mungkin yang terbaik untuk musim ni.

Berbaki satu perlawanan liga menentang Stoke, kita masih ada sesuatu untuk dibuktikan. Fulham, Man City, Hull yang mengalahkan kita dalam awal musim berjaya kita benam dalam pusingan kedua liga. Kini berbaki Stoke. Diharap pemain2 Arsenal akan menamatkan musim dengan penuh gaya di tempat ke-4.

Rating @ 3M : Fabianski (7), Sagna (6), Toure (6.5), Song (7.5), Gibbs (7), Arshavin (7), Denilson(6), Fabregas (7), Diaby (6), Nasri (6), van Persie (7)

Once A Gunner, Always A Gunner.