Saturday 18 December 2010

Peluang keemasan Wojciech Szczesny

Siapakah pemain terbaik Arsenal masa match Man U vs Arsenal?? Sudah pastinya Wojciech Szczesny!! Penjaga gol muda ini berpeluang sekali lagi untuk membuktikan kehebatnnya malam ini apabila berdepan team "puaka" Stoke Pity. Szczesny mampu meneruskan aksi cemerlang seperti yang dipamerkan pada perlawanan MU, sudah pastinya Wenger kembali pening kepala. Dengan Almunia yang nampaknya akan melangkah keluar dari Emirates tak lama lagi, nampaknya Szczesny dan Fabianski perlu menggunakan setiap peluang yang ada untuk meyakinkan Wenger. Malam ini aksi pastinya "lebih panas" dengan peminat Arsenal ternanti-nanti kelibat Ryan Shawcross. Kita harapkan kemenangan mampu dilakar oleh Arsenal malam ini untuk kembali merampas takhta. Arsenal 2- Stoke 0.

Once A Gunner, Always A Gunner.

Sunday 5 December 2010

Magical Nasri!!



Mungkin inilah yang dimaksudkan dengan winning ugly..tapi Samir Nasri menjelmakan 2 gol yang cukup istimewa dan ajaib untuk menceriakan penyokong Arsenal yang pastinya tergamam menyaksikan aksi longlai Arsenal pada separuh masa kedua. Namun Nasri boleh dikatakan one man army malam tadi. Kesungguhan dan skill mantap pemain Perancis ini menidakkan kebangkitan Fulham.

Pertembungan antara Koscielny dan Squillaci membuka ruang untuk Kamara menyumbat gol pertama. Tapi apa la bebal sangat si Squillaci ni..Patut kau tanduk player Fulham camtu bukan player sendiri. Koscielny patutnya terus rebah dan bukannya cuba kejar Kamara. Inilah yang terjadi apabila pemian kurang pengalaman diturunkan. Tapi mungkin ada kebaikannya. Djorou yang menggantikan Koscielny lepas tu beraksi mantap dan memenangi hampir kesemua bola di udara. Sememangnya Djourou lebih baik dari Koscielny dalam bab defending set pieces dan sepakan sudut. Tapi mungkin belum sampai masa untuk mengerah tenaga pemain Swiss yang baru pulih dari kecederaan.

Separuh masa pertama milik Arsenal. Kalau ikutkan kita sepatutnya selesa dengan 3 gol dalam first half. Arshavin dan Song sepatutnya menyudahkan peluang yang dimiliki mereka. Bersahaja dan tidak bersungguh-sungguh. Itulah puncanya sehingga membenarkan Fulham menyamakan kedudukan. Finishing Nasri pastinya membuat Henry yang berada si Emirates malam tadi tergamam. Jeritan commentator, "Amazing, Superb, Extraordinary Goal!!" yang selalunya kedengaran sewaktu Henry beraksi di Highbury satu masa dulu kembali kedengaran. Akhirnya Nasri membuktikan kenapa dia digelar "Next Zidane".

Kemenangan yang tidak begitu menyakinkan namun kita kembali ke takhta liga..thanks to Everton!! thanks to salji kat Bloomfield Road!! BRAVO NASRI!!

Once A Gunner, Always A Gunner.

Saturday 4 December 2010

Peluang untuk kembali ke takhta!!


Dengan berita bahawa perlawanan antara Man U dan Blackpool ditangguhkan kerana keadaan padang yang beku..Arsenal memiliki peluang yang cerah untuk kembali ke posisi nombor satu liga minggu ini sekiranya Everton berjaya menyekat kemaraan Chelsea di Stamford Bridge. Tapi ikutkan rekod musim ini, Arsenal mempunyai rekod mencicirkan peluang untuk merampas takhta setiap kali MU dan Chelsea gagal meraih mata penuh. Harapan pastinya agar cerita sama tidak diulangi malam ini.

Wenger akhirnya mampu tersenyum setelah semua penyerangnya kembali dari kecederaan. Namun masih menjadi tanda tanya sama ada pengurus Arsenal ini akan menurunkan kedua-dua penyerang sensasi van Persie dan Chamakh atau akan kekal dengan seorang striker. Chamakh yang mensasarkan 20 gol musim ini pastinya perlu meningkatkan mutu permainannya sekiranya tidak rela untuk melepaskan tempatnya untuk Bendtner. Walau bagaimanapun, kelibat Carlos Vela nampak kurang menyerlah musim ini setelah diberikan harapan tinggi musim lepas. Kapten Fabregas masih belum cergas begitu jugak dengan Vermaelen. Fabianski akan terus kekal di gawang Arsenal. Target Arsenal, Mark Schwarzer pastinya ternanti-nanti fixture ini. Kita nantikan apa kesudahannya malam ini.

Arsenal 2- Fulham 0

Once A Gunner, Always A Gunner.

Wednesday 24 November 2010

Masih Frust..Tapi masih boleh bersuara...

Post terakhir sebelum kecundang dengan West Brom. Lepas tu aku hilang mood terus nak update blog ni disebabkan kelemauan team favorite yang selama ni menjadi inspirasi. Tiba-tiba performance Arsenal jadi macam team average yang tengah elakkan relegation zone. Kalau satu masa dulu kita gah dengan pelbagai gelaran speperti comeback kings, london kings, five star Arsenal dan sebagainya..tiba-tiba segala-galanya berubah. Setiap team dalam EPL tertunggu-tunggu untuk fixture menentang Arsenal. Sebab??!! Top 4 yang paling mudah untuk dilaukkan!! Sesuatu yang agak memalukan namun kita selaku supporters terpaksa terima hakikat ni.

Apa yang pasti, Arsene Wenger sendiri telah mula hilang sabar dan hilang arah. Walaupun dibarisi oleh pemain-pemain bintang dan pemain-pemain muda yang berpotensi tinggi, aksi musim ini begitu mengecewakan lebih-lebih lagi setelah dijanjikan dengan pelbagai harapan palsu pada awal musim. Lepas tumbang dengan West Brom aku dah mula nampak kepincangan ketara Arsenal walaupun Wenger sedaya upaya cuba menidakkan hakikat tu.

Sesuatu yang cukup ketara missing daripada pasukan Arsenal yang ada sekarang kalau dibandingkan dengan The Invicibles satu masa dahulu. Semangat juang yang tinggi sama sekali tiada pada pemain-pemain yang ada sekarang termasuklah Fabregas. Mendahului 2-0 dan tumbang 2-3 pada musuh tradisi, Spurs merupakan kemuncak episod sayu musim ini. Terlampau lemau dan fragile!!! Itulah kesimpulan bagi pasukan yang ada sekarang. Pemain-pemain yang dikatakan telah matang dan mampu membawa pulang trofi musim ini sama sekali mengecewakan. Barisan midfield yang merupakan kekuatan utama Arsenal sebelum ini tidak lagi mampu menampilkan aksi mantap dan menghiburkan musim ini. Rasanya Edu dan Gilberto masih belum ada pengganti. Yang lebih meyakitkan hati ialah apabila Wenger sempat memuji prestasi pemain "ntah ape-ape", Denilson. Rasanya dia yang paling mengecewakan musim ni. Kalau Wenger boleh bukak mata luas-luas dan tengok kedudukan Denilson masa gol pertama Spurs dijaringkan hari tu mungkin dia akan consider untuk tarik balik kenyataan dia tu. Bale begitu mudah menembusi kotak penalti Arsenal sambil diiringi khas oleh Denilson. Kaki kan ade..tackle la. Ko tu central midfield. Kalau common sense tu pun kau takde..baik jadi milo boy je..

Tengah pecah kepala fikir pasal kekalahan kat Spurs, kita digegarkan lagi dengan kekalahan 2-0 kepada Braga yang kita benam 6-0 kat Emirates. Yo-yo pattern ape ni Wenger??!! Kata skuad dah cukup depth..tapi bagi lagi alasan letih la..tak konsisten la..hilang fokus la..Alasan budak-budak sekolah lagi ka??!! Lagi best..Fabregas injured dan mungkin akan berehat 2-3 minggu. Dan seperti biasa, Denilson akan diturunkan dengan lebih kerap. Bersedialah untuk dikejutkan lagi musim ni.


Once A Gunner, Always A Gunner.

Tuesday 5 October 2010

Pires is back!!

Robert Pires kembali ke Arsenal?? Dikhabarkan bekas pemain Arsenal yang merupakan antara ahli penting dalam pasukan the Invicibles akan kembali ke kota London setelah berjaya memikat hati Arsene Wenger dalam sesi training baru-baru ini. Wenger menyatakan pemain berusia 36 tahun ini masih mampu beraksi di peringkat tertinggi dan dia sedia untuk memberikan peluang itu. Namun masih belum ada kata putus dari Arsenal. Sama-sama kita nantikan..

Once A Gunner, Always A Gunner.

Monday 4 October 2010

Di mana silapnya....

Skrip masih sama..Wenger masih melakukan kesilapan yang sama..Drogba score lagi..hanya satu yang boleh dibanggakan. Prestasi Lukasz Fabianski yang makin meyakinkan. kalau bukan disebabkan ketangkasan penjaga gol muda ini, kita mungkin ditewaskan dengan jurang gol yang lebih besar.

Satu je yang aku tak paham...Kenapa Wenger begitu yakin dengan Diaby?? Kenapa dia diletakkan dalam kesebelasan utama sedangkan ada opsyen yang lebih baik iaitu Rosicky. Sejak ROsicky dimasukkan sebagai pemain gantian Arsenal makin mengancam. Namun ketiadaan van Persie, Walcott dan Fabregas jelas mencacatkan barisan Arsenal. Namun persembahan yang meyakinkan dari Arshavin, Nasri dan Wilshere sedikit sebanyak mengubat kedukaan. Wilshere nampak begitu selamba dan corak permainan pemain muda ini perlu dicontohi oleh Diaby. Diaby yang nampak begitu takut-takut terutamanya apabila mendapat beberapa peluang untuk shoot.

Once A Gunner, Always A Gunner.

Wednesday 29 September 2010

That s the spirit Fabianski!!



Buktikan sebelum bercakap!! Itulah reaksi ramai penyokong Arsenal apabila Wenger menegakkan pendiriannya mengenai kehebatan penjaga gol muda, Lukasz Fabianski. Aku pun termasuk dalam kategori penyokong yang melenting sama. Tapi awal pagi tadi Fabianski menunjukkan sinar harapan mengapa Wenger begitu yakn terhadapnya. Sekiranya Fabianski mampu mengekalkan prestasi malam tadi, Almunia pastinya tak senang duduk lepas ni. Yang paling aku suka reaksi Fabianski lepas save penalty. Begitu beremosi. Mungkin inilah detik yang dinanti-nantikan anak muda ini. Sudah tiba masanya untuk penjaga gol harapan ni untuk bangkit dan membuktikan betapa kita semua bersalah selama ni dalam menghentam dia.



Seorang lagi pemain yang ceria malam tadi ialah Rosicky. Kalau tak percaya tengoklah reaksi dia lepas Chamakh score gol kedua. Mungkin ceria gol tersebut dijaringkan hasil cross cantik olehnya. Tapi itulah moral boost yang diperlukan oleh Rosicky selama ini. Cuma masih belum menjaringkan gol. Tapi aku yakin masanya akan tiba tidak lama lagi. Lagipun Rosicky bukannya pemain yang tiada pengalaman. Dia mampu mengharungi tempoh yang penuh dugaan ini dengan lebih baik jika dibandingkan dengan Diaby dan Eboue.

Arshavin berjaya menjaringkan gol tetapi kegembiraannya sedikit tercalar setelah terlepas peluang untuk menambah jaringan selepas sepakan penaltinya diselamatkan oleh bekas keeper Wigan, Stojkovic. Chamakh meneruskan pesta golnya tapi masih perlu lebih berani dalam mengasak kubu lawan. Paling menyinar ialah Jack Wilshere. Cukup pantas dan hantaran pemain muda ini labih kemas dalam perlawanan ini. Mungkin Wenger menyesal kerana tidak menurunkan anak muda ini dalam kesebelasan utama semasa menentang West Brom. Kreativiti dan kepantasan Wilshere mungkin dapat membantu Arsenal minggu lepas. Ape-ape pun yang lepas tu kita lupakan. Kita akan saksikan kebangkitan Fabianski dan aku betul-betul berharap agar keyakinan Wenger dibalas oleh Lukasz Fabianski. Syabas Bro!!!

Once A Gunner, Always A Gunner.

Tuesday 28 September 2010

Sejarah mungkin berulang....

Dititik 3-2 oleh West Brom lebih memalukan dan memualkan dari kekalahan kepada Hull City. Tapi yang lebih memalukan ialah kelesuan Manuel Almunia yang merupakan pemain senior di gawang Arsenal. Sudah tibakah last chance yang diberikan Wenger kepada keeper gelabah ni? Atau mungkin nak tunggu setahun lagi tanpa piala? Lebih mengejutkan ialah apabila Wenger terus menyokong pilihan penjaga golnya. Buta ke ape? Hanya Wenger sahaja yang tau.

Dua gol yang dianugerahkan oleh Almunia merupakan bukti betapa kedegilan Wenger bakal membawa padah sekali lagi. Tiada peruntukan untuk mendapatkan penjaga gol kelas dunia? Jangan nak kelentong. Kata duit tengah banyak. Keuntungan berlipat ganda. Nak tunggu apa lagi?? Kalau setakat nak selamatkan kareer Almunia takde maknanya. Dah bertahun-tahun kami bersabar, bila lagi die nak improve??!! Bak kata Ian Wright, punca masalahnya ialah kedegilan Arsene Wenger. Almunia plak leka dan tak kisah sangat sebab memang takde pesaing di posisi penjaga gol yang mampu memberikan cabaran kat dia. Biarlah berjuta kali dia buat silap, still kita terpaksa bergantung kat dia. Satu-satunya harapan kita ialah agar Wojciech Szczesny mampu memberikan saingan kepada keeper-keeper mangkuk ni.

Awal pagi esok bakal menyaksikan satu lagi cabaran bagi anak muda Arsenal. Cabaran yang lebih getir menanti di bumi Serbia. Ini merupakan peluang terbaik untuk memulihkan maruah yang tercalar minggu lepas. Tapi ape-ape pun Arsene Wenger patut segera mencari jalan penyelesaian sekiranya dia betul-betul serius untuk menamatkan kemarau piala di Arsenal.

Once A Gunner, Always A Gunner.

Wednesday 22 September 2010

Pat Pat Siku Lipat...Malang sungguh Spurs Bolos Empat

Pengajaran penting untuk pemain-pemain Arsenal awal pagi tadi, "belajar untuk menang dengan cara yang mudah". Kadang kala kita mampu untuk menang dengan cara yang mudah kalau kita kekalkan corak permainan yang stabil. Tak perlu beautiful football tahap gaban tapi "malu" untuk menjaringkan gol. Pengajaran kedua plak, "Nasri merupakan penalti taker no.2 Arsenal". Cool dan composed..dua penalti disempurnakan dengan mudah dan mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa dia saje yang tak ambik penalti kat Sunderland minggu lepas. Tapi itulah bola sepak...

Tak banyak yang boleh dikomen kerana buat pertama kalinya Arsenal menang dengan gaya yang meyakinkan musim ni dan yang lebih manis ialah kelibat Henri Lansbury yang amat membanggakan. JAck Wilshere, Lansbury, Gibbs...amik kau FA...kalau Arsenal nak create English player bukannya susah sangat..bising sangat..sekarang ape hangpa nak kata??

Gol Arshavin meneruskan prestasi yoyo pemain Rusia tersebut..kejap top form kejap off form. Dan sekali lagi aku amat bangga dengan persembahan mantap Tomas Rosicky yang menunjukkan kematangan di barisan midfield dan berjaya mengemudi anak-anak muda the Gunners sepanjang perlawanan. Pertahanan nampak mantap tapi ramai pulak yang mengutuk Fabianski kerana membiarkan rembatan lemau Keane untuk membolosi gawangnya. Come on la..rembatan lemau pun still mamat tu aim penjuru..memang susah nak stop..mungkin lebih baik kita bagi ruang untuk anak muda ni meningkatkan keyakinan diri yang kian merudum.

Gol Robbie Keane offside?? Mungkin Wenger takkan bersuara lagi pasal linesman yang merapu tu. Nanti tak pasal-pasal kena ban lagi. Kita diam je la...

Once A Gunner, Always A Gunner.

Tuesday 21 September 2010

Spurs vs Belia Arsenal...Peluang untuk buktikan kematangan

Perlawanan awal pagi esok bakal menyaksikan pasukan belia Arsenal a.k.a Arsenal B akan diturunan untuk membuktikan kematangan mereka. Tahun lepas kita gagal ke final, tapi musim ni nampaknya makin sukar laluan kita. Perlawanan pertama menentang rival tempatan, Spurs pastinya menjanjikan laluan yang sukar. Tapi pasukan belia Gunners pastinya akan turun dengan penuh keyakinan demi membuktikan kemampuan mereka kepada Arsene Wenger.

Antara pemain yang mungkin akan beraksi adalah Emmanuel Thomas, Vela dan Djourou. Wenger mengharapkan pertarungan yang sengit tetapi Arsenal perlu lebih berhati-hati bila beraksi di White Hart Lane yang menjanjikan atmosphere yang "panas". Malangnya, seorang lagi bintang remaja, Frimpong tidak dapat diturunkan bagi perlawanan kerana masalah kecederaan. Walau apa pun keputusannya nanti, kita harapkan Arsenal B dapat memberikan aksi terbaik terutamanya di bahagian pertahanan.

Boss Arsenal, Arsene Wenger terpaksa menyaksikan perlawanan dari luar kawasan sub bench kerana menjalani penggantungan satu perlawanan kerana tuduhan menyerang pembantu ref dalam perlawanan menentang Sunderland. Ape ape la FA..teruskan usaha murni anda untuk membunuh Arsenal.

Once A Gunner, Always A Gunner.

Sunday 19 September 2010

It s all in the game....

Sukar untuk menentukan siapa man of the match malam tadi..Setelah berfikir panjang aku rasa selayaknya pengadil "paling adil", Phil DOwd yang perlu diberikan gelaran tersebut. Aksi yang cukup berat sebelah dan tidak konsisten dan di penghujung perlawanan telupa untuk tengok jam sehingga perlawanan berlarutan. Mungkin Arsenal perlu akur dengan keputusan seri itu, tapi bagi aku kalau nak seri tu biarlah dengan cara yang lebih terhormat.

Pengadil yang tidak berkaliber seperti Phil DOwd perlu ditamatkan perkhidmatan mereka kerana manusia-manusia seperti ini "membunuh" pasukan seperti Arsenal. Wenger pastinya tak senang duduk melihatkan DOwd begitu ringan tangan untuk melayangkan kad kuning kepada player Arsenal walhal Bramble dan Malbranque yang sepatutnya menerima nasib yang sama diberikan amaran berjuta kali. Kenapa Bramble tidak dilayangkan kad kuning untuk tackle terhadap Jack, sedangkan Song yang tidak bersalah begitu mudah dilayangkan kad. Adakah ini pesanan FA untuk pengadil-pengadil ini?? BERAT SEBELAH DAN TIDAK KONSISTEN..itulah rumusan bagi mutu pengadilan Dowd.

Beralih kepada perlawanan, secara jujurnya aku rasa Sunderland layak untuk mendapat satu mata malam tadi. Arsenal bermula hambar tapi gol nasib yang dijaringkan Fabregas sudah cukup untuk Arsenal. Kelibat Rosicky di barisan midfield amat meyakinkan. Lupakan penalty miss tersebut, secara keseluhannya Rosicky beraksi cemerlang dan kombinasinya bersama NAsri merupakan kombinasi terbaik malam tadi. Walaupun beraksi 10 orang, Nasri dan Rosicky tetap mempamerkan gaya passing yang amat mantap. Chamakh sedikit mengecewakan. Sering terlepas bola dan kurang idea bila berhadapan dengan pertahanan lawan. Jack perlu lebih berhati-hati. Gaya bersahajanya sering menyaksikan pemain ini kehilangan bola. Song sepatutnya beraksi 90 minit tapi dengan ref mangkuk seperti Dowd agak sukar untuk perkara tersebut berlaku. Pertahanan (Squillaci dan Koscielny) merupakan wira sebenar perlawanan malam tadi. Setelah menyaksikan persembahan pemain pertahanan dua orang ini, aku yakin musim ini kita mampu berhadapan dengan team-team besar tanpa sebarang kerisauan.

Pemain paling mengecewakan?? Andrey Arshavin!! Pemain Rusia ini sering kali beraksi sambil lewa. Dan 2-3 peluang yang diperoleh gagal disudahkan. Agak mengecewakan bagi pemain berkaliber seperti Arshavin. Sepatutnya dia lebih tajam dan berbisa di hadapan gol. Malangnya, dia hilang sentuhan berbisanya sama sekali. Walau ape pun, 1 mata bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan. Mungkin satu pengajaran yang menyakitkan bagi barisan the Gunners. Ayuh, kita beralih ke perlawanan seterusnya!!

Once A Gunner, Always A Gunner.

Friday 17 September 2010

Owen Coyle + Big Sam = LOSERS

Owen Coyle akhirnya menjalinkan partnership dengan Big Sam untuk menghentam Arsene Wenger. Kononnya Wenger cuba mencipta publisiti murahan untuk meminta pengadil memberikan protection pada player-player Arsenal. WENGER minta PENGADIL berikan protection pada PLAYER-PLAYER ARSENAL...kenape badut bebal dua orang ni plak nak bising2? So, siapa sebenarnya yang cari publisiti murahan??? Coyle dan Big Sam tiada apa yang boleh dibanggakan sepanjang kareer pengurus mereka. Jangankan title EPL, cup cap ayam pun tak pernah menang dua orang ni. So, taktik untuk menghentam pengurus berkelas dunia seperti Wenger merupakan cara mudah untuk menglamorkan nama busuk mereka di akhbar. Come on la Losers....taktik lama tu dah basi la bro...

Coyle yang aku rasakan ada masalah penglihatan cuba sedaya upaya untuk menegaskan bahawa pasukannya beraksi bersih sepanjang perlawanan menentang Arsenal tempoh hari. Baginya red card Cahill adalah tak wajar sama sekali. Ref dah bagi diskaun dah tu. Patut 3 orang player Bolton patut kena red card hari tu. Hakikatnya, Coyle dan Big Sam sepatutnya perlu lebih fokus pada pasukan masing-masing dan cuba mencipta nama dengan memenangi sesuatu dan bukannya dengan publisiti murahan sebegini. Anda berdua tidak layak sama sekali untuk menghentam Wenger yang berada di kelasnya yang tersendiri. Wenger pastinya tidak peduli sama sekali dengan mamat badut dua orang ini dan lebih fokus pada game hujung minggu ini. Kunjungan ke Sunderland lebih penting dari melayan badut murahan dua orang ini.

Once A Gunner, Always A Gunner.

Thursday 16 September 2010

The Fabregas Show




Once A Gunner, Always A Gunner.

Sunday 12 September 2010

SALAM AIDILFITRI

Once A Gunner, Always A Gunner.

Kapten Fabregas kembali.....

Bukan satu kebiasaan bagi Arsenal untuk mengutip mata penuh apabila berhadapan dengan pasukan yang lebih minat untuk main ragbi. Mungkin itu yang membuatkan ramai peminat Arsenal lebih selesa untuk memilih opsyen membakar lemang daripada menyaksikan perlawanan Arsenal menentang Bolton. Walaupun bukan lagi dikendalikan oleh Big Sam, Bolton masih memiliki sisa-sisa daripada rejim Big Sam terutamanya Kevin "Busuk" Davies.

Syabas bagi Arsene Wenger yang menurunkan barisan pemain yang lebih berkualiti bagi perlawanan ini walaupun dia seringkali buat lawak bila berdepan dengan team-team yang memiliki player-player berbadan ala Mike Tyson ini. Rosicky, Arshavin, Fabregas, Song dan Wilshere merupakan pilihan yang tepat bagi perlawanan sebegini. Walaupun bermula agak lemau, Arsenal pantas menggegarkan gawang gol penjaga gol gantian Bolton, Borgdan (rupa lain sikit dari Jaaskelainen tapi pattern rambut same). Laurent Koscielny mencatatkan gol pertamanya untuk Arsenal. Tapi, sudah menjadi lumrah bagi Arsenal untuk ambik angin sikit lepas score. Dan hasilnya, Bolton menyamakan kedudukan menerusi Elmander. Kelalaian Koscielny untuk melakukan back pass menyebabkan Lee mencilok bola daripada jangkauan Almunia sebelum dilambungkan kepada Elmander. Perghh...cam commentary game la plak...

Kalau anak buah tengah kelam kabut siape yang kena redakan keadaan??!! Sudah semestinya kapten..Dan sedang Arsenal buntu mencari gol, muncul kapten Fabregas untuk mencipta gol yang dicari-cari. Cross cantik kepada Chamakh dan tandukan dari Chamakh melegakan peminat-peminat Arsenal.

Tugas mudah menanti Arsenal sebaik sahaja Gary Cahill dilayangkan kad merah. Commentator bebal yang bagi commentary untuk match ni beria-ia kata tackle tu patut dapat kad kuning je. Come on la..Rabun ke ape?!! Tackle dari belakang, langsung tak dapat bola..nasib je kaki mamat tu kuat. Confirm red card. Tutup cerita. Pengajaran berguna bagi pemain-pemain Bolton yang sememamngnya tak makan saman. Sepatutnya Kevin Davies pun kena bagi kad merah. Aku tak faham..Bola yang memang 100% defender akan clear die nak challenge jugak. Siap heading kepala Koscileny tu cam nak bunuh orang. Come on la..memang la takde salah tapi gunalah otak sikit. Tak ke bodoh tindakan kau tu. Kesimpulannya memang Kevin Davies ni tak patut main bola langsung. Badan memang cam player American Football...ape kata kau gi join team American Football jer...

Gol cantik jaringan Alex Song menutup terus peluang Bolton untuk melakukan sebarang kejutan seperti yang dilakukan oleh Everton pada perlawanan sebelumnya. Gol keempat menceritakan segala-galanya mengenai perlawanan ini. Betapa technical skill dan speed pasukan Arsenal menyukarkan Bolton untuk mencuri walau satu mata pun dari perlawanan ini. Hantaran bersahaja Fabregas dikawal kemas oleh Carlos Vela sebelum membolosi gawang Borgdan yang sewajarnya dipuji kerana berjaya mengecilkan jurang gol sepanjang perlawanan ini.

Arsenal mengungguli segala sudut sepanjang perlawanan...possesion 66% (Bolton 34%), shot on target 10 (Bolton 4), corner 9 (Bolton 6), shot off target 8 (Bolton 1)..BRAVO..3 mata penuh..angpow raya yang cukup bermakna..

Once A Gunner, Always A Gunner.

Tuesday 7 September 2010

Fabregas,Barca,Xavi, Puyol,Pique dan ...

Setiap kali transfer window dibuka, saga Fabregas akan kembali panas. Entah apa sangat masalah Barcelona tu. Nak cakap takde midfielder.. MUSTAHIL!! Mungkin tak sabar-sabar nak hancurkan kareer seorang lagi pemain Arsenal rasanya. Aliaksandr Hleb yang tengah meningkat naik tiba-tiba dicilok Barca. Hasilnya..mamat Belarus tu terus "hilang" di sebalik galeri superstar Barcelona. Walaupun berkali-kali Hleb mengingatkan Fabregas, tapi nampaknya kapten Arsenal ni masih menyimpan hasrat untuk pulang ke kampung halaman die tu. Kalau ikutkan midfielder yang ada kat Barca tu, 99.9% Fabregas takkan dapat main starting eleven. Secara logiknya, adalah lebih baik Fabregas kekal di Arsenal.

Kalau nak cerita pasal saga Fabregas ni, mesti kena cerita gak pasal badut-badut cam Xavi, Puyol dan Pique. 3 pemain ini merupakan antara yang paling lantang untuk memaksa Fabregas kembali ke Nou Camp. Konon-kononnya mereka amat memerlukan khidmat Fabregas di sana. Mangkuk hayun tu semua nak pakai formation 3-11-1 ke???? Habis semua midfielder kat muka bumi ni kau nak angkut. Kalau betul-betul diperlukan takpe la jugak. Pemain-pemain yang tak reti nak tutup mulut macam 3 mamat ni memang menjelikkan. Mungkin mereka rasa tergugat dengan reputasi Arsenal sebagai passing team terbaik kat muka bumi ni. Barca yang mengamalkan corak permainan yang hampir sama, pastinya ingin menenggelamkan pesaing terdekat mereka. Come la...takkan main kotor kot.

Beberapa bekas pemain Arsenal juga cuba memujuk Cesc supaya terus kekal di Arsenal. Tony Adams dan Martin Keown menasihatkan Cesc supaya fokus pada pemainannya dan tidak terlalu excited untuk kembali ke Barcelona kerana kareernya di sana tidak terjamin lebih-lebih lagi dengan kelibat Iniesta dan Xavi kat bahagian midfield Barca.

Walau ape sekali pun, aku masih menaruh harapan kat Fabregas dan percaya kapten Arsenal ini akan ambik keputusan yang tepat dan fokus terhadap komitmennya di Arsenal.

Once A Gunner, Always A Gunner.

Saturday 4 September 2010

Football Does Matter!!

Apa sebenarnya kisah Jack Wilshere? Bermula dengan cerita die jadi peacemaker sampailah die jadi mat skodeng...mane satu yang betul?? Stuart Pearce langsung tak teragak-agak untuk menggugurkan pemain ini daripada kesebelasan utama U21 England semasa perlawanan menentang Portugal U21. Mungkin satu tindakan yang baik memandangkan Wilshere lebih banyak menghabiskan masa di balai polis daripada padang latihan sejak 2-3 hari lepas. Tapi kenapa tetiba kecoh tak tentu pasal??!! Berbalik kepada senario-senario sebelum ni, Gerrard yang pernah kena tangkap sebab kes pukul orang disenyapkan oleh media Britain, sama gak dengan kes Evra hire pelacur kat motel pun disenyapkan media Britain, kes Rooney kencing tepi jalan dek mabuk kaw-kaw pun disenyapkan oleh media. Bagi mereka itu bukanlah isu besar mane pun. Yang penting ape yang dipamerkan oleh pemain atas padang. Diharapkan semua insiden ini dapat dijadikan sebagai pengajaran oleh Wilshere. Jangan telalu leka dengan populariti dan kemewahan yang diperoleh sekarang. Kareer hang masih panjang lagi...masih banyak yang perlu dibuktikan. Tunjukkan kehebatan atas padang dan bukannya depan kelab malam.



Andrey Arshavin merupakan antara pemain bola sepak yang paling jujur bagi aku. Sedang pemain-pemain yang lain kecoh binsing-bising pasal kehebatan masing-masing, pemain Rusia ni lebih suka untuk melihat kekurangan yang perlu dibaiki dan tak pernah berselindung dan ego. Walaupun dah membuka akaun gol untuk musim ni, Arshavin masih tak puas hati dengan corak permainannya. Die merasakan corak permainan efektif yang dipamerkan di Liga Rusia gagal ditonjolkannya di BPL. Memang la bro...kat Liga Rusia bolehlah kau dribble 7-8 player dan skor gol cantik. Kat England jangan haraplah..baru dribble 2 player confirm ko kena tackle. Skil bukanlah segala-galanya di EPL. Cool Mr Arshavin...lambat laun kau akan kembali ke landasan yang sebenar.



Aksi persahabatan malam tadi menyaksikan Theo Walcott kembali ke pasukan utama England dan beraksi selama 74 minit sebelum digantikan Adam Johnson. Bakary Sagna, Diaby dan Clichy beraksi untuk France yang tumpas 1-0 pada Belarus. Cesc Fabregas plak beraksi selama 15 minit untuk Sepanyol malam tadi. Tapi yang paling mencuri tumpuan adalah Andrey Arshavin. Kapten Rusia ini merupakan arkitek utama dalam kejayaan Rusia menumpaskan Andorra 2-0. Gol pertama Pavel Pogrebniak dijaringkan selepas menerima hantaran cantik dari Arshavin. Gol kedua (penalti) juga diperoleh selepas hantaran Arshavin kepada Alan Dzagoev memaksa pertahanan Andorra menjatuhkan Dzagoev dalam kotak penalti. Berita baik setakat ini ialah takde sebarang kecederaan baru dilaporkan bagi pemain-pemain Arsenal. Diharapkan semuanya akan pulang tanpa sebarang kecederaan.

Once A Gunner, Always A Gunner.

Thursday 2 September 2010

25-man squad musim ini...

Arsenal: Manuel Almunia, Andrei Arshavin, Nicklas Bendtner, Marouane Chamakh, Gael Clichy, Denilson, Abou Diaby, Johan Djourou, Emmanuel Eboue, Lukasz Fabianski, Cesc Fabregas, Laurent Koscielny, Vito Mannone, Samir Nasri, Tomas Rosicky, Bacary Sagna, Alex Song, Robin van Persie, Thomas Vermaelen, Sebastien Squillaci.

Pemain yang di"bold" dikategorikan sebagai homegrown player. Berita baik ialah Arsenal masih boleh melengkapkan skuad utama dengan 5 lagi pemain bawah 21 tahun.

Setakat ni Arsenal telah menyenaraikan 20 pemain daripada 21 orang pemain kalau ikutkan kuota. Arsenal boleh menyenaraikan Theo Walcott, Wilshere, Gibbs, Vela, Frimpong dan Ramsey untuk mencukupkan kuota homegrown player (8 orang).


Once A Gunner, Always A Gunner.

Wednesday 1 September 2010

Manuel Almunia...Part II

Dengan tertutupnya transfer window malam tadi, episod duka kembali berulang. Penyokong-penyokong Arsenal terpaksa menerima kenyataan bahawa Manuel Almunia a.k.a Almunium akan terus terpacak di pintu gol Arsenal musim ini (mungkin sampai Januari je kot..), Tapi ape kan daya..Mark Schwarzer yang dikatakan akan berpindah ke Arsenal terpaksa melupakan hasratnya apabila Fulham beria-ia untuk mengekalkan penjaga gol veteran tu kat Fulham. Aik..time jual Van Der Sar kat MU takde plak kau degil camnie. Konon-konon time tu dieorang pentingkan hasrat Van Der Sar untuk beraksi dalam Champions League. Itulah hakikat di BPL. Bias..bias...bias..kroni..kroni..kroni...
Adakah jumlah transfer yang ditawarkan oleh Arsenal begitu rendah? Bagi aku tak sama sekali. 2 juta untuk penjaga gol dari kelab kecil macam Fulham adalah satu jumlah yang agak besar. Tambahan pulak Schwarzer pun bukannya pemain remaja belasan tahun. Menghitung hari untuk pencen je tu. Walaupun penjaga gol veteran tu dah melaungkan hasrat untuk ke Emirates, boss Fulham yang konon-kononnya tak jumpa lagi pengganti untuk Schwarzer tetap berdegil untuk memaksa Schwarzer kekal di Craven Cottage (satu kategori ngan Bakers Cottage). Tapi ape-ape hal, yang ruginya ialah Arsenal.

Selama ini kita kuat kutuk Almunia..tapi ade juga insan-insan mulia yang sedia untuk menegakkan benang yang basah. Konon-kononnya bukan Almunia yang bersalah tapi barisan pertahanan depan dia yang gagal untuk back up die. Mungkin ini merupakan peluang keemasan terakhir bagi Almunia untuk membuktikan kehebatan die. Wenger telah ambil langkah awal dengan mendapatkankhidmat pertahanan berpengalaman, Squillachi dan pertahanan kebal seperti Vermaelen dan Koscielny. Mampukah kewujudan tembok pertahanan yang mantap ni meningkatkan prestasi Almunia???? no guarantee!!! Kalau dah dasar kambing..sampai bila-bila pun kambing la die..

Teruk sangat ke Almunia??? Sebenarnya die ni agak ok. Pernah beberapa kali mamat Spain ni muncul wira Arsenal. Menggagalkan penalty Diamanti, Robbie Keane, Geovanni dan aksi hero sewaktu menentang Barcelona di final Champions League 2006 dan sewaktu menentang MU (first leg SF Champions League) merupakan antara memori indah Almunia sepanjang aksi yo-yo bersama Arsenal. Bukan seorang keeper yang hebat tapi boleh dikategorikan sebagai keeper average. Tapi layakkah seorang penjaga gol average seperti ini menyarung jersi no.1 di kelab top macam Arsenal? Arsene knows!! Biar ape sekalipun complaint dari penyokong, Wenger tetap teguh dengan pendiriannya. Almunia bagi Wenger merupakan seorang penjaga gol yang hebat.

Dengan Spurs mendapatkan khidmat Stipe Pletikosa, aku agak konpius dengan status penjaga gol di Arsenal. Kenapa Wenger tak nampak opsyen lain selain daripada membawa masuk Schwarzer??? Pletikosa merupakan seorang penjaga gol yang sememangnya lebih bagus dari Almunia. Dan kenapa pulak tak nak consider Shay Given?? Hanya Wenger yang mampu menjawab.

Mampukah Squillaci menamatkan krisis di bahagian pertahanan Arsenal? Wenger menekankan bahawa kehadiran pemain veteran ni mampu menyuntik pengalaman bagi pemain-pemain muda seperti Vermaelen dan Koscielny. Strategi yang sama pernah digunakan sebelum ni. Silvestre dan Gallas dibawa masuk dengan alasan yang sama. Setiap kali penyokong mendesak Wenger untuk mendapatkan keeper baru, dia akan angkut defender veteran (semestinya dari France) untuk menutup mulut penyokong. Alasannya, Almunia ialah keeper yang hebat cuma dia perlukan cover di barisan pertahanan. Hasilnya, Gallas sekadar menimbulkan krisis di bilik persalinan. Dan siapa yang boleh lupa "kematangannya" masa draw 2-2 dengan Birmingham beberapa musim yang lepas. Opps..aku terlupa pasal Silvestre. Ok..tak payah buang masa cerita pasal badut tu. Andaikan saje die tak pernah wujud kat Arsenal. Harapan Wenger untuk pemain-pemain veteran tu mendidik pemain-pemain seperti Djorou, Senderos dan Gibbs nyata gagal. Senderos hilang tanpa suara. Djourou pulak masih mencari arah. Hanya Gibbs sahaja yang boleh dibanggakan. Tapi Squilacci merupakan pemain yang lebih dinamik dan berdisiplin. Rekod di kelab lamanya merupakan sesuatu yang mungkin memberikan harapan baru (tak de la baru sangat...). Tapi sejauh manakah kemampuan Squilacci untuk mengemudi barisan pertahanan Arsenal??? Hanya Wenger yang mampu menjawab. Kita nantikan apa yang akan terjadi musim ini..



Once A Gunner, Always A Gunner.


Sunday 29 August 2010

Blackburn v Arsenal Highlight



Once A Gunner, Always A Gunner.

Hot Teh 'O'

Nampaknya badi Arsenal di Ewood Park tamat. Kemenangan bergaya 2-1 yang meyakinkan. Pertahanan nampak kemas dan yang paling penting ialah Theo Walcott sudah mula menemui sentuhan golnya.

Bermula dengan taktik yang sangat berhati-hati, Wenger menurunkan perisai rahsia, Song untuk menangani pemain-pemain ragbi Blackburn Rovers. Agak terkejut bila tengok style rambut terbaru Song yang sebijik cam pemain kontroversi, Abel Xavier..huhu..


Buat pertama kalinya aku amat berpuas hati dengan persembahan Bakary Sagna. Kalau die dapat kekalkan persembahan macam hari ini, confirm Eboue akan terus hilang peluang untuk beraksi. Gol pertama yang disumbat Theo Walcott merupakan sampel terbaik betapa bahayanya Arsenal kalau dapat peluang untuk counter attack. Assist dari Robin van Persie untuk Walcott yang cukup sempoi untuk membolosi gawang Paul Robinson. Tak sempat nak habis celebrate, Blackburn dah menyamakan kedudukan. Budak buangan Man Utd, Baram Diouf menolak masuk gol penyamaan. Blackburn selepas tu mula mempamerkan aksi ragbi mereka yang menyaksikan Robin van Persie menjadi mangsa pertama. Wenger dengan yakin dah bagitau kecederaan buku lali yang dialami Persie akan menyaksikannya tidak turun beraksi untuk sekurang-kurangnya 10 hari.Adoi!!!!

Andrey Arshavin muncul wira apabila merembat masuk gol kemenangan Arsenal. Persembahan yang cukup bertenaga dari pemain Rusia ini membuktikan dia dah kembali menemui rentak permainannya.

Kesimpulannya, Big Sam dan taktik ragbinya gagal kali ini dan Arsenal membuktikan kepada Blackburn yang taktik permainan fizikal tidak selalunya menjadi. Rentak kemenangan berterusan...BRAVO!!

Once A Gunner, Always A Gunner.

Friday 27 August 2010

PUCUK DICITA ULAM MENDATANG..

Berikut merupakan grouping bagi Champions League musim ini:

Group A: FC Internazionale Milano (ITA), SV Werder Bremen (GER), Tottenham Hotspur FC (ENG) and FC Twente (NED)

Group B: Olympique Lyonnais (FRA), SL Benfica (POR), FC Schalke 04 (GER) and Hapoel Tel-Aviv FC (ISR)

Group C: Manchester United FC (ENG), Valencia CF (ESP), Rangers FC (SCO) and Bursaspor (TUR)

Group D: FC Barcelona (ESP), Panathinaikos FC (GRE), FC København (DEN) andFC Rubin Kazan (RUS)

Group E: FC Bayern München (GER), AS Roma (ITA), FC Basel 1893 (SUI) and CFR 1907 Cluj (ROU)

Group F: Chelsea FC (ENG), Olympique de Marseille (FRA), FC Spartak Moskva (RUS) and MŠK Žilina (SVK)

Group G: AC Milan (ITA), Real Madrid CF (ESP), AFC Ajax (NED) andAJ Auxerre (FRA)

Group H: Arsenal FC (ENG), FC Shakhtar Donetsk (UKR), SC Braga (POR) and FK Partizan (SRB)

Nampaknya Dudu dan Emirates memang tak dapat dipisahkan.


Dan ni pulak jadual perlawanan peringkat kumpulan untuk Arsenal:

Match Day 1
Arsenal v SC Braga
Wednesday 15th September 2010

Match Day 2
FK Partizan v Arsenal
Tuesday 28th September 2010

Match Day 3
Arsenal v FC Shakhtar Donetsk
Tuesday 19th October 2010

Match Day 4
FC Shakhtar Donetsk v Arsenal
Wednesday 3rd November 2010

Match Day 5
SC Braga v Arsenal
Tuesday 23rd November 2010

Match Day 6
Arsenal v FK Partizan
Wednesday 8th December 2010

Once A Gunner, Always A Gunner.

Thursday 26 August 2010

Kroenke Shopping Raya

Pemegang saham terbesar Arsenal, Stan Kroenke meluaskan lagi pengaruhnya dalam arena sukan antarabangsa dengan pembelian pasukan American Football, St. Louis Rams. Kroenke berbelanja sakan 292 juta untuk membeli kelab tersebut yang sekaligus menjadikannya antara pemilik kelab sukan yang paling berpengaruh di dunia.

Dengan pembelian terbaru ini, Kroenke kini telah "terjebak" dalam 5 kelab sukan berbeza di USA. Dia sebelum ini telah memiliki kelab bola jaring (Denver Nuggets) , hoki ais (Colorado Avalanche) bola sepak (Colorado Rapids) dan lacrosse (Colorado Mammoth). Ini merupakan petanda awal bahawa Kroenke semakin hilang keyakinan yang die boleh beli Arsenal. Mustahil untuk businesman Amerika ni untuk bershopping lagi dalam masa terdekat. Walaupun dalam masa terdekat ni Kroenke akan menyepi dari pengambil alihan Arsenal, die mungkin akan mencuba sekali lagi hujung tahun ni.

Dalam diam-diam, badut terkenal Mikael Samy Silvestre (nama sebenar) dikatakan semakin hampir untuk menandatangani perjanjian baru dengan kelab Jerman, Werder Bremen. Silvestre kini merupakan free agenst setelah kontraknya dengan Arsenal tamat tempoh. Sepanjang 26 appearance bersama Arsenal, Silvestre telah menjaringkan 3 gol. Selamat maju jaya diucapkan kepada Silvestre.

Bendtner yang sekarang tengah dalam proses recovery dari kecederaan dikhabarkan telah memecat personal therapist, Soren Malling disebabkan tak puas hati dengan kelembaban mamat tu. Bendtner jugak dikatakan tak puas hati disebabkan therapist Denmark tu cuba mencari publisiti murahan dengan berita kecederaannya..hurm....masalah ego??

Once A Gunner, Always A Gunner.


Monday 23 August 2010

Skor Pemain Arsenal vs Blackpool

Once A Gunner, Always A Gunner.

Sebastien Squillaci semakin hampir...Schwarzer??


Menurut sumber-sumber yang agak meyakinkan, pemain pertahanan Sevilla, Sebastien Squillaci kian hampir untuk menandatangani kontrak bersama Arsenal. Offer berjumlah 6.5juta ini menunjukkan betapa Wenger begitu concern untuk memantapkan barisan pertahanan yang kian ampuh setelah pemergian trio kuda tua. Bekas pertahanan Lyon yang baru 2 tahun beraksi untuk Sevilla ini merupakan seorang pengganti yang agak berkaliber.

Dilahirkan pada 11 Ogos 1980 di Toulon, Perancis dan pernah beraksi sebantak 20 kali untuk pasukan kebangsaan Perancis. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada Arsenal.

Dalam pada masa yang same, Mark Schwarzer dikatakan telah tiba di kem Arsenal untuk menjalani medical. Gosip-gosip liar menyatakan Schwarzer gagal ujian perubatan disebabkan back problem. Namun, berita ini adalah sekadar gosip dari sumber yang agak kurang reliable. Tapi disebabkan content die best aku masukkan sekali dalam post ni.

Once A Gunner, Always A Gunner.

LAWAK DI PAGI ISNIN..MONDAY S BLUES BAGI SETAN..MONDAY S HEAVEN UNTUK KITA...

Once A Gunner, Always A Gunner.

Sunday 22 August 2010

Arsenal v Blackpool Highlight



Once A Gunner, Always A Gunner

Walk in the Pool

Bukan persembahan yang terbaik...tapi Arsenal masih boleh berpuas hati dengan kemenangan 6-0 ke atas Blackpool. Tahniah buat Walcott..Muka kedut Capello pastinya makin tambah kedut setelah Walcott mempamerkan aksi yang terbaik bagi membuktikan betapa dia sepatutnya berada di Afrika Selatan semasa Piala Dunia yang lepas.

Bermula dengan gol cantik menerusi gerakan The Little Mozart, Rosicky yang disambut oleh Arshavin sebelum dilorongkan kepada Theo Walcott yang tidak berfikir panjang untuk menyumbat gol pertama perlawanan. Perlawanan bertambah mudah bagi Arsenal setelah Ian Evatt dilayangkan kad merah setelah menjatuhkan Maroune Chamakh dalam (??) kotak penalti. Andrey Arshavin mudah menjaringkan penalti tersebut. Walcott seterusnya menambah dua lagi gol peribadi untuk meletakkan Arsenal 4-0 di hadapan. Markah penuh bagi Arsene Wenger yang tidak lagi mengulangi lawak minggu lepas untuk meletakkan Eboue di posisi tersebut.

Tomas Rosicky bagi aku merupakan arkitek utama sepanjang perlawanan. Stamina dan hantaran-hantaran kemasnya merupakan antara sebab utama mengapa Arsenal mampu berpesta gol. Nasib baik Wenger tidak mengeluarkan Rosicky yang kelihatan sudah mampu mengharungi 90 minit. Berita baik bagi Arsenal yang bakal kehilangan Nasri bagi tempoh sebulan. Rosicky merupakan penyelesaian terbaik.

Abou Diaby akhirnya membuktikan takdelah membazir sangat untuk turunkan die dalam match ni. Gol yang mudah tapi teknik yang agak sukar. Maroune Chamakh yang berusaha keras sepanjang perlawanan menyumbat gol pertamanya dalam kempen EPL dengan tandukan ala Adebayor di minit-minit terakhir perlawanan. Akhirnya masalah physical presence yang selalu dilaungkan oleh Wenger telah selesai (harap-harap). Secara keseluruhannya, satu persembahan yang agak mantap tapi secara peribadi aku tak berapa puas hati kerana bagi aku sepatutnya margin gol yag lebih besar mampu dicipta dalam perlawanan ni. 3 mata penuh...takde injury..takde bolos...BRAVO!!!


p/s: Mangkuk SPURS..patut seri 2-2..ref rabun dekat..

Once A Gunner, Always A Gunner.

Friday 20 August 2010

Probable line up Arsenal vs Blackpool

Once A Gunner, Always A Gunner.

Skor Pemain Liverpool vs Arsenal


Once A Gunner, Always A Gunner.

New Season New Problem...

Fuh!!! akhirnya aku dah recover dari demam World Cup..Bermulanya kembali musim baru EPL. Seperti biase, Arsene Wenger meneruskan perbelanjaan berhemah tanpa memerlukan bantuan kewangan dari mane-mane pak arab. Bravo boss!! Pembelian bijak Maroune Chamakh dan Laurent Koscielny pada aku merupakan pembelian yang amat berbaloi. Kuda-kuda tua yang dah tiba masa untuk retire juga dah berjaya di offload. Gallas, Silvestre dan Sup Campbell jasa mu dikenang.


Tapi masalah sejagat Arsenal masih belum selesai dan kemungkinan besar takkan ade penyelesaian. Masalah goalkeeper #1 Arsenal yang sememangnya diketahui umum nampaknya masih menemui jalan buntu. Walaupun Mark Schwarzer dah pasang hajat nak sarung jersi Arsenal, pengurusan Fulham cuba untuk main tarik tali ngan Arsenal. Paling tak masuk akal bila dieorang boleh counter bid mintak Vela ngan duit tambahan. Kau ingat Vela tu Bebe ke??!! Walaupun memang terdesak aku percaya Wenger takkan lepaskan Vela lebih-lebih lagi ngan Bendtner yang dah ambik MC awal-awal musim. Pilihan alternatif mungkin Shay Given yang terang-terangan dah dianak tirikan oleh Mancini. Peluang untuk beraksi musim ni nampaknya semakin samar-samar bagi Given. Apa kate lu naik flight datang London bro. Walaupun diberi kepercayaan untuk mengetuai barisan the Gunners pada perlawanan pembukaan, Almunia sekali lagi membuktikan yang die masih lagi keeper 2nd class. Ape-ape pun Ngog pastinya terhutang budi ngan Almunia sebab memberikan sedikit moral boost untuk die. Ade ke patut boleh bolos gol cam tu??!! Butang kecemasan nampaknya perlu ditekan segera oleh goalkeeping coach bagi mengingatkan Wenger bahawa Arsenal memerlukan penjaga gol yang betul-betul boleh diharapkan.

Barisan pertahanann nampak agak ok walaupun aku sangat-sangat-sangat-sangat kecewa ngan Sagna dan Clichy. Sekali pandang macam masih belum bersedia. Terutamanya Sagna yang nampak begitu mudah untuk dilepasi. Red card Koscielny mungkin dapat dielakkan kalau Sagna memainkan peranan yang sepatutnya. Cakap nak tolong attack tapi crossing cam *tut* je. Mungkin enjin masih belum panas. Clichy pun nampak masih kepenatan dan larian-larian ala pelesit die agak kurang hari tu. Mungkin jugak sebab taktik berhati-hati Wenger.

Midfield sememangnya nadi untuk Arsenal. Ketiadaan Fabregas memang amat dirasakan. Tapi awat hang pi letak Wilshere ngan Diaby kat tengah tu Mr. Wenger. Diaby agak merapu. Dribble 3-4 player pastu pass balik bola kat opponent. Wilshere agak ok tapi mungkin back up agak kurang hari tu. Eboue??!! aku malas nak komen. Dengan adenya opsyen untuk letakkan Rosicky dalam starting eleven aku tak faham apesal Wenger boleh pilih Eboue. Kalau ye pun nak strategi bertahan jangan sampai ke tahap ni. Walcott, Rosciky,van Persie semua sumbat kat bench. Takkan nak harapkan Nasri je?? Arshavin masih dalam mood bercuti. Tapi aku harapkan excuse enjin tak panas lagi ni tak keluar lagi dalam next match. Blackpool bukannya lawan yang mudah tapi untuk seri atau kalah ngan dieorang ni memang sesuatu yang tak dapat diterima sama sekali.

Last but not least..barisan serangan..Kehadiran Chamakh mampu meringankan beban yang ditanggung oleh van Persie selama ni. Bendtner ada height Persie ada finishing. Tapi Chamakh ada dua-dua..memang pakej yang lengkap. Pemain yang mampu membuatkan keeper hebat macam Reina menggelabah. memang aksi yang dipamerkan agak meyakinkan tapi harap-harap mampu bertahan ngan physical game kat EPL. Harapan musim ni semestinya lebih banyak gol yang diledakkan oleh van Persie dan Chamakh. Let s the game begin!!

Once A Gunner, Always A Gunner.

Monday 19 April 2010

Jangan Salahkan Fabianski

Mungkin ramai yang dah mula hilang kepercayaan dengan Lukasz Fabianski, tapi aku yakin ini bukanlah kesudahan buat anak muda ni di Emirates. Satu masa dahulu aku amat mengagumi kebolehan penjaga gol muda ni. Tapi mungkin kerana jarang diberi peluang dan terpaksa berguru dengan keeper average seperti Almunia menjadikan pemain dari Poland ni lemau seperti yang dibuktikannya semalam.

Ramai yang cuba meng kambing hitamkan Fabianski. Tapi aku tak nak buat kesilapan yang sama. Soalan pertama aku kepada Wenger, "Ape benda yang ko pikir time nak keluarkan Rosicky??!!". Bagi aku, pemain terbaik Arsenal malam tadi ialah Rosicky. Hard tackling midfielder yang tak kenal erti penat dan putus asa. Sedang kebanyakan pemain Arsenal berpiknik di first half hanya Rosicky yang bermati-matian tackle dan kejar pemain-pemain Wigan. Walaupun semua kerja tu Eastmond/Diaby yang buat. Lepas Rosicky keluar segala-galanya nampak mudah bagi Wigan. Sempoi-sempoi je N'zogbia mencelah nak score winning gol. Ini ke namanya defensive??!! Hats off to Sol Campbell. Takde seekor pun player Arsenal yang layak berdiri sebelah pemain ni. Cukup kebal dan fokus. Takkan player-player muda yang lain tak belajar benda2 macam ni dari Campbell.??

Soalan kedua, "Apesal nak masukkan van Persie?? Simpan je la terus sampai season depan." Wenger memang tak pernah belajar dari kesilapan. Die akan jaga van Persie ni bagai menatang minyak dan last-last bila main utk Netherland akan injured balik. Die tak nampak ke camne SAF deal dengan Rooney?? Utamakan kelab dulu!! Walau belum recover sekalipun, Rooney tetap dikerah utk game City hari tu. Kenapa nak dimanjakan sangat time-time kritikal camnie??

Soalan ketiga dan terakhir, "Season ni memang kita no 3 atau still ada plan untuk lepaskan pada Spurs?". Bagi aku takde ape yang lebih memalukan selain tercicir lagi point untuk membuka laluan bagi Spurs merampas spot ke 3 tu. Walaupun peluang nampak sangat cerah, diharapkan Wenger akan pikirkan balik gameplannya untuk minggu depan. Kami dah tak sanggup kecewa lagi. Pleasee...

Once A Gunner, Always A Gunner.


Thursday 15 April 2010

Down Down Almunia


Kalah 2-1. Media mengagungkan Gomes dan Wenger pulak pun turut serta. Kenapa dia hanya tertumpu ke pintu gol Spurs. Sedarkah Wenger betapa pentingnya peranan penjaga gol bertaraf dunia di kelab terkemuka seperti Arsenal?? Sedangkan kelab murahan seperti Spurs mampu memiliki penjaga gol bertaraf dunia kenapa pulak Arsenal tak mampu?? Gomes yang pada awal ketibaannya di London dikategorikan sebagai badut kini telah berjaya menaikkan tarafnya dan prestasinya makin meningkat. Almunia?? Dari dulu sampailah sekarang macam tak pernah meningkat. Lupakan penalty savenya semasa menentang West Ham. Sebagai seorang penjaga gol memang itulah tugasnya. Tapi tugas rutin bagi menyelamatkan cubaan-cubaan mudah selalu sahaja mengecewakan dari Almunia. Kesabaran penyokong juga ada limit nya. Jika Wenger terus berdegil untuk menegakkan benang yang basah, itu terpulang. Namun secara jujurnya, selepas menyaksikan kelesuan penjaga gol yang hanya mampu berperanan sebagai back up goalkeeper ini, aku dah hilang keyakinan bahawa kita mampu memenangi sesuatu bagi musim akan datang.

Cubaan Danny Rose tu memang bagus, tapi andaikan Petr Cech atau Van Der Sar di posisi Almunia pada ketika tu. Sudah semestinya cubaan tu diselamatkan. Dan Wenger harus mengakui bahawa title untuk season ni lebur disebabkan kenaifan Almunia (termasuk masa lepaskan gol bangang kat Birmingham). Aku tak nak ulas lanjut pasal match semalam, cuma pujian menggunung bagi Sol Campbell dan Robin van Persie. Aksi yang membanggakan dari dua pemain senior jelas membuktikan betapa Arsenal memerlukan lebih ramai pemain-pemain seperti mereka.


Once A Gunner, Always A Gunner (if and only if Almunia is not no 1 Keeper next season)

Friday 9 April 2010

Arsenal 2010

Return of the King

Khabar gumbira yang hadir dari Emirates mengatakan penyerang utama Arsenal yang terlepas aksi selama beberapa bulan akan bakal melakukan kejutan dengan kembali beraksi bersama skuad utama dalam masa terdekat. Sekiranya situasi mendesak, dia mungkin akan turun beraksi (kemungkinan besar cameo role) semasa menentang Uncle Harry n Co.

Berita gembira ini pastinya menceriakan penyokong the Gunners yang rindukan rembatan-rembatan kencang dan free kick terbaik dari pemain Belanda ni. Dengan ketiadaan Fabregas, van Persie mungkin terpaksa kembali awal dari recovery process untuk membantu jentera serangan Arsenal bagi menamatkan musim di posisi terbaik.

Van Persie juga mungkin tidak sabar-sabar untuk beraksi lebih-lebih lagi semasa menentang Man City demi melangsaikan hutang lamanya terhadap Adebayor. Diharapkan impian ini akan menjadi kenyataan.

Once a Gunner, Always A Gunner.

Wednesday 7 April 2010

DRP (Disaster Recovery Plan)

Menyaksikan aksi longlai pasukan bidan terjun Arsenal dibenam oleh Messi awal tadi mengundang 1000 tanda tanya terhadap kemampuan pasukan ni untuk bangkit menentang musuh tradisi, Spurs. Wenger seharusnya dah start buat disaster recovery plan agar tidak dibudak-budakkan sekali lagi oleh kem Uncle Harry.

Perbezaan antara Barca dan Arsenal dapat dilihat di segenap posisi. Walaupun menurunkan barisan pertahanan backup, Barca nampak selesa dan langsung tak ambil strategi tambahan untuk mengekang serangan Arsenal. Manakala pertahanan backup Arsenal plak seolah-olah hilang tumpuan lebih-lebih lagi Silvestre yang perlu mencari pasukan baru atau bersara terus pada penghujung musim ni. Gol keempat Messi mengingatkan Wenger betapa petahanan Arsenal cukup goyah dan perlu dirombak dengan kadar segera. Midfield tanpa Fabregas nampak seolah-olah tak bermaya dan hilang idea. Nasri yang sepatutnya mengetuai serangan nampaknya terus tenggelam dan dibayangi oleh kelibat maestro midfielders Barca.

Walaupun tewas, Arsenal masih boleh berbanggan dengan pencapaian sepanjang CL musim ni. Cuma mungkin kelemahan di barisan pertahanan ni dapat diatasi dengan kadar segera agar tak menjejaskan kempen EPL plak. Harapan kini tinggal satu. Title EPL!!!

Once A Gunner, Always A Gunner..

Monday 5 April 2010

Samir the Leader

Akhirnya soalan poll @ 3M dijawab sendiri oleh Arsene Wenger. Ketiadaan Cesc Fabregas di Nou Camp nanti akan digantikan dengan seorang lagi playmaker semulajadi, Samir Nasri. Berita ini sememangnya telah dijangkakan memandangkan skill dan vision Nasri mampu menghasilkan sesuatu di Nou Camp. Di bahagian sayap, Arsenal mampu mengharapkan Eboue, Walcott, Rosicky, Eduardo, Diaby dan Vela. Khabar buruk juga mengenai perisai pertahanan, Alex Song yang mengalami kecederaan ringan selepas perlawanan menentang Wolves. Tapi rasanya dah boleh main masa lawan Barca.

Wenger juga menyatakan kerisauannya terhadap katil-katil di bilik rawatan Arsenal yang telah penuh. 7 player dah pun booking untuk menginap lama di bilik rawatan sehingga ke akhir musim. Arshavin, Fabregas, Gallas, van Persie, Gibbs, Djourou dan Ramsey sudah hampir pasti untuk tidak lagi beraksi sehingga ke penghujung musim walaupun Wenger ada menyatakan harapannya untuk melihat aksi van Persie sebelum tirai musim ni diturunkan.

Manakala berita gembira dari Nou Camp mengatakan Zlatan Ibramovic berkemungkinan besar tidak akan beraksi di Nou Camp disebabkan kecederaan. Penggantungan Puyol dan Pique juga merupakan satu bonus besar bagi Arsenal. Namun harus diingat bahawa Barca mempunyai barisan back up yang jauh lebih hebat dari Arsenal.

Once A Gunner, Always A Gunner.

Highlight Serigala Dimeriam..

Sunday 4 April 2010

Head It Like Bendtner



Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian....Mungkin itulah prinsip the Gunners sebelum memulakan perlawanan menentang Wolves. Cukup bersahaja dan bersopan santun sepanjang first half ditambah pula dengan kehebatan luar biasa Marcus Hahnneman yang layak menerima gelaran man-of-the-match. Wenger jelas memperlekeh-lekehkan Wolves dengan merehatkan Nasri, Diaby dan Bendtner. Taktik ini hampir-hampir memakan diri jika tidak disebabkan tandukan cantik Nick Bendi di saat-saat terakhir. Tangan aku dah pun hampir-hampir nak tekan butang off. Nasib baiklah Bendi memberikan harapan baru.


Pujian harus diberikan pada Super Rosicky yang berjaya mempamerkan aksi yang meyakinkan sepanjang game. Kesungguhan mamat dari Republik Czech ni untuk turun membantu defend dan memecut dengan kelajuan maksima untuk counter attack wajar diberikan ganjaran dengan aksi di Nou Camp minggu depan. Walcott sekali lagi kembali membuktikan bahawa dia hanya layak untuk jadi super sub minit ke 70. Skil dah ok, speed tak yah nak citer tapi bab nak score cukup payah. Denilson ok-ok je. Song terpaksa dikorbankan untuk menambah sengat di barisan serangan tapi die berjaya melaksanakan task yang diberi. Eboue plak dilayan macam sampah oleh ref. Walau kena foul bagai nak patah kaki pun tak dapat ape-ape.

Highlight sepanjang perlawanan semestinya kad merah yang dilayangkan pada Karl Henry. Commentator yang mabuk tu boleh berulang kali kata itu bukan tackle kad merah. Mata die letak kat kepala tang mane ntah. Tinggal tak patah kaki jer lepas mamat tu tackle Rosicky. Bagi aku no doubt memang kad merah. Kalu boleh bagi la segala kaler yang ade. Tackle dari belakang dah tu kalau silap sikit confirm patah kaki. Ape lagi commentator mangkuk tu nak back up Henry tu. Sebab Rosicky bukan player England ke??!! Bias tahap cipan la....

Walau ape pun...Man Utd kalah dan Arsenal menang. Kita kini memerlukan jasa baik Liverpool untuk menghasilkan magik terhadap Chelsea. Tapi harapan aku ialah janganlah Wenger buat lagi lawak cam tadi. Hampir gugur jantung dibuatnya. Bravo Bendi..We love you and your pink boots....

Rating @ 3M
Almunia - 7
Silvestre - 7
Campbell - 7.5
Vermaelen - 7.5
Sagna - 7.5
Walcott - 7
Eboue - 6.5 (Bendtner 7.5)
Denilson - 7
Song - 7 (Nasri 7)
Rosicky - 7.5
Eduardo - 6 (Vela 6)

Once A Gunner, Always A Gunner.

Friday 2 April 2010

Menangkis serangan serigala


Mungkin inilah ujian yang paling mudah boleh diharapkan apabila pasukan anda kehilangan kapten, pemain pertahanan utama dan pemain sayap utama. Ketiadaan watak-watak utama seperti Fab, Gallas dan Arshavin mungkin menggugat harapan Arsenal untuk memenangi sesuatu musim ini tetapi bagi game esok ni sepatutnya kita dah ada back up bagi 3 pemain tersebut.

Mengikut pemerhatian, setiap kali Fabregas injured, Samir Nasri mampu menjelmakan sentuhan yang hampir-hampir sama. Kadang-kadang Diaby juga mampu untuk step up untuk menunjukkan betapa hebatnya aksi dribble ala-ala Vieiranya. Bab defensive serahkan saja pada Song dan Denilson. Untuk pengganti Arshavin, kita ada Vela, Eduardo dan Rosicky yang mampu untuk ambil alih posisi tu. Gallas sememangnya dah di replace oleh Campbell sejak kepulangannya ke Emirates. So, apa yang risau sangat. Sentuhan Fab semestinya akan dirindui lebih-lebih lagi sentuhan golnya yang nampak berhasil 2-3 menjak ni. Nasri agak slow bab tu. Diaby pun agak yo-yo. Kejap tahap Vieira kejap tahap Lucas (ade yang terasa ke??). Kalau Wenger dah bersedia untuk mengembalikan kepercayaan kepada bintang England, Theo Walcott aku rasa Arsenal dah ada satu team yang cukup mantap. Tapi cuma perlu berharap Vermaelen dan Campbell kekal mantap di bahagian pertahanan.


Di posisi serangan plak, kita hampir takde pilihan melainkan mengharapkan striker tinggi lampai Nicklas Bendtner yang kadang-kadang boleh hilang terus dalam satu-satu game tu. Melainkan ada keajaiban yang mampu dijelmakan oleh Robin Van Persie untuk kembali beraksi lebih awal. Namun buat masa ini kita serahkan pada Bendtner untuk menguji kesabaran kita dengan miss2 yang tak masuk akalnya. Berita baik untuk game besok ialah ada live kat Astro ESPN (ingatkan ada cubaan boikot lagi) pukul 9.55 malam. Prediction hamba ialah 3-1 untuk Arsenal. Diaby score 1 Bendtner score 2...kalau Craddock nak scorekan lagi own goal ok gak...
LINE UP:
-ALMUNIA-
-SAGNA--------CAMPBELL----------VERMAELEN--------------CLICHY
EBOUE---------NASRI---------SONG---------DENILSON-------DIABY
BENDTNER



Once A Gunner, Always A Gunner.