Friday 31 July 2009

Buang Yang Keruh, Ambil Yang Jernih

Ape yang keruh??? Ape yang jernih?? Relax arr bro...Ni nak citer la ni..Macam yang kite semua sedia maklum pemergian Emmanuel Adebayor dan Kolo Toure menyukarkan lagi peluang the Gunners untuk menyaingi kelab-kelab top 3 yang lain seperti ShellSea, Mansjeriter United dan Live A Fool. Kalau diperhatikan elok-elok, setiap langkah yang diambil Arsene Wenger pasti akan ada agenda tersembunyi. Cuba rewind musim lepas, tengah performance Arsenal terumbang-ambing, Wenger dengan selamba membawa masuk seorang je player (Arshavin) untuk menguatkan skuad. Dan ternyata itulah keputusan yang betul dan tepat. Kehadiran Arshavin jelas mengubah aura di Emirates dan sekaligus membawa Arsenal kembali ke persada Top 4. Pada awalnya ramai yang menghentam keegoan Wenger yang konon-kononnya telah hilang sengat. Ada yang berpendapat kehadiran Arshavin seorang saja takkan mampu mengubah apa-apa. Tapi mereka ternyata salah dan Wenger berjaya membuktikan bahawa die masih merupakan master of tacticians di England mahupun di seluruh pelosok dunia. Bukan overrating tapi itulah hakikat.


Berbalik pada topik kita, tindakan Wenger untuk menjual Ade dan Toure juga ada rasionalnya. Seperti yang kite sedia maklum Ade memang dah lama hilang fokus kat Arsenal. Kenyataan-kenyataan tak bertamadunnya mengenai prospek perpindahan ke AC Milan merupakan titik permulaan perasaan kurang puas hati peminat-peminat. Hubungan tegangnya dengan Bendtner juga mungkin memudahkan lagi Wenger untuk membuat keputusan untuk menjual penyerang Togo itu. Wenger jelas ingin mengembalikan keharmonian di bilik persalinan Emirates. Ketiadaan Ade bukan sahaja membuka laluan untuk Bendtner tetapi juga mengembalikan keharmonian di kalangan pemain-pemain. Ade juga memiliki rekod hitam dalam hubungannya bersama pengurus-pengurusnya sebelum ni. Masa kat Monaco die pernah kutuk manager disebabkan isu kenaikan gaji dan manager Togo juga pernah menjadi mangsa kutukan pemain tinggi lampai Togo ini. Toure plak sememangnya dah lama hilang minat dengan Arsenal. Pelantikan Gallas selaku kapten jelas mengecewakan bekas pemain Arsenal itu. Salah faham yang wujud antara Toure dan Gallas juga antara punca ketidak tenteraman kem Arsenal. Jadi diharap dengan penjualan Toure, Gallas dapat memberikan persembahan yang lebih baik dan bertenaga.


Jadi jika dilihat pada agenda tersembunyi ini, pastinya Wenger sekali lagi mengambil keputusan yang tepat. Pengurus Ranger juga melahirkan rasa kagumnya terhadap pengurus Arsenal ini. Dia juga mengakui betapa die sedang mengkaji konsep pengurusan Wenger yang baginya terbaik di dunia. Walaupun mengharungi krisis ekonomi, hutang stadium baru dan krisis pemegang saham, Wenger cukup selamba dan tenang dalam mengambil keputusan. Dia juga tidak pernah mengharapkan sebarang dana dari tokey-tokey minyak dan pak arab untuk mengaut mana-mana pemain dengan harga yang tak masuk akal. Mungkin itulah yang membuatkan ramai pengurus-pengurus di serata dunia kagum dengannya. Long Live Arsene..


Once A Gunner, Always A Gunner..

Thursday 30 July 2009

Hannover 09 0 - Arsenal 1



Captain Cesc is back!!! Jaringan sulung Cesc Fabregas seawal minit ke-8 membantu Arsenal untuk meneruskan rentak kemenangan pre-season awal pagi tadi. Passing smart dari Robin van Persie disudahkan dengan mudah oleh kapten Arsenal yang kelihatan berada dalam top form. Tapi yang mencuri tumpuan aku dalam match ni ialah aksi meyakinkan penjaga gol muda, Wojciech Szczesny. Lepas tengok match ni aku rate die lebih baik dari Almunia. Tapi mungkin masih tak cukup pengalaman dan pendedahan di peringkat tertinggi. Tapi memang cukup meyakinkan dan cukup berani mamat yang memiliki nama yang pelik ni. Mungkin cabaran yang lebih hebat menanti Lukasz Fabianski. Walaupun memberi tentangan hebat, Hannover 96 jelas bukan tandingan Arsenal. Tapi yang menjadi misteri ialah ketiadaan Rosicky. Harap-harap sekadar diberi masa untuk berehat. Seterusnya Emirates Cup menanti Arsenal hujung minggu ni. Diharap rentak kemenangan dapat diteruskan.

Yang ni pun berita yang same gak.."Captain is back!!"huhu..Sedap didengar tapi tak tau la realiti atau fantasi paparazi. Bekas kapten Arsenal, Patrick Vieira dikaitkan dengan episod jejak kasih bersama the Gunners. Arsene Wenger dikatakan masih menyimpan hasrat untuk membawa lagenda the Gunners ni kembali ke Emirates. Walaupun bukan Arsene s Style, ianya mungkin opsyen terbaik bagi Arsenal. Memang jelas yang pemergian Vieira masih tak dapat diterima kebanyakan peminat Arsenal yang merasakan masih belum ada pengganti baginya dalam skuad sekarang ni. Tapi berita ni aku rase setakat rumours je. Tapi kalau jadi pun ok gak tu!!!

Eh eh...Unta lar....Yup...penyerang Belanda ni kembali dikaitkan dengan Arsenal selepas Spurs dilihat telah hilang minat pada mamat ni lepas mendapatkan khidmat si Galah Panjang Crouch. 15 juta yang diperoleh melalui penjualan Toure dilihat sudah cukup untuk membiayai kos untuk mendapatkan Huntelaar. Namun apakah rasionalnya untuk membeli penyerang sedangkan yang kronik sekarang ni defensive midfielder??!! Lu pikirlah sendiri! Walau ape pun aku yakin selagi pemain tu ada kualiti, mereka sentiasa dialu-alukan oleh the Gunners. Prospek untuk bergandingan dengan Robin van Persie sememangnya sesuatu yang cukup menarik untuk Huntelaar. Tapi sorry arr Bro, "we got Eduardo da Silva..la..la..laa..la.."

Tahukah Anda?? Do You Know? Berapakah keuntungan yang dikaut oleh Arsenal hasil penjualan Kolo Toure? 14.85 juta!!! Pemain Ivory Coast yang dijual kepada Man City dengan harga 15 juta tu sebenarnya dibeli oleh Arsenal dari kelab Beveren (Belgium) dengan harga 150,000..diulang 150,000. Secara matematiknya memang satu percaturan yang cukup genius tapi secara taktikalnya agak menggerunkan. Tapi diharap pengganti Kolo Toure, Thomas Vermaelen dapat mengubati rindu peminat-peminat Arsenal terhadap pemain era the Invicebles itu. Satu lagi berita terkini ialah mengenai Maroune Chamakh yang kembali menggoda Arsene Wenger. Chamakh dikatakan kurang berminat dengan perpindan ke kelab "KECIL" Sunderland. Dalam diam-diam die dikatakan masih menaruh harapan untuk ke Emirates Stadium. Tapi kalau ikutkan pemerhatian aku terhadap Chamakh dan Huntelaar(pergh!!!), dirasakan Huntelaar merupakan pemain yang lebih dikehendaki Arsenal. Chamakh sekadar average dan masih perlu banyak belajar lebih-lebih lagi bab finishing yang amat ketara. Huntelaar merupakan pemain yang lebih direct dan mampu membaca gerakan dengan lebih pantas. Bab finishing, first touch, control dan heading memang Huntelaar jauh lebih bagus dari Chamakh. Tapi bab speed memang Chamakh lagi bagus dari Huntelaar. Tapi adakah salah seorang antara mereka akan menjadi Gunners musim depan?? Tepuk dada Wenger, Tanya Selera....

Fixtures Arsenal untuk Bulan Ogos
Ahad, 16-Ogos
Everton v Arsenal (12.30pagi waktu Malaysia)
Rabu, 19-Ogos
Arsenal v Bolton (2.45pagi waktu Malaysia)
Sabtu, 22-Ogos
Arsenal v Portsmouth (11.00malam waktu Malaysia)
Ahad, 30-Ogos
Man Utd v Arsenal (12.15pagi waktu Malaysia)

Once A Gunner, Always A Gunner..

Wednesday 29 July 2009

Ade...Toure...Next??

OH TIDAK!!! Mungkin itulah reaksi korang bile dengar hot news ni. Man City nampaknya masih tak puas hati dalam mengebas player-player Arsenal. Lepas Adebayor sekarang giliran Kolo Toure pulak. Memang cukup berat hati nak terima pemergian pemain generasi the Invicibles ni. Berbanding dengan Adebayor, Toure cukup profesional dan memang susah untuk kutuk die walaupun keputusan yang diambilnya untuk menyertai Geng Jahat ni. Kite harapkan die cepat kaya di Man City dan kemungkinan besar takkan menang ape-ape trofi. Thanks for everything..

Aku nak jual lagi 5 orang..Cube teka sape??

Ok...Berbalik kita kat Arsenal...Ape nak jadi nih??!!! Lepaskan 2 player yang bolehlah diconsider sebagai penting tapi beli seorang jer. Duit yang masuk langsung tak disentuh. Mr Wenger....What s going on? Memetik kata-kata Profesor beberapa minggu lepas,"Kalau nak beli player, aku beli sebelum pre-season start. Lepas pre-season start aku akan fokus kat season baru jer...Malas nak pikir-pikir". Kalau diikutkan pada kenyataan Mr Wenger ni, bermaksud memang takkan ade sebarang pemain baru yang akan dibeli. Tapi awal-awal die dah bagitau yang season depan ni merupakan masa terbaik untuk produk akademi Arsenal (Wilshere, Frimpong, Gibbs and the Gang) untuk diserap ke skuad utama. Mungkin dengan keyakinan itulah die berani melepaskan pemain-pemain utama. Tapi kalau ikutkan logik, 15 juta untuk pemain yang berusia 28 tahun adalah satu deal yang marvellous. Dengan kehadiran Vermaelen dan Senderos, Toure mungkin merasakan masanya telah tiba untuk keluar mencari kekayaan. Tapi yang tak logiknya, Arsene Wenger seperti biasa mengakui skuadnya sudah cukup depth dan tak perlukan pemain-pemain baru.


Dua tiga menjak ni aku semakin kagum dengan RB kita, Mr Bakary Sagna. Tengah semua orang sibuk cakap benda-benda negatif pasal Arsenal, pemain berambut biji sawit muda ni dengan penuh yakin menyatakan betapa dia yakin team Arsenal yang ade sekarang ni dah cukup bagus. Dalam pada masa yang sama Sagna turut memuji pemain baru Arsenal, Thomas Vermaelen. Sagna mengakui yang die sekarang dah mula jadi peminat Mael disebabkan kesungguhan dan skil mantap pemain antarabangsa Belgium itu. Sagna mengakui passing Mael cukup hebat dan yakin bahawa pemain itu akan menjadi nadi utama di bahagian pertahanan Arsenal musim depan.

cari benda tersembunyi..huhuhuhu

Once A Gunner, Always A Gunner..

Tuesday 28 July 2009

Szombathelyi Haladas...cam mane nak sebut ni??

PESTA GOL Arsenal berterusan awal pagi tadi dengan kemenangan 5-0 ke atas pasukan yang susah nak sebut name die nie. Eduardo da Silva dan Bendtner meledakkan 2 gol masing-masing sebelum kapten Robin van Persie menamatkan pesta dengan gol terakhir hasil tendangan penalti selepas Bendtner dijatuhkan penjaga gol Haladas. Kemenangan yang sangat penting dalam membina keyakinan pemain-pemain sebelum memulakan musim baru. Positifnya dalam perlawanan ni ialah aksi meyakinkan pemain kecik-kecik cili api, Jack Wilshere. Dua kali pemain England ni hampir-hampir mengegar jaring. Masih banyak lagi yang boleh kita harapkan dari pemain muda ni. Bagus..Bagus..

Dalam masa yang sama, berita kurang baik kedengaran di kem Mancis Cik Siti yang konon-kononnya dah berjaya mendapatkan khidmat pemain veteran Arsenal, Kolo Toure. Kesahihannya masih belum dapat dibuktikan tapi dikatakan Man City sedia melabur 15 juta untuk khidmat Toure. Toure dikatakan bakal dibayar sebanyak 120k seminggu iaitu 2 kali ganda gajinya di Arsenal. Untuk rekod, Toure dibeli oleh Wenger dengan harga kurang dari 1 juta (kalau tak silap 500k jer...). Memang satu deal yang menguntungkan tapi kesan jangka masa panjangnya amat menggerunkan. Mungkinkah Wenger dah ada pelan B nya yang tersendiri?? Who Knows??!! Walau ape pun keputusan Toure, aku pasti akan diterima oleh peminat-peminat walaupun agak sukar dan menyakitkan hati.

Jiran Arsenal, Spurs nampaknya dah hilang idea untuk cari pasal dengan Arsenal. Terbaru, manager Spurs, Si Harry Redknapp menyatakan keinginannya untuk membawa masuk bekas kapten Arsenal, Patrick Vieira ke White Hart Lane. Masih tiada sebarang kenyataan rasmi dari pihak Vieira, tapi diharap pemain lagenda Arsenal tu takkan buat sebarang keputusan kontroversi. Isu Vieira ni juga turut menarik minat bekas pemain Arsenal, Thierry Henry yang terang-terang menyatakan betapa die tak setuju Vieira berpindah ke Spurs. Henry menyatakan die masih lagi true Gunners dan takkan walau sekalipun menyokong Spurs atau membantu Spurs dalam ape jua cara sekalipun.

Once A Gunner, Always A Gunner...

Saturday 25 July 2009

Lawak Rosicky

Tengah bosan-bosan layan Youtube, aku terjumpa clip kelakar kat bawah ni....Enjoy

Once A Gunner, Always A Gunner..

Friday 24 July 2009

July Fool!!

MeriamMalaysia memohon maaf di atas laporan palsu yang dikeluarkan dalam blog ni semalam. Berita kecederaan Eduardo da Silva yang dilaporkan semalam ialah 100% penipuan dan direka oleh individu-individu yang dengki@busuk hati@busuk mulut@busuk badan demi menimbulkan kekalutan di kalangan peminat-peminat Arsenal. Sebaliknya Dudu dilaporkan cergas dan berada pada terbaik dan bakal diturunkan dalam perlawanan persahabatan seterusnya menentang Szombathelyi Haladas. Sememangnya satu berita yang cukup menggembirakan.


Kalau pose camnie dieorg percaye tak aku tak injured??


Relax bro...aku pun tak paham apesal dieorg suke sgt ko injured..Dengki la kot..


Bercerita pasal mulut busuk...kite ade seorang lagi si mulut busuk yang memang tak reti nak diam. Sape lagi kalau bukan si Bayor yang dah melarikan diri demi wang ke Man City. Pasal die blah tu aku tak heran langsung tapi tindakan die lepas tu yang sedikit sebanyak mengundang rase menyampah aku kat die ni. Tak habis-habis nak kutuk fans Arsenal yang memaksa die lari dari Arsenal. Memang sah yang die tak pernah tengok balik game yang die main. Die memang overrated dan overpayed. Selayaknya dijual atau dihalau keluar dari team macam Arsenal yang hanya inginkan pemain yang komited dan berkualiti. Memanglah masih muda mamat ni, tapi masalahnya mulut macam #@#!@#!!! Memanjang bising nak blah jer. Tu yang kene halau tu. Jangan samakan diri ko dengan Fab. Fab tu kes lain. Asal die Barca, so itu yang die kata AKAN balik ke sana SATU HARI NANTI. Tapi sampai sekarang die masih komited kat Arsenal dan tak pernah nak declare yang die nak blah (setakat ni semuanya gossip2 liar media jer...bukan dari mulut Fab). So ini mungkin kali terakhir aku akan komen pasal Si Bayor dari Togo ni. Dah naik bosan aku nak kutuk die ni. Hakikatnya die memang tak layak kat Arsenal sebab tak profesional, tak komited, prestasi merudum, gila duit dan banyak cakap.

Korang nampak Diaby tak??

18Jul
Pre-season FriendlyABarnet2 2
21Jul
Pre-season FriendlyASC Columbia
7 1
27Jul
Pre-season FriendlyASzombathelyi H.

5


29Jul
Pre-season FriendlyAHannover 96 01:00am

01Aug
Emirates CupHAtletico Madrid 11:15pm

02Aug
Emirates CupHRangers 11:1pm

08Aug
Pre-season FriendlyAValencia 03:30am

Once A Gunner, Always A Gunner.

Thursday 23 July 2009

Anne...Teh Tarik Satu!!!

Ya....dengan bulan Ogos tinggal lagi seminggu, perhatian peminat-peminat Arsenal pastinya tertumpu pada kejohanan Emirates Cup yang selalunya menjadi pembuka selera pemain-pemain Arsenal sebelum memulakan musim baru. Bermula pada 1 Ogos, kejohanan ini akan berakhir pada keesokan harinya( tak paham aku...). Kejohanan ini bakal melibatkan Arsenal, Rangers, Atletico Madrid, and Paris Saint-German. Tapi Arsenal hanya akan menentang Rangers dan Atletico. Lepas kejohanan ni Wenger and Co. akan berangkat ke Sepanyol untuk menentang Valencia.


Berita malang lagi....Selepas Nasri cedera masa pre season, sekarang giliran Eduardo pulak untuk masuk rumah sakit. Kecederaan Eduardo dikatakan berpunca dari kecederaan awalnya dan difahamkan memerlukan pembedahan bagi membolehkan Dudu kembali beraksi. Kesimpulannya untuk masa dua bulan kita takkan nampak Dudu atas padang. Nasri pulak dikatakan akan pulang dalam masa 6 minggu. Itu janji Wenger. Tapi selalunya kalau dah fracture ni memang payah sikit untuk kembali fit dalam masa 6 minggu tu. Mungkin faktor usia akan memainkan peranan. Kita harapkan 6 minggu tu pun akan jadi 5 minggu. Get well soon Dudu and Nasri!!!


CASHLEY COLE a.k.a A**Hole kembali menegangkan hubungannya dengan Arsenal apabila memberikan kenyataan yang cukup biol baru-baru ini. Ashley mengharapkan agar Man City akan menemani Man Utd, Chelsea dan Liverpool untuk mewakili England dalam saingan Champions League musim depan. Cashley memberikan sebab konon-kononnya langkah Man City untuk membeli belah secara besar-besaran itu dapat memberikan kelebihan pada mereka dalam menenggelamkan Arsenal. Diharap bukan Arsenal yang akan ditenggelamkan sebaliknya Chelsea yang menerima nasib tersebut. Sukar difahami apa sebenarnya masalah si Cashley ni. Ko bukan lagi player Arsenal. Jadi tutup mulut busuk ko tu dan cakap pasal Chelsea je la mangkuk!!

Dalam pada masa yang sama, Wenger memberikan tiket kosong untuk Senderos untuk memilih destinasinya musim depan. Wenger dikatakan tidak akan menghalang Senderos andai pemain tinggi lampai Switzerland tu memilih untuk menyertai pasukan baru. Wenger yakin barisan pertahanan yang ada sekarang mampu untuk mengharungi musim depan dengan cemerlang. No comment......

Once A Gunner, Always A Gunner..

Tuesday 21 July 2009

Budi baik dikenang jua...

Setelah 18 bulan menikmati cuti berbayar, Tomas Rosicky melaungkan azam untuk membayar kembali hutang budi peminat-peminat dan pengurusan Arsenal yang sentiasa memberi sokongan moral. Pemain berusia 28 tahun dari Republik Czech ni sememangnya merupakan antara signing terbaik Wenger. Cuma, kecederaan sentiasa menghantuinya dan mengehadkan kemunculannya di atas padang. Tapi aku yakin zaman gelapnya dah tamat. Diharap Rosicky dapat menikmati zaman renaissance bermula dari musim depan. Keep it up bro!!!


Sedang peminat-peminat Arsenal serata dunia meraikan perpindahan Ade the Sayor Bayor, tuan punya badan cuba mengapi-apikan kemarahan peminat-peminat dengan memberikan satu reason bodoh di sebalik perpindahannya ke Man****er City. Konon-kononnya tempoh 5 musim di Arsenal amat mengecewakan dan membuatkannya hilang mood untuk terus kekal. Dan sekarang aku nak bagitau kau kenapa Arsenal tak menang apa-apa trofi dalam 5 musim tu. FIRST ialah KAU!! Kebangangan kau kat depan pintu gol kadang-kadang membuatkan jutaan peminat Arsenal rasa macam nak hantuk kepala kat dinding kedai mamak. Kadang-kadang mee goreng yang aku order tak abis sebab mual dengan kelemauan insan bernama Adebayor untuk score. Walaupun ko bukanlah striker paling profilik, kiteorang still backup selama ni sebab ko player Arsenal. Tapi sekarang jangan harap benda yang sama. Kalaulah Wenger amik risiko letakkan gandingan RVP--Vela atau RVP-- Bendtner aku rase mungkin koman-koman ade la satu trofi dalam tempoh lima musim tu. Tapi sekarang dengan adenya Eduardo aku dah tak heran nak tengok muka PIMP ko lagi. (sorry..terlebih emosional...geram tgk manusia2 tak sedar diri cam ni)

Andai korang nak tau ape nasib akan menimpa Adebayor dalam mase 2 musim lagi ialah seperti manusia tamak kat bawah ni:


"Aku menyesal!!"..Ini pengakuan sensasi dari pemain Belarus yang membelot untuk menyertai Barcelona konon-kononnya untuk menang lagi banyak piala. Memang lah menang 3 piala tapi takda satu pun yang boleh dia banggakan. Takde beza antara die dengan Milo Boy kat Barca tu. Tapi satu pengajaran yang baik untuk mana-mana pemain yang berhajat untuk ambik tindakan-tindakan kurang matang macam si Hleb ni (dengar tak Fab..?)

TERBARU...TERKINI...Gossip dari pasar mengatakan Wenger kini mengalihkan tumpuannya kepada pemain Toulouse yang bernama Andre Pierre Gignac (Tiada kene mengena dengan Pierre Andre versi Malaysia). Pemain yang menyumbat 27 gol untuk Toulouse musim lepas ni dikatakan mempunyai corak permainan mirip Wayne Rooney. Berbadan besar, laju dan penuh dengan skil2 ajaib. Kalau macam tu beli la...MUSTAHIL la beb. Mamat ni dikatakan mempunyai tag harga 20juta. Walaupun Chamakh dikatakan dah tawar hati untuk join Arsenal yang main tarik tali dengan dia, aku yakin Chamakh sememangnya bukanlah pemain yang dicari Arsenal. Kalau korang ade tengok Youtube mesti korang pun faham kenapa. Mungkin lebih sesuai kalau die join Blackburn.

p/s: sekadar gambar hiasan...huhu..

Once A Gunner, Always A Gunner..

Sunday 19 July 2009

Korang lah yang halau anak manja aku!!!

Walaupun keputusan yang diambilnya 100% betul, Arsene Wenger masih mempertahankan bekas anak manjanya, Manu Adebayor. Wenger dalam kenyataan terbarunya menekankan betapa kejamnya penyokong-penyokong Arsenal yang telah memaksa dia mengambil keputusan untuk menjual Ade kepada kelab jutawan segera,MakCikSister City.

Wenger percaya Ade tetap akan menonjolkan kehebatan sebenarnya di Man City selepas perpindahan 25 juta nye itu. Arsenal perlu dipuji kerana mengambil tindakan drastik yang memberi pulangan sebanyak 22juta (Arsenal beli Ade 3 juta jer). Walaupun aku yakin Ade tidak akan banyak bezanya di Man City lebih-lebih lagi dengan bimbingan coach yang paling lemau kat EPL, Mark Hughes. Mungkin nasib yang sama akan menimpanya di Man City tak lama lagi. Ye la .... Man City tu ade Tevez dan Santa Cruz yang semestinya akan jadi first choice strikers. Ade mungkin terpaksa berpuas hati dengan status pemanas bangku. Ape pun...Terima kasih diucapkan kepada penyerang Togo yang ade la memberikan sumbangan selama ni kat Arsenal. Namun rekod 5 tahun tanpa trofinya di Arsenal mungkin sesuatu yang tidak ingin kita pandang kembali. Jadi, mari kita teruskan hidup tanpa Ade dan tarian-tarian Togonya selepas ini.

Mungkin ramai yang terlompat-lompat bile menyaksikan game Barnet-Arsenal Sabtu lepas. Mane taknye, pemain yang paling dinanti-nantikan akhirnya kembali menggegarkan padang. Thomas Rosicky yang terpilih untuk mengetuai team Sabtu lepas tidak sedikit pun menunjukkan tanda-tanda yang die selama ni tak main bola. Cukup bertenaga dan bijak mencari ruang untuk mengatur gerakan. Ketiadaan Fabregas tidak begitu dirasakan namun berdepan dengan team kecil macam Barnet ni mungkin efek tu tak seberapa. Walau ape pun tahniah Rosicky..Welcome Back!!! We miss u like crazy!!

Seperti yang aku jangkakan, Arsene Wenger telah mengeluarkan ayat yang paling tak nak kite semua dengar. "Aku tak nak beli lagi player. Yang ade ni pun dah cukup!!". Penjualan Ade hanyalah bertujuan untuk mendapatkan dana untuk membiayai hutang-hutang Arsenal dan bukannya untuk membeli muka baru. Ura-ura yang mengatakan Chamakh akan menjadi pembelian terbaru Wenger kini nampak agak samar-samar. Ape pun itu hanyalah ayat-ayat yang biase kita dengar dari Wenger. Usah tertipu buat mase ni. Kita nantikan sehingga saat terakhir (mungkin 24 jam lepas tu gak..huhuhu) transfer window dibuka. Sedar tak sedar sebenarnya kite ade 6 striker yang hampir kesemuanya lebih hebat dari Ade. Eduardo, RVP, Walcott, Arshavin, Vela dan Bendtner. Mungkin ade logiknya kata-kata Wenger tu. Tapi isunya sekarang ialah kita perlukan back up di bahagian CM/DM. Tolonglah pertimbangkan Mr Wenger yang keras kepala. Ape pun yang lu buat aku sokong sebab aku sentiase yakin dengan ko. Wa caya sama lu la Pak Cik!!

Once A Gunner, Always A Gunner..

Wednesday 15 July 2009

Cik Siti Adibahyu dan bos barunya, Mak Hangus

AC Mizan akhirnya angkat kaki dan badan apabila mengetahui Mak Hangus dari kota Manchester dah masuk meminang Cik Siti Adibahyu. Cinta yang terjalin sekian lama antara Encik AC Mizan dan Cik Siti Adibahyu akhirnya terputus separuh jalan dengan kemasukan villain bernama Mak Hangus dari kota Manchester. Mak Hangus yang tetiba dapat durian runtuh masuk meminang dengan menjanjikan hantaran lumayan yang bakal ditaja oleh saudagar Arab. Mak Hangus juga pantas meyakinkan Siti Adibahyu yang memang terkenal dengan sikap mata duitannya untuk memutuskan hubungan cintanya dengan AC Mizan. Kisah ini masih belum sampai peringkat klimaks. Persoalan peminat filem Adihbayu ni ialah andai kata Adihbayu angkat kaki, siapa yang bakal menjadi dara ter 'hot' di Kampung Meriam Londah lepas ni?

Cik Siti Adihbayu dan rakan-rakan


Pak Aresan Wan Ngah, selaku ketua kampung pernah mengumumkan pada penduduk kampung masa mesyuarat JKKK lepas yang ada kemungkinan Cik Mariani Jamakh dari Kampung Bordok akan diimpot untuk memastikan Kampung Meriam Londah tidak hilang glamernya. Masalah yang timbul ialah apabila 7 juta yang dioffer untuk ketua kampung kampung Bordok masih tak cukup sehinggakan ada yang mengatakan ketua kampung Bordok cuba untuk memancing sekali Sylvia Sisters untuk menyertai kampung mereka. Pak Aresan Wan Ngah yang memang terkenal dengan sikap biar lambat asal penduduk kampung tension difahamkan telah mencapai kata sepakat dengan ketua kampung Bordok tetapi masih melengah-lengahkan urusan barter ini demi untuk maintain style pembeliannya selama ni.

Edward Dol


Pemergian Adibahyu bakal menyaksikan masa depan insan-insan seperti Edward Dol, Bad Nerk dan Samy Vela berubah menjadi lebih cerah dan berkilau-kilauan. Mari kita doakan yang terbaik bagi insan-insan bertuah ini. Seperti yang kita sedia maklum, terdahulu orang lama di kampung Meriam Londah, Wan Persik ada menyatakan sokongan padunya terhadap Pak Aresan Wan Ngah yang tak putus-putus memberikan peluang pada anak-anak muda di kampung Meriam Londah untuk menyertai team sepak raga kampung mereka. Katanya, "Bukan senang nak yakinkan semua orang untuk mempercayai sistem ni tapi bagi aku sistem inilah yang memberikan peluang kat aku untuk mewakili negara aku dan pada masa yang sama membina semangat yang luar biasa dalam diri aku."

OK...tutup citer Adibahyu. Nak termuntah aku baca setiap hari kat website. Kita cerita pasal benda-benda yang memang akan terjadi. Pre-season match untuk the Gunners bakal bermula hujung minggu ini dengan perlawanan pertama menentang Barnett. Positifnya ialah, bintang pujaan ramai, Rosicky turut tersenarai dalam skuad. Muka baru, Tomas Vermaelen jugak akan bakal diturunkan dalam perlawanan panas badan ni.

Senarai Penuh Skuad ialah: Manuel Almunia, Vito Mannone, William Gallas, Djourou, Silvestre, Vermaelen, Rosicky, Arshavin, Jack, Thoma Cruise, Craig Eastmond, Luke Ayling, Conor Henderson, Francis Coquelin, Jay Emanuel Thomas (ADEBAYOR PART II), Mark Randall, Emmanuel Frimpong, Gilles Sunu, Sanchez Watt, Jay Simpson, Nacer Barazite.


Once A Gunner, Always A Gunner.

Sunday 12 July 2009

Kempen H.L.E.B H.E.L.P...



Nama Pesalah: Alexander Paulavic Hleb

Jenayah: Menderhaka pada kelab, Menghasut rakan untuk menyertai kelab lain, Memberikan laporan palsu mengenai kota London

Denda: Digari di bangku simpanan selama semusim, berisiko dijual dengan harga diskaun


Anda masih kenal dengan insan di atas ni? Kalau tak kenal elok jugak la. Takda apa sangat yang akan mengingatkan kita kat die ni selain "drama" yang diciptanya untuk lari dari Arsenal satu masa dulu. "London bising!!" itulah lawak yang paling tak boleh diterima. Namun karma telah menghukumnya. Perghhh..ganas giler ayat tu.

Wataknya di Barcelona lebih kepada pelakon komedi tambahan dan amat jarang sekali diturunkan sehinggakan ada antara peminat Barca yang tak berapa kenal dengan mamat ni. Berlainan sekali dengan watak utama yang dimainkan sewaktu di Arsenal. Tamak Haloba!! Itulah yang sesuai untuk menggambarkan si Goblin dari Belarus ni. Dek kerana inginkan gaji besar, team besar dan bini besar die melarikan diri ke Barca dan terpaksa berpuas hati dengan watak sampingan kat sane.

Tak cukup dengan aksi melarikan diri yang amat menyakitkan hati, die kembali melukakan hati jutaan peminat Arsenal dengan melobi kapten Arsenal yang juga sahabat baiknya, Cesc Fabregas untuk menyertainya di bangku simpanan Barca. Dah die terjatuh dalam mulut buaya die nak ajak member pun join sekali. GILA!! Namun ada baiknya juga die pergi Barca kerana ianya dapat memberikan pengajaran bagi pemain2 lain terutamanya Cesc untuk tidak mengulangi kesilapan amateur yang sama.

So, apesal kena bangkitkan memori si Goblin?? Sebabnya ialah ada gossip2 kurang enak yang mengatakan Barca sudah sedia untuk menawarkan Hleb kepada Arsenal dalam proses mendapatkan Cesc Fabregas. Walaupun akan ada tambahan yuran yang dibayar Barca, aku rasa deal ini amat tak masuk akal dan satu bentuk penghinaan. Menawarkan pemain yang hanya muncul 5-6 kali dalam satu musim untuk mendapatkan seorang kapten pasukan??!! Hleb yang berusia 28 tahun bukanlah antara pemain yang diperlukan oleh Arsenal dan untuk menggantikan Cesc yang baru berusia 22 tahun adalah satu misi mustahil bagi si Goblin.


Aku akui yang aku pernah minat giler ngan stail permainan Hleb, tapi sekali die dah blah maka tamatlah riwayat kesan degil. Jangan nak fikir untuk kembali dan memenangi hati peminat balik. Susah untuk kami memaafkan kau la bro. Mungkin Man City ada tawaran yang lagi baik untuk kau. Yang lagi kelakarnya, Gua Dioh La pulak kata die mungkin akan simpan Hleb dan menawarkan Eidur Gudjohnsen sebagai pengganti. S**t!!! Ko ingat ni pasar malam ke ape?? Deal ape kejadahnye ni semua??!! Sesungguhnya ini hanyalah gossip semata2 dan ada eloknya kita tunggu dan lihat. Tapi buat masa ni Hleb dan Gudjohnsen bukanlah the wanted person kat Emirates. Telur busuk dan pie menanti Hleb di terowong Emirates. Amacam , ada berani??!!


Once A Gunner, Always Gunner.

Thursday 9 July 2009

Keputusan AWUNDI KELUAR...

Setelah persembahan semusim bersama Akademi Wenger (AW), terdapat beberapa tenaga pelajar yang gagal mengkoordinasi persembahan mereka dengan baik yang mengakibatkan mereka di AWUNDI KELUAR oleh peminat-peminat setia Akademi Wenger. Berita positifnya ialah tiada seorang pun pelajar yang mendapat undian 0%. Ok citer panjang2 pun tak guna kita tengok apa kata peminat dan juri profesional di akademi.

Nama Pelajar: Sheyi Emmanuel Adebayor
Asal: Togo
Posisi: Penyerang yang sering diserang peminat

Nasib tidak menyebelahi pemain Togo ini yang hanya mendapat undian 2% yang menunjukkan rata2 peminat tak heran pun kalau Ade dijual ke AC Milan dalam masa terdekat. Mana silapnya? Kita tanya Adlin Aman Ramli.

"Aku bukan ape bro...Ko punya skill menari memang aku respek. Tapi bab nak score
ni aku rase ko kena banyak buat homework. AW bayar ko untuk perform betul2 tapi
aku tak nampak kesungguhan ko la bro. Ko punye jiwa berkecamuk!! Ko macam tak
fokus kat performance ko. Mintak ko improve sikit bab tu je la bro. Satu lagi
pasal rambut ko. Aku rase ko kene simpan rambut panjang balik la. Sejak ko
potong rambut ni aku tengok performance ko memang drop. Kerana rambut badan
binasa la bro. Tu je la..Terima kasih"

Nama Pelajar: Emmanuel Eboue
Asal: Ivory Coast
Posisi: Macam-macam ada (Right Back,Right Winger,Diver,Dancer)

Nasib Eboue pun lebih kurang Ade jugak.. Hanya 2% saja yang akan terkejut sekiranya dia dijual ke Atletico Madrid (ke Fiorentina??!!). Apa kata Adlin?

"Hello Bro..Ok aku takde banyak komen pasal ko sebab musim ni
memang aku jarang nampak performance ko. Yang paling last aku nampak time ko
kena boo tu la. Tapi lepas tu ko main lagi kan? Siap score gol lagi. Bagus2 tapi
aku tak nampak feel ko mase perform. Selalu hilang fokus. Koordinasi ko dengan
performer2 yang lain tu pun tak cukup bagus. Ko tak sync dengan die orang. Ko
memang ade bakat tapi aku rase dalam masa yang diberi ni ko tak dapat establish
bakat ko tu. Rugi tu bro. Akademi ni bukan senang2 ko boleh stay lama2. Ape pun
kalau ko stay lagi minggu depan aku nak tengok ko betulkan mana-mana yang kureng
tu. Good Luck bro"


Nama Pelajar: William Eric Gallas
Asal: Perancis
Posisi: Pertahanan, bekas kapten, penendang papan iklan profesional

Walaupun ura-ura ni antara yang paling tak famous, namun masih ada 2% pengundi yang mengatakan mereka takkan terkejut sekiranya pemain antarabangsa Perancis ni dijual ke Inter Milan. Bekas kapten yang sekarang ni banyak menyepi dan kurang berkata-kata. Itulah William Gallas. Apa komen Adlin?

"Bang...Masa abang mula2 masuk akademi ni saya ingatkan abang
boleh lead pelajar-pelajar yang muda2 ni ke jalan yang benar. Tapi dari apa yang
saye tengok abang ni lagi banyak komplen dari buat kerja. Walaupun kadang-kadang
performance abang ni memang saya tabik, tapi kadang-kadang tu abang jadi
invisible. Lagi satu yang saya nak komen pasal hubungan abang dengan
pelajar-pelajar lain. Ape2 masalah dalaman kat akademi ni kite simpan antara
kite je bang. Ni bukan Akademi Fantasia nak bising2 bagitau orang luar. Abang
suke ke tak suke kat pelajar-pelajar lain abang kena bagitau pengetua dulu bang
sebelum nak go public. Ni isu integriti ni bang. Seboleh-bolehnya lepas ni abang
fokus kat performance abang dan lupakan nak cari publisiti. Tu je bang. Wa
respek lu."

Nama Pelajar: Phillipe Sylvain Senderos
Asal: Switzerland
Posisi: Pertahanan kot (??) tapi selalunya sekadar jadi pengutip bola untuk Drogba


Tahniah bagi Encik Senderos yang berjaya meyakinkan 4% pengundi supaya terkejut sekiranya dia dijual kepada Aistong Villa musim depan. Walaupun menghabiskan sepanjang musim lepas di AC Milah, nampaknya sahamnya di Arsenal masih belum drop. Kita serahkan pada pada juri kedua, Kak Ogy. Silakan...

"Dik...akak suka sangat dengan adik ni tau. Muka u ni memang
100% muka jambu. Tapi masalahnya kat akademi kita bukan nak nilai muka jambu ke
tak. Kita nak nilai performance adik je. Kalau ok kita kekalkan kalau tak kita
bagi pinjam dulu kat akademi lain. Tapi malangnya akademi yang pinjam adik pun
tak minat nak beli terus. Kenapa ye? Cuba fikirkan. You ni ada kebolehan tapi
kadang-kadang lemau. Lagi-lagi kalau pelajar lain macam Zizi Frogba tu datang
dekat you. Terus je you jadi hampeh. Sorry la dik ye. Terkasar sikit la sebab
memang Kak Ogy tak berapa puas hati dengan performance you kebelakangan
ni."

Nama Pelajar: Kolo Habib Toure
Asal: Ivory Coast
Posisi: Pertahanan yang dah tak tahan dengan Gallas, Gladiator Arsenal

Masih Diperlukan..! Mungkin itulah yang difikirkan oleh 4% pengundi yang mengundi pemain pertahanan terbaik Arsenal ni. Walaupun tergolong dalam golongan veteran Gunners, Toure masih mampu memberikan aksi terbaik untuk Akademi Wenger. Kita dengar komen kak Ogy.

"You ade masalah ke Kolo?" Takde Cikgu..(jawab Toure) "Habis I
dengar you ade mintak nak tukar pergi akademi lain tu kenapa? I bukan nak
marah2. I faham yang you dengan seorang lagi pelajar kita tu ada masalah. Tapi
you kena fikirkan jugak pengetua yang penat2 bawak you sampai ke tahap ni. Die
dah habis baik pujuk you. Janganlah kecewakan die. Die pun dah tua tu. OK
berbalik kat performance you. You ni memang sentiasa bermati-matian untuk
akademi dan susah betul I nak cari point kelemahan you. Rasanya mungkin request
you untuk keluar akademi tu la yang buat kite kat sini kecewa sikit. Tolongkan
kekal kat AW dan berikan yang terbaik. Wish You All The Best."


Nama Pelajar: Francesc "Cesc" Fabregas i Soler
Asal: Sepanyol
Posisi: Central Midfield, Kapten, Mangsa Media



11% pengundi akan terkejut sekiranya kapten Arsenal, Cesc Fabregas dijual ke Real MADgreed. Kononnya Real dan Barca sedang main tarik tali untuk mendapatkan Fab dan Boss Arsenal, Wenger hanya mampu menyaksikan pertandingan tarik tali itu sambil melayan secawan teh tarik. Komen sikit Adlin...

"Pertama sekali kan Fab...aku nak ingatkan kau yang ko ni
penghulu baru kat akademi. Belum apa2 ko dah citer pasal nak pindah sana pindah
sini. Aku tak pasti la tu ko yang cakap ke atau agen ko yang cakap ke atau
mamat-mamat media yang sewel tu yang cakap. Tapi takkan ade asap kalo takde api
kan bro. Aku bukan ape...ni demi kebaikan lu jugak bro. Akademi kita ni dah bagi
ko macam-macam. Nak jadi penghulu tu bukannye senang. Ko kalau gi Akademi
MADgreed tu takde maknenya pun kat dieorang tu. Setakat die nak simpan ko dalam
bilik makeup je pun. Bukan nak kasi ko perform setiap minggu. Kalau ko nak terus
meningkat aku syorkan ko continue kat akademi ni. Lagi satu cuba jauhkan diri
dari mikrofon sebab bila ko dapat mikrofon ko cakap macam-macam sampai kadang2 tu jadi cakap tak serupa bikin. Tu je bro"

Nama Pelajar: Gael Clichy
Asal: Perancis
Posisi: Left Back yang tak mata duitan, girlfriend die cun gile
Yang ni memang aku tak nak citer panjang sebab dah disahkan oleh tuan punya badan yang die memang takkan pergi mane-mane. Player paling profesional dalam akademi Wenger dan selalunya tak mengecewakan. Betul tak Adlin?

"Gua memang kerek bro.. Tapi kalau orang tu betul2 perform
memang aku puji. Ko ni memang aku minat dari dulu lagi la. Kurang kontroversi
tinggi prestasi. Baguslah ko nak stay. Aku respek dengan semangat
keakademian ko tu. Sebelum ko nak balik nanti tolong tinggalkan no girlfriend ko
ye bro. Tu pun kalo ko sudi la.."

Nama Pelajar: Francesc "Cesc" Fabregas i Soler
Asal: Sepanyol
Posisi: Central Midfield, Kapten, Mangsa Media

Katakan TIDAK pada Barca. Itulah laungan 52% pengundi yang enggan melihat penghulu Akademi kembali menyarung jersi merah biru Barcelona FC. Walaupun Fabregas merupakan produk Barca, Arsenal merupakan tempat di mana bakatnya diasah, digilap, dikilatkan dan dikiwi. Ada betul ka Adlin?

"Betul la tu..Ko anak manja kat rumah ke bro? Memanjang nak
balik kampung je ko ni. Cuba cari pengalaman sementara masih muda ni. Balik
kampung anytime boleh, tapi pengalaman susah nak cari. Balik kampung pun kerja
ko nanti tukang kilatkan bangku je pun. Duduk akademi kita ni ko siap jadi
penghulu lagi. Tak yah nak bising2 la lepas ni. Stay je. Sambung kontrak sampai
bersara. Kira ok la tu..."


Once A Gunner, Always A Gunner.

Adebayor yang malang...

Selepas Michael Owen kini tiba giliran Adebayor untuk memiliki brochure sendiri. Brochure yang dihasilkan untuk memancing mana2 kelab gergasi Eropah yang ingin mendapatkan pemain terbaik Afrika ini mirip dengan brochure yang dihasilkan untuk Owen. Penghinaan atau publisiti, hanya insan yang menghasilkan brochure tu saje yang tau. Kalau Ade blah sape yang ko nak beli? Ada ke mane2 top class player yang dah siap packing barang nak datang Arsenal??!! Pantang Arsenal nak masuk meminang, Real Madrid, AC Milan, Man City dan Chelsea dah kebas dulu. So lupakan lah plan nak menghalau anak emas Wenger ni dari Emirates. Daripada nak jual dia pastu nak beli Mr Unknown dari Ivory Coast/France/Spain atau Uganda, baik kita kekalkan je player yang memang dah terbukti. (Best African Player of the Year tu!!!!).








Once A Gunner, Always A Gunner..

Wednesday 8 July 2009

Semester baru dah nak mula....

Setelah hampir sebulan lebih berjoli sakan dan pulang ke kampung halaman, pelajar-pelajar Akademi Wenger kembali menyertai kem untuk mengembalikan fitness yang berkemungkinan besar dah tercicir di Miami, Malibu, Rio de Janeiro dan Vegas.

Melihat pada gambar-gambar yang ada dalam Arsenal.com, aku terlompat-lompat bagai kanggaru. Mana taknye, buat pertama kalinya aku nampak pemain favourite aku kembali menjalani latihan ringan. ROHsakitKAKI yang sekian lama mengekalkan status invi dalam skuad Arsenal, akhirnya kembali online. Melihatkan pada gambaran awal mungkin kita akan dapat saksikan aksi mamat ni dalam match pre-season nanti.



Rosicky yang bersemangat mengejar Senderos....



"Jauh giler budak2 ni tinggalkan aku...Slow sangat ke aku nih??"




"Aku kene pegang benda ni sampai pukul berapa boss??"




"Tahan..Tahan..Mane ade sakit tangan??!! Aku biase buat bende2 ni kat Ajax"


"Jangan kelentong la Mael..aku tau ko sakit tangan.Lepaskan je bende tu. Kite minum2 dulu bro..."

"Ko jangan wat perangai Dudu!! Nampak but aku ni?Tak pasal2 hinggap kat muka lu nanti"


Setelah sekian lama berteka-teki, akhirnya Robin van Persie menandatangani kontrak untuk kekal bersama Arsenal. Seperti biase kontrak berapa tahun tak dinyatakan tapi jangka masa panjang (sampai bersara pun boleh je Persie..). Persie dikatakan amat gembira dengan keputusan yang dicapai setelah sekian lama negotiate dengan tokey2 besar the Gunners. "Aku tak dapat bayangkan aku pakai jersi team lain untuk mase terdekat ni. Bagi aku aura kat kelab ni cukup power. Aku tak dapat nak tinggalkan. Dengan boss yang baik, team mate yang jiwa muda cam aku, dan supporters yang memang setia...Aku tak dapat nak tinggalkan semua ni. So aku decide nak stay je kat sini." Bravo Robin...Jasamu dikenang..Tapi jangan lupe plak musim depan, "Peminat didahulukan, prestasi diutamakan"...1Arsenal....





Once A Gunner, Always A Gunner

Tuesday 7 July 2009

Realiti dan Fantasi

David Villa masuk Arsenal!! Hangelaand masuk Arsenal!! Alonso masuk Arsenal!! Chamakh masuk Arsenal!! Inilah antara impian impian atau angan angan indah sesetengah peminat Arsenal. Bagi yang mengikuti perkembangan transfer window baru-baru ni mungkin ramai yang dah faham ape status Arsenal dalam transfer market sekarang. Kita lebih kepada provider dan bukannye buyer!!


Kita akan beli hanya sekiranya pemain tu betul2 diperlukan seperti Arshavin dan Vermaelen. Beli player untuk suka2 atau untuk menunjuk2 ala Real Madrid dan Man City bukannya konsep Arsenal dan status kewangan kelab sama sekali tidak membenarkan Wenger bertindak sedemikian. Kesimpulannya....kelibat Villa, Alonso dan Chamakh di Emirates hanyalah sekadar Fantasi!!

OK berbalik ke dunia realiti, kelab "miskin" macam Arsenal sebenarnya ada banyak cara untuk elakkan perbelanjaan masa transfer market ni. Cara pertama macam yang terjadi 2-3 hari kebelakangan ni. Mengikat, menjerut atau memancing pemain2 muda akademi @ youth untuk kekal bersama kelab. Wilshere, Ramsey dan Gibbs sudah memastikan status mereka di Arsenal. Walaupun bukanlah star player, ketiga-tiga pemain ini mampu menggantikan pemain2 senior seperti Clichy, Fabregas dan Eboue dalam jangka masa terdekat. Cara yang kedua ialah untuk meminimakan perbelanjaan dan hanya beli yang perlu (macam kat supermarket gak la). Aku masih yakin Wenger takkan beli sesape lagi season ni. Vermaelen berkemungkinan merupakan satu-satunya pemain baru Arsenal. Cara ketiga plak ialah dengan bertarung sampai ke titis darah yang terakhir untuk mengekalkan pemain-pemain yang ade dalam skuad sekarang. Walaupun status Fab, Ade, Toure dan Gallas masih lagi dalam list KIV, aku yakin Wenger akan sedaya upaya mengekalkan keempat2 pemain ni. Tiada gunanya nak lepaskan player-player ni sedangkan pengganti masih takde lagi.



Tanyalah mane2 peminat Arsenal yang korang jumpe, player mane yang dieorang dah taknak tengok lagi kat Arsenal season depan. 99% akan jawab Adebayor. Hanya 1% yang bagi jawapan lain. Aku pun tergolong dalam golongan 1% tu. Malas, prestasi yoyo, tak komited dan banyak cakap daripada bertindak. Ciri-ciri ni yang selau dikaitkan dengan pemain dari Lome, Togo ni. Tapi yang aku nampak ialah gol dia mase lawan Spurs 2 musim lepas dan gol mase lawan Villareal musim lepas. Berapa ramai antara kita yang dah siap-siap nak tutup TV lepas Senna score untuk Villareal dan berapa ramai yang dah awal2 declare mmg kite dah takde peluang mase tu. Tapi tiba-tiba muncul seorang wira bernama Sheyi Emmanuel Adebayor untuk menyelamatkan maruah the Gunners(bukan kali pertama!!). Kutuklah ape pun pasal mamat ni tapi aku tetap yakin dengan keupayaan dia dan menyimpan harapan yang tinggi untuk die kekal dengan Arsenal sekurang2nya untuk 2 musim lagi. Keupayaan dia untuk menjaringkan gol-gol ajaib jarang-jarang kita tengok kat player Arsenal yang lain. Yang paling pentingnya Ade merupakan pemain Arsenal yang paling digeruni oleh kebanyakkan pemain pertahanan di EPL termasuk John Terry dan Ferdinand yang pernah kate mamat ni bullet.

Kalau ikutkan skill memanglah Ade fail. Tapi kita tak perlukan skill dengan adenya pemain-pemain macam Arshavin, Nasri, Walcott, RVP dan Vela yang memiliki skill tahap Kungfu Hustle. Kualiti yang kita nakkan kat seorang striker ialah boleh jaringkan gol. Kalau dilihat punca utama Ade kurang score musim lepas ialah sebab ketiadaan Fabregas dan Walcott. Lepas Fabregas recover, Ade kembali transform menjadi goal machine. Mungkin dah tiba masenya untuk kita kurangkan kutukan kat pemain muda ni. Kalau dilihat gandingan RVP dan Ade memang cukup berbisa cuma kadang2 tu agak lemau. Mungkin perlu di rotate jugak musim depan dengan adenya Eduardo, Vela, Bendtner, Arshavin dan Walcott. Bagi aku Bendtner masih belum capai tahap untuk menjadi first eleven. Memang ade kualiti tapi agak gelabah dan sering mengecewakan dalam perlawanan2 penting. Kenapa perlu Chamakh atau Dzenko bila kita ade penjaring terbanyak Afrika(Ade) dan penjaring terbanyak qualifying zon Eropah (Dudu) dalam pasukan ??!! Kenapa perlu Alonso bila kita ada bakal midfielder utama England(Wilshere) dan the Next Vieira (Diaby)??!!

Sama ada Arsene berhasrat nak beli player baru atau tak aku yakin keutamaan dia ialah untuk mengekalkan Ade walaupun ada ura2 mengatakan dia dah sedia untuk melepaskan bintang Togo tu. Masa depan pasukan memang cerah dengan tonggak utama seperti RVP yang ingin menyambung kontrak, Rosicky yang dah kembali menjalani latihan ringan, Dudu yang dah start masuk gym dan dan tiada sebarang kecederaan baru dilaporkan.


Once A Gunner, Always A Gunner.

Monday 6 July 2009

Kieran HOT FM sign kontrak?

Kalau dah ade tanda soal belakang ayat tu paham2 la sendiri yang citer tu tak betul. Same gak ngan kes ni. Yang sign kontrak bukan Kieran HOT FM tapi Kieran Gibbs Arsenal FC. Pemain yang bakal mengikut jejak langkah gemilang CASHley Cole dan Clichy ini telah menandatangani kontrak jangka masa panjang bersama Arsenal.

Tidak dinafikan lagi kemampuan Gibbs untuk menyediakan cover untuk Clichy yang sejak kebelakangan ni agak kerap injured. Diharap Gibbs dapat cepat belajar dari kesilapan2 musim lepas dan sama sekali tidak mengikut jejak langkah abang besar, CASHley.
Untuk menambahkan lagi kekalutan transfer window, Wenger dikatakan cuba test market dengan mengisytiharkan yang Arsenal akan sedia menerima sebarang tawaran dalam lingkungan 40 juta dan ke atas bagi khidmat Cesc Fabregas. Jumlah itu dikatakan merupakan jumlah yang sukar ditolak oleh The Gunners. Ade jugak bisikan-bisikan misteri dari Emirates yang mengatakan Wenger agak tertarik dengan fakta/statistik rekod tanpa kalah 20 perlawanan Arsenal sewaktu ketiadaan Cesc musim lepas. Wenger yakin yang Arsenal mampu berdiri sendiri tanpa kelibat Fabregas. Hang biaq betui Wenger??!!! Lu pikiaq betoi2...Ni bukan cita mau juai kambing kat kandang!!

MILO!! MILO!! MILO!! Naik rimas pulak biler dengar nama nih. Melo yang konon2nya dah komited ngan Fiorentina dikatakan masih berada dalam radar Mr Professor dan dikatakan masih berminat untuk membawa pemain Brazil tersebut ke Emirates. Buat masa ni Melo bakal membawa tag harga 24 juta yang berada dalam kategori MAHAL GILA untuk team macam Arsenal. Sedangkan player yang harga 17 juta pun kita amik mase dekat sekurun untuk sign, ni kan pulak player yang harga dia 24 juta. Lu pikir la sendiri..

David Oh Lari a.k.a David O'Leary menyatakan hasrat untuk kembali ke arena bola sepak sejak meninggalkan Aston Villa 4 tahun lepas. Bekas pemain Arsenal ini dikatakan hanya akan menerima tawaran untuk menjadi orang no.2 di Arsenal atau Man Utd sahaja disebabkan rasa hormat dan kagumnya terhadap Arsene Wenger dan Alex Hidung Merah. Sama ada impian beliau akan tercapai atau tidak kita nantikan 7 musim lagi.

Once A Gunner, Always A Gunner.