Tuesday 7 July 2009

Realiti dan Fantasi

David Villa masuk Arsenal!! Hangelaand masuk Arsenal!! Alonso masuk Arsenal!! Chamakh masuk Arsenal!! Inilah antara impian impian atau angan angan indah sesetengah peminat Arsenal. Bagi yang mengikuti perkembangan transfer window baru-baru ni mungkin ramai yang dah faham ape status Arsenal dalam transfer market sekarang. Kita lebih kepada provider dan bukannye buyer!!


Kita akan beli hanya sekiranya pemain tu betul2 diperlukan seperti Arshavin dan Vermaelen. Beli player untuk suka2 atau untuk menunjuk2 ala Real Madrid dan Man City bukannya konsep Arsenal dan status kewangan kelab sama sekali tidak membenarkan Wenger bertindak sedemikian. Kesimpulannya....kelibat Villa, Alonso dan Chamakh di Emirates hanyalah sekadar Fantasi!!

OK berbalik ke dunia realiti, kelab "miskin" macam Arsenal sebenarnya ada banyak cara untuk elakkan perbelanjaan masa transfer market ni. Cara pertama macam yang terjadi 2-3 hari kebelakangan ni. Mengikat, menjerut atau memancing pemain2 muda akademi @ youth untuk kekal bersama kelab. Wilshere, Ramsey dan Gibbs sudah memastikan status mereka di Arsenal. Walaupun bukanlah star player, ketiga-tiga pemain ini mampu menggantikan pemain2 senior seperti Clichy, Fabregas dan Eboue dalam jangka masa terdekat. Cara yang kedua ialah untuk meminimakan perbelanjaan dan hanya beli yang perlu (macam kat supermarket gak la). Aku masih yakin Wenger takkan beli sesape lagi season ni. Vermaelen berkemungkinan merupakan satu-satunya pemain baru Arsenal. Cara ketiga plak ialah dengan bertarung sampai ke titis darah yang terakhir untuk mengekalkan pemain-pemain yang ade dalam skuad sekarang. Walaupun status Fab, Ade, Toure dan Gallas masih lagi dalam list KIV, aku yakin Wenger akan sedaya upaya mengekalkan keempat2 pemain ni. Tiada gunanya nak lepaskan player-player ni sedangkan pengganti masih takde lagi.



Tanyalah mane2 peminat Arsenal yang korang jumpe, player mane yang dieorang dah taknak tengok lagi kat Arsenal season depan. 99% akan jawab Adebayor. Hanya 1% yang bagi jawapan lain. Aku pun tergolong dalam golongan 1% tu. Malas, prestasi yoyo, tak komited dan banyak cakap daripada bertindak. Ciri-ciri ni yang selau dikaitkan dengan pemain dari Lome, Togo ni. Tapi yang aku nampak ialah gol dia mase lawan Spurs 2 musim lepas dan gol mase lawan Villareal musim lepas. Berapa ramai antara kita yang dah siap-siap nak tutup TV lepas Senna score untuk Villareal dan berapa ramai yang dah awal2 declare mmg kite dah takde peluang mase tu. Tapi tiba-tiba muncul seorang wira bernama Sheyi Emmanuel Adebayor untuk menyelamatkan maruah the Gunners(bukan kali pertama!!). Kutuklah ape pun pasal mamat ni tapi aku tetap yakin dengan keupayaan dia dan menyimpan harapan yang tinggi untuk die kekal dengan Arsenal sekurang2nya untuk 2 musim lagi. Keupayaan dia untuk menjaringkan gol-gol ajaib jarang-jarang kita tengok kat player Arsenal yang lain. Yang paling pentingnya Ade merupakan pemain Arsenal yang paling digeruni oleh kebanyakkan pemain pertahanan di EPL termasuk John Terry dan Ferdinand yang pernah kate mamat ni bullet.

Kalau ikutkan skill memanglah Ade fail. Tapi kita tak perlukan skill dengan adenya pemain-pemain macam Arshavin, Nasri, Walcott, RVP dan Vela yang memiliki skill tahap Kungfu Hustle. Kualiti yang kita nakkan kat seorang striker ialah boleh jaringkan gol. Kalau dilihat punca utama Ade kurang score musim lepas ialah sebab ketiadaan Fabregas dan Walcott. Lepas Fabregas recover, Ade kembali transform menjadi goal machine. Mungkin dah tiba masenya untuk kita kurangkan kutukan kat pemain muda ni. Kalau dilihat gandingan RVP dan Ade memang cukup berbisa cuma kadang2 tu agak lemau. Mungkin perlu di rotate jugak musim depan dengan adenya Eduardo, Vela, Bendtner, Arshavin dan Walcott. Bagi aku Bendtner masih belum capai tahap untuk menjadi first eleven. Memang ade kualiti tapi agak gelabah dan sering mengecewakan dalam perlawanan2 penting. Kenapa perlu Chamakh atau Dzenko bila kita ade penjaring terbanyak Afrika(Ade) dan penjaring terbanyak qualifying zon Eropah (Dudu) dalam pasukan ??!! Kenapa perlu Alonso bila kita ada bakal midfielder utama England(Wilshere) dan the Next Vieira (Diaby)??!!

Sama ada Arsene berhasrat nak beli player baru atau tak aku yakin keutamaan dia ialah untuk mengekalkan Ade walaupun ada ura2 mengatakan dia dah sedia untuk melepaskan bintang Togo tu. Masa depan pasukan memang cerah dengan tonggak utama seperti RVP yang ingin menyambung kontrak, Rosicky yang dah kembali menjalani latihan ringan, Dudu yang dah start masuk gym dan dan tiada sebarang kecederaan baru dilaporkan.


Once A Gunner, Always A Gunner.