

Di sebalik keghairahan Real Madrid berbelanja besar untuk mendapatkan pemain baru, Arsenal langsung tak kelam-kabut sebaliknya lebih fokus untuk memastikan pemain yang sedia ada kekal dan terus komited. Mungkin 2-3 hari ni kisah Fabregas saje yang dihebohkan kat media. Sebab dieorang memang tak dapat gossip lain. Sebaik saje lepas Fabregas mengumumkan yang die komited dengan Arsenal, aku dah tak nak layan lagi khabar angin yang datang dari Nou Camp. Lantak la korang Barca!!
JACK WILSHERE dan AARON RAMSEY, dua bintang yang bakal menggegarkan EPL dalam masa terdekat telah dengan rasmi menandatangani kontrak bersama Arsenal dan dijangka akan kekal buat tempoh masa yang lama di Emirates. Walaupun jarang beraksi dalam kesebelasan utama, Arsene Wenger pernah bagitau yang die memang monitor progress dua pemain muda ni. Hasil kesungguhan mereka dihadiahkan dengan kontrak untuk kekal di kota London. Jack, yang merupakan antara pemegang rekod di Arsenal, menyertai the Gunners seawal usia 9 tahun dari Luton Town FC. Pemain muda ini dilahirkan pada 1 Januari 1992. Game debut Wilshere untuk first team Arsenal ialah sewaktu menentang Barnet. Impak Jack dirasai apabila assist darinya membolehkan seorang lagi pemain muda Rui Fonte menjaringkan gol pertama. Jack menjaringkan gol pertama untuk first team sewaktu menentang lawan yang enak ,Burger Lan(Burgenland XI). Jack seringkali dibandingkan dengan Cesc Fabregas kerana pemain ini mampu memberikan impak yang sama seperti Fabregas. Arsene Wenger juga pernah menyatakan harapannya untuk melihat kedua-dua pemain ini bergandingan di bahagian central midfield Arsenal. Setuju Bos!!

Jack Wilshere dan geng bas sekolahnya di Luton Town FC (jumpe tak?)

Once A Gunner, Always A Gunner.