Sunday 12 July 2009

Kempen H.L.E.B H.E.L.P...



Nama Pesalah: Alexander Paulavic Hleb

Jenayah: Menderhaka pada kelab, Menghasut rakan untuk menyertai kelab lain, Memberikan laporan palsu mengenai kota London

Denda: Digari di bangku simpanan selama semusim, berisiko dijual dengan harga diskaun


Anda masih kenal dengan insan di atas ni? Kalau tak kenal elok jugak la. Takda apa sangat yang akan mengingatkan kita kat die ni selain "drama" yang diciptanya untuk lari dari Arsenal satu masa dulu. "London bising!!" itulah lawak yang paling tak boleh diterima. Namun karma telah menghukumnya. Perghhh..ganas giler ayat tu.

Wataknya di Barcelona lebih kepada pelakon komedi tambahan dan amat jarang sekali diturunkan sehinggakan ada antara peminat Barca yang tak berapa kenal dengan mamat ni. Berlainan sekali dengan watak utama yang dimainkan sewaktu di Arsenal. Tamak Haloba!! Itulah yang sesuai untuk menggambarkan si Goblin dari Belarus ni. Dek kerana inginkan gaji besar, team besar dan bini besar die melarikan diri ke Barca dan terpaksa berpuas hati dengan watak sampingan kat sane.

Tak cukup dengan aksi melarikan diri yang amat menyakitkan hati, die kembali melukakan hati jutaan peminat Arsenal dengan melobi kapten Arsenal yang juga sahabat baiknya, Cesc Fabregas untuk menyertainya di bangku simpanan Barca. Dah die terjatuh dalam mulut buaya die nak ajak member pun join sekali. GILA!! Namun ada baiknya juga die pergi Barca kerana ianya dapat memberikan pengajaran bagi pemain2 lain terutamanya Cesc untuk tidak mengulangi kesilapan amateur yang sama.

So, apesal kena bangkitkan memori si Goblin?? Sebabnya ialah ada gossip2 kurang enak yang mengatakan Barca sudah sedia untuk menawarkan Hleb kepada Arsenal dalam proses mendapatkan Cesc Fabregas. Walaupun akan ada tambahan yuran yang dibayar Barca, aku rasa deal ini amat tak masuk akal dan satu bentuk penghinaan. Menawarkan pemain yang hanya muncul 5-6 kali dalam satu musim untuk mendapatkan seorang kapten pasukan??!! Hleb yang berusia 28 tahun bukanlah antara pemain yang diperlukan oleh Arsenal dan untuk menggantikan Cesc yang baru berusia 22 tahun adalah satu misi mustahil bagi si Goblin.


Aku akui yang aku pernah minat giler ngan stail permainan Hleb, tapi sekali die dah blah maka tamatlah riwayat kesan degil. Jangan nak fikir untuk kembali dan memenangi hati peminat balik. Susah untuk kami memaafkan kau la bro. Mungkin Man City ada tawaran yang lagi baik untuk kau. Yang lagi kelakarnya, Gua Dioh La pulak kata die mungkin akan simpan Hleb dan menawarkan Eidur Gudjohnsen sebagai pengganti. S**t!!! Ko ingat ni pasar malam ke ape?? Deal ape kejadahnye ni semua??!! Sesungguhnya ini hanyalah gossip semata2 dan ada eloknya kita tunggu dan lihat. Tapi buat masa ni Hleb dan Gudjohnsen bukanlah the wanted person kat Emirates. Telur busuk dan pie menanti Hleb di terowong Emirates. Amacam , ada berani??!!


Once A Gunner, Always Gunner.