Tuesday 30 June 2009

THIS IS IT

Laungan MJ ini pastinya masih kedengaran pada telinga peminat-peminat setia Raja Pop terbaik sepanjang zaman ini. Setelah sekian lama berkabung dan berduka lara, aku kembali ke meriam merah. Banyak betul updates yang tertinggal...

Milo a.k.a Felipe Melo memberikan berita kurang baik apabila mamat Brazil ni sign extension kontrak dengan Fiorentina. Memang mengecewakan lebih-lebih lagi mamat ni cukup sesuai untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Flamoney. Agresif dan boleh score. Tapi kini tinggal harapan.


Bishop misteri dari bumi Portugal, Amauri Bischoff mengikut jejak langkah rakan senegara, Cristiano Ronaldo untuk meninggalkan bumi England apabila Arsenal memutuskan untuk release mamat ni. Tiada sebarang kontrak ditawarkan kepada pemain Under 21 Portugal ni. Mungkin Wenger tidak yakin dengan kebolehan pemain ni yang mungkin agak sukar untuk bersaing dengan Nasri,Walcott, Arshavin, Fabregas, Rosicky dan lain-lain musim depan.

Sebenarnya dah malas nak diskus pasal gossip transfer sebab aku yakin Vermaelen merupakan pembelian tunggal Arsenal untuk musim depan. Itu pun dah kira ajaib dah tu. Dengan pre-season yang tinggal beberapa minggu, agak sukar melihat kemasukan pemain baru dalam masa terdekat. Kalau masuk pun ok la jugak.

Arsenal bakal menggunakan jersi ke 3 yang berwarna putih dan berbelang merah musim depan. Jersi yang kelihatan sempoi dan smart ni sesuai gak digunakan untuk aktiviti Pendidikan Jasmani atau Sukaneka.



Kem musuh, Aston Vela menaruh harapan untuk mendapatkan pertahanan Arsenal yang dihantar loan, Phillipe Senderos. Aston Villa sedia membayar 5 juta untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 24 tahun ini. Masih belum ada persetujuan dari pihak Arsenal.

Once A Gunner, Always A Gunner...

Thursday 25 June 2009

Impak Maksima Part 2

Impak Maksima!! Itulah komen Wenger berkenaan sumbangan Gazidis sejak ketibaanya dari USA. Kejayaan Gazidis dalam mendapatkan khidmat Arshavin dan Vermaelen merupakan sesuatu yang boleh dibanggakan dengan keadaan Arsenal yang cukup berjimat-cermat. Wenger juga menyatakan dia dan Gazidis kini cukup selesa berurusan lebih-lebih lagi dengan sikap keterbukaan Gazidis yang sanggup turun lunch bersama sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu demi memastikan boss Arsenal itu selesa dan tidak mempunyai apa-apa masalah. Hats Off Gazidis. Diharapkan gandingan GaziWenger ini akan menghasilkan kejayaan yang diimpikan oleh semua peminat Arsenal musim depan.



GELI MAT!!!! Itulah mesej yang ingin disampaikan kepada kapten Fabregas yang sekarang ni tengah frust disebabkan kekalahan mengejut Spain awal pagi tadi. Komen yang tak henti-henti mengenai masa depannya di Arsenal cukup memualkan dan menggelikan. Kenapa tak hormati kontrak dan cuba fokus kat team yang ko wakili sekarang. Sibuk nak fikir pasal nak pindah balik gi Barca la. Tak kisah nak gi Real Madrid la. Sama ada kenyataan ni keluar dari mulut dia atau dari mulut die sendiri, aku rasa die patut tamatkan semua spekulasi ni dengan buat kenyataan umum yang die akan stay kat Arsenal dan takde minat nak lari mane-mane. Ape je yang ko dah capai kat Arsenal?? Fikir-fikirkan lah Cesc. Kat Barca pun tempat ko kat sub bench yang Hleb akan kosongkan season depan. Silap-silap lepas satu season ko akan dicampak gi mana-mana kelab Spain yang lain takpun Man City akan tabur duit kat kau. Takkan ke mana punya la.


Diam tandanya setuju. Kalau kata-kata tu betul mungkin itulah yang cuba diaplikasikan oleh Adebayor yang due tige menjak ni langsung tak buka mulut berkenaan mimpi indahnya untuk beraksi di San Siro. Mungkin agak malu dengan jumlah kecil 25juta yang dijanjikan oleh AC Milan berbanding 80juta yang ditawarkan kat Ronaldo. Aku sebenarnya tak kisah Ade kekal musim depan sebab die ni kadang-kadang menggerunkan gak. Hampir 3 season berturut-turut gol Ade tersenarai dalam top 10 Best Goal of the Season. Cuma attitude mamat ni je yang agak menjengkelkan. Ubah la sikit Ade. Kate nak jadi cam Kanu. Kanu mane ade wat perangai camni dulu.


Once A Gunner, Always A Gunner.

Wednesday 24 June 2009

Robin Jang Robin..

Setelah selesai urusan pembelian Vermaelen, kini perhatian Wenger tertumpu pada kontrak pemain sensasi Arsenal, Robin van Persie. Setelah 3 bulan berspekulasi, Arsenal bakal menawarkan kontrak 70,000 seminggu kepada Robin. RVP dikhabarkan amat gembira dengan perkembangan di kem Arsenal dan bersetuju Untuk menandatangani kontrak baru ini. Dalam masa 48jam lagi, pengumuman rasmi bakal dikeluarkan oleh Arsenal.

Dalam masa terdekat juga, the Prof berharap untuk meyakinkan Niklas "Seluarku Terlondeh" Bendtner untuk kekal di Emirates. Wenger yakin pemain kelahiran Denmark ini mampu menjadi antara pemain utama Arsenal untuk musim akan datang. Wenger juga manyatakan keyakinannya terhadap potensi Kieran Gibbs untuk mencabar posisi yang didominasi Gael Clichy di Arsenal. Wenger turut kagum dengan lonjakan paradigma yang ditunjukkan Encik Gibbs di Arsenal sepanjang tempoh kecederaan Clichy musim lepas.

Walaupun ramai yang berpendapat Vermaelen mungkin merupakan satu-satunya pemain baru di kem Arsenal, Wenger memberikan hint terkini kemungkinan dia akan mendapatkan seorang lagi pemain baru. "Plan aku untuk dapatkan dua orang player sebelum pre season dan seorang dah pun aku beli. Yang lagi satu tu aku bagi suspense dulu."kata the Professor apabila ditanya mengenai jumlah pemain yang bakal dikautnya untuk musim depan. Info terakhir dari kem Arsenal menyebut pemain "KEGEMARAN RAMAI", Emannuel Adebayor tidak akan dijual oleh Arsenal dan Arsene Wenger masih menyimpan hasrat untuk mentransform pemain ini menjadi the next Henry. GOOD LUCK, Prof..

Once A Gunner, Always A Gunner.

Tuesday 23 June 2009

Arsenal kelakaw...

yang bawah ni antara yang paling senak perut..Tengok Henry bagi tips kat Fabregas..





Sama tapi tak serupa....



Kalau dilihat dengan mata kasar, Nemanja Vidic dan Vermaelen rupa-rupanya memiliki paras rupa yang hampir sama. Aku akan cuba siasat siapa bapa biologi die dua orang ni. Musykil...musykil..

Gambar hiasan: Vermaelen kena sound dengan Abang Eboue.Ganas tu...

Transformasi Cesc

Francesc "Cesc" Fabregas i Soler merupakan antara pemain masterclass yang bakal meletakkan namanya setanding dengan lagenda Arsenal yang lain seperti Thierry Henry, Dennis Bergkamp, Tony Adams, Ian Wright dan David Seaman. Mungkin terlalu awal untuk tribute kapten Arsenal ini tapi jika dilihat pada kematangannya dan kemampuannya untuk mengemudi barisan pemain muda Arsenal musim lepas, Cesc pastinya layak diberikan penghargaan.

Memulakan kareer bola sepak bersama pasukan kerdil, Mataro(Spain) Cesc berjaya menarik perhatian scout pasukan remaja Barcelona yang pantas menyambar pemain muda ini. Bermula sebagai defensive midfield, Fabregas dilihat sebagai calon utama untuk beraksi dalam pasukan utama Barcelona. Namun, minat mendalam dari pengurus Arsenal, the Professor berjaya meyakinkan Cesc dan ibu bapanya betapa kerjaya pemain kelahiran Arenys de Mar bakal berkembang di bumi England. Bapa Fabregas, Fabregas Sr. memiliki syarikat pengurusan harta manakala ibunya, Nuria Soler menjalankan perniagaan pastri. Fabregas merupakan peminat setia Barcelona sejak usia mudanya lagi.

Kehidupan di London pada awalnya amat menyeksakan bagi Cesc sehinggakan dia mengakui pernah terfikir untuk kembali ke Barca. Namun, persahabatan yang terjalin dengan seorang pemain Arsenal pada masa itu berjaya mengekalkannya di kota London. Pemain itu tidak lain dan tidak bukan Phillipe Senderos. Senderos yang petah bertutur Bahasa Sepanyol merupakan teman setia Cesc dan sering menjadi tempat mengadu. Walaupun sering dikaitkan dengan Real Madrid dan Barcelona, Cesc secara tegas menyatakan masa depannya ialah bersama Arsenal dan dia amat menghormati mandat selaku kapten yang diberikan oleh pengurus kelab.

Tiada apa yang perlu diceritakan mengenai corak permainan dan statistiknya bersama Arsenal kerana pemain ini sememangnya seorang pemain bertaraf dunia. Walaupun pernah dikutuk bekas pemain Arsenal, Cashley Hole sebagai seorang unproven lightweigt, Cesc tidak pernah luntur semangat sebaliknya terus membuktikan kemampuannya dan merupakan antara pemain penting yang berjaya mengangkat Sepanyol selaku juara Eropah. Masih belum ada kejuaraan yang dimenanginya selaku kapten Arsenal musim ini tapi berjaya membawa Arsenal ke separuh akhir Champions League dan separuh akhir FA Cup musim lepas. Diharapkan Cesc akan menjadi inspirasi bagi semua pemain-pemain Arsenal pada musim depan dan cuba membawa sebarang piala ke Emirates.





Once A Gunner, Always A Gunner.

Monday 22 June 2009

Vermainlain dah dapat...Lepas ni Milo secawan.

Akhirnya Arsenal menamatkan teka-teki yang paling sukar diselesaikan selama 2 bulan ni. Pembelian Thomas Vermalaen menandakan Arsene Wenger benar-benar serius dalam membina kubu pertahanan yang kebal menjelang musim 09/10. Thomas Vermalaen merupakan pembelian yang amat penting jika dilihat pada prestasi yoyo barisan pertahanan Arsenal musim lepas. Hebat ke Vermalaen ni? Mungkin itu yang menjadi persoalan penting buat masa ini. Pada aku mamat ni memang berpotensi dan yang paling penting GANAS dan tak terkial-kial nak tackle. BRAVO Prof! Pembelian yang bijak. Arshavin dan sekarang Vermalaen.

Di sebalik kehangatan Confederation Cup di South Africa, kelihatan beberapa mata laser scout-scout Arsenal yang memerhatikan aksi lincah pemain Brazil yang bernama Felipe Melo a.k.a Flip Milo. Pemain Fiorentina ini mula dikaitkan dengan Arsenal pada penghujung musim lepas apabila berjaya memikat hati Arsene Wenger yang memuji aksi pemain ini yang dikatakan cukup konsisten dan mempunyai kebolehan untuk menjaringkan gol pada masa-masa kritikal. Tapi masih tiada kata putus yang dicapai setakat ini lebih-lebih lagi Melo masih terikat dengan komitmen bersama Brazil buat masa ini. Fakta menarik mengenai Melo ialah perlawanan debutnya untuk Brazil ialah di Emirates Stadium (vs Italy). Jika berjaya disambar oleh Arsenal, Melo bakal menjadi pengganti Gilberto yang masih dirindui oleh ramai penyokong-penyokong the Gunners. "Minum Milo Anda Jadi Sihat dan Kuat"..huhuhu.

Jauh di satu sudut Emirates Stadium kelihatan seorang remaja berketurunan Afrika yang duduk mencangkung sambil mengoyakkan sehelai kertas kepada dua bahagian yang sama rata. Kemudian remaja tersebut menulis "Inter" pada kertas yang pertama dan "Atletico" pada kertas yang kedua. Selepas itu, digulungnya kedua-dua kertas tersebut sebelum dilemparkan ke atas lantai. Sambil berdoa dia mangambil satu daripada gulungan kertas di atas lantai itu. Apa yang tertulis pada kertas itu?? Hantarkan email anda pada emmanuel.eboue@arsenal.com untuk maklumat lanjut. Walaupun ramai pemain yang dikaitkan dengan perpindahan keluar, aku lebih tertarik dengan spekulasi mengenai Eboue. Andai dilihat prestasinya sebelum ditransform menjadi winger@whinger@winker, pemain ini merupakan antara pemain yang menjadi fan's favorite. Sebaik ditransfom, Eboue menjadi antara mangsa kutukan penyokong-penyokong Arsenal selepas Ade, Diaby, Denilson dan Gallas. Eboue amat penting dalam memberikan cover kepada pemain-pemain yang cedera dan larian-larian pantasnya mampu menyebabkan pertahanan lawan tak cukup kaki untuk kejar. Diharap Eboue akan kekal di Emirates musim depan dan andai nak keluar jugak,"Wish You All The Best!"

Untuk undian minggu lepas, majoriti pengundi memilih gandingan Sagna--Vermalaen--Toure--Clichy untuk mengawal benteng Arsenal musim depan. Mungkin akan menjadi kenyataan......

Once A Gunner, Always A Gunner.

Monday 15 June 2009

Biar Lambat Asal Selamat....

Sebelum bercerita pasal tajuk kat atas, jom layan gol Cesc awal pagi tadi. Spain menang besar 5-0 ngan New Zealand yang tak sepatutnya ambik risiko join Confederation Cup ni.Apa pun setiap kali layan game Spain terasa macam tengok game Arsenal masa era Henry,Ljunberg,Reyes dan Pires. KENANGAN.....

Lukasz Fabianski merupakan pemain kedua yang bersetuju untuk menyambung kontrak bersama Arsenal untuk musim depan selepas Theo Walcott. Pemain berbakat dari Poland ini dikatakan menandatangani kontrak jangka masa panjang bersama Arsenal. Fabianski mungkin ingin melupakan terus aksinya untuk musim ini disebabkan beberapa kesilapannya yang membawa malapetaka kepada Arsenal. Tapi aku yakin Fabianski masih berupaya untuk beraksi lebih cemerlang. Buktinya ada kat bawah ni.

Dulu Chelsea, sekarang Real Madrid....! Itulah malapetaka kedua terbesar kat muka bumi selepas virus H1N1 sekarang. Entah dari mana datangnya duit berjuta-juta kat Madrid tu sampaikan segala spesies pemain bola sepak kat muka bumi ni dah mula packing barang untuk ke Spain. "Bukan satu berita gembira,"kata Arsene Wenger selepas menyaksikan pemenang pingat emas Diving sukan olimpik berpindah ke Real dengan yuran perpindahan 80 juta. Mungkin jumlah tu SANGAT SANGAT besar untuk kelab seperti Arsenal. 3 pasukan utama dapat dibina oleh Arsene Wenger dengan duit sejumlah tu. Tapi, adakah kita perlu gelabah atau takut dengan situasi ni? Mampukah RVP,Arshavin,Cesc,Walcott dan Nasri menyaingi gandingan Ronaldo,Kaka,Sneijder,Ribery(dah hampir dah tu..) dan David Villa andai kita ditemukan dalam CL? Jawapannya hanya Wenger saja yang tau..

Sedang Man U, Chelsea Man City masuk keluar shopping complex untuk mendapatkan player-player baru, Wenger lebih rela datang ke Malaysia untuk mencungkil bakat anak tempatan. Mungkin targetnya untuk menghabiskan 10 juta sudah hampir terlaksana dengan pembelian Vermalaen. Namun adakah ianya mencukupi? Mungkin ya mungkin tidak. Di bahagian pertahanan andai pembelian Vermalaen menjadi kita bakal memiliki Toure, Sagna, Clichy, Gallas, Vermalaen, Djourou, Song, Senderos(ingat lagi?), Gibbs dan Eboue. Manakala di bahagian tengah kita memiliki Walcott, Fabregas, Nasri, Diaby, Arshavin, Rosicky, Wilshere,Denilson, Bischoff, Merida dan ramai lagi. Jadi mungkin kita boleh melupakan sebarang tambahan kepada barisan pemain ini. Seperti yang kita maklum Arsene Wenger tidak akan "membunuh" pemain asuhannya demi mendapatkan star dari pasukan lain.

Wednesday 10 June 2009

Wenger Tour to Malaysia 2009

Di kala kebanyakan peminat-peminat Man Utd berpusu-pusu kat kaunter tiket untuk mendapatkan tiket Malaysia vs Man Utd, peminat-peminat Arsenal pulak dikejutkan dengan lawatan mengejut the Professor ke Malaysia. Dengan tajaan Castrol, Wenger turun ke Malaysia untuk menghadiri klinik bola pemain-pemain bawah 19 tahun Malaysia. Walaupun diadakan dengan penuh rahsia, ternyata aura Wenger cukup kuat. Hampir ribuan peminat-peminat Arsenal Malaysia berkumpul untuk melihat pengurus pasukan kesayangan mereka.

Dengan berT-Shirt dan berseluar pendek, Wenger tiba dengan gaya santai yang amat jarang dapat disaksikan. Sorakan riang dari peminat-peminat begitu menceriakan keadaan sehinggakan Wenger tidak henti-henti melemparkan senyuman.

Sessi latihan yang singkat bersama Wenger diharap mampu menyuntik sedikit semangat kepada pemain-pemain muda negara yang sememangnya memerlukan tunjuk ajar dari personaliti seperti Arsene Wenger.

Dalam keseronokan Professor menghabiskan cuti musim sekolahnya di Malaysia, berita buruk diterima dari kem Sepanyol. Cesc Fabregas mengalami kecederaan di bahagian kepala semasa perlawanan persahabatan dengan Azerbaijan. Fab kemungkinan besar akan direhatkan untuk satu jangka masa yang agak lama. Namun difahamkan kecederaan ini tidaklah begitu serius.

THEO WALCOTT berkemungkinan besar akan beraksi awal pagi esok bagi England. Perlawanan menentang Andorra merupakan tiket untuk England ke South Africa tahun depan. Seorang lagi wakil Arsenal untuk England (Under-21), Kieran Gibbs turut mencipta kejutan. Pemain left back Arsenal ini menjaringkan gol pertamanya untuk England semasa perlawanan menentang Azerbaijan yang menyaksikan England menang besar 7-0.

Once A Gunner, Always A Gunner...

Monday 8 June 2009

Mari Bergossip

BOSAN!!!! Memang bosan bile takde sebarang deal yang berjaya disudahkan Arsenal setakat ni. Tapi kepada sesiapa yang mengikuti perkembangan Arsenal sejak zaman King Wenger I, tak pernah-pernah ada deal yang disudahkan pada awal-awal transfer window. Ini bagi membolehkan media syok sendiri menyebarkan gossip-gossip liar tetapi sedap didengar peminat.

Terkini, penjaga gol sensasi Itali Gianluigi Buffon dikaitkan dengan Arsenal. Memang tak masuk akal memandangkan umur dan gaji Buffon memang tak berkaitan langsung dengan Arsenal. Tapi jauh di sudut hati memang ada keinginan. Tapi ini memang gossip terliar sepanjang transfer window kali ni. Mungkin juga merupakan sindiran pedas terhadap Arsenal semata-mata.

Berita positif pula bertiup kencang dari Belanda yang menyatakan perjanjian antara Arsenal dan Ajax hampir termeterai untuk mendapatkan khidmat Thomas Vermaelen. Yuran sebanyak 10 juta dikatakan akan membolehkan pemain kelahiran Belgium yang mempunyai 21 caps antarabangsa ini untuk beraksi di Emirates musim depan. Tapi ada jugak berita yang kurang sedap didengar dari kem Tony Adams yang dikatakan kurang bersetuju dengan pilihan Wenger ni. Bagi Adams, Vermaelen masih belum bersedia untuk beraksi untuk Arsenal dan susuk tubuhnya yang agak pendek dikatakan tidak akan memberikan banyak perubahan terhadap benteng Arsenal yang sememangnya terkenal dengan pemain-pemain yang pendek (bagi spek pertahanan). Namun kita masih menanti pengumuman rasmi dari Emirates.

Blaise Matuidi, pemain midfield St Ettiene juga dikatakan berada dalam radar Arsene Wenger. Pemain ini dikatakan mampu mengukuhkan bahagian midfield yang agak lightweight. Pemain yang lasak ini turut berkemampuan beraksi di bahagian pertahanan. Kiranya 2 in 1 yang mungkin bersesuaian dengan budget mini Arsenal untuk musim depan.

Andai opsyen ini gagal mungkin Wenger sedia untuk menabur wang di bumi Perancis bagi mendapatkan khidmat midfield berani mati Rennes, Stephane M'Bia. Mbia memang cukup kebal dalam mempertahankan bahagian midfield tapi kurang sesuai untuk corak sleek passing Arsenal.

Pemain handalan Wolfsburg, Edin Dzenko yang konon-kononnya berjaya menarik minat Arsene Wenger dikatakan tidak berminat untuk menyertai mana-mana kelab EPLsebaliknya ingin meneruskan perjuangan di Bundesliga atau bermain untuk kelab kesukaannya, AC Milan.

Yang terakhir (setakat awal pagi hari ni), Maroune Chamakh a.k.a Ronaldo versi France turut dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal musim depan. Andai ianya menjadi kenyataan semestinya bilangan peminat wanita Arsenal yang berkurangan sejak Tomas Rosicky masuk wad akan kembali bertambah. Pemain ini merupakan antara pemain-pemain yang disebut bakal menggantikan King of Togo, Adebayor musim depan. Tetapi masih awal untuk berspekulasi mengenai masa depan Ade di Emirates kerana tiada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh kedua kelab dan pemain setakat ni. Mungkin saga Adebayor akan berlarutan ke musim hadapan seperi saga Ronaldo sebelum ni.

Walau apa pun, kita akan sentiasa menantikan berita gembira dari kem Arsene Wenger dalam masa terdekat. Hope for the BEST!!

Once A Gunner, Always A Gunner....

Saturday 6 June 2009

Family Reunion

Ulangan musim lepas...Itulah yang dapat dikatakan apabila Arsenal dikaitkan lagi dengan adik Kolo Toure iaitu Yaya Toure. Jika musim lepas, Yaya gagal dibawak masuk ke Emirates, kali ini Wenger tampak lagi serius apabila dikatakan sedia membayar yuran perpindahan sebanyak 12juta. Dilihat pada prospek jangka masa panjang, pembelian Yaya amat dialu-alukan. Walaupun pada asalnya lebih sesuai beraksi sebagai defensive midfield, Yaya dikatakan bakal mengisi slot penuh kontroversi Arsenal iaitu Center Back.

Kenapa Yaya?? Mungkin itulah persoalan yang berlegar-legar dalam kepala kebanyakan peminat Arsenal yang pada awalnya menjangkakan pemain-pemain seperti Vermalen, Hangelaand dan Zapata yang bakal dibawa masuk musim depan. Tapi pada peringkat ni masih belum ada sebarang maklumat yang dikeluarkan secara rasmi oleh pihak pengurusan. Jadi, berita ni masih dalam kategori rumors. Yaya sememangnya seorang pemain berbakat dan memiliki fizikal yang mantap. Pemain berusia 26 tahun ni sudahpun menjulang Champions League bersama Barcelona dan dilihat dapat membantu menambah sengat Arsenal dalam saingan Champions League musim depan.

Peninggalan Patrick Vieira masih lagi menjadi memberi impak terhadap pasukan Arsenal disebabkan masih belum ada lagi pemain yang dapat menggantikan pemain mantap dari Perancis tu. Varisikki Abou Diaby yang dikatakan "The New Vieira" jelas gagal mencapai tahap yang diharapkan (tapi masih ada potensi). Dalam masa terdekat Yaya dilihat mampu menjadi pengganti yang lebih sesuai. Dalam masa terdekat Yaya juga amat kritikal dalam membantu Arsenal di bahagian pertahanan yang jelas memerlukan pemain-pemain yang tinggi lampai.

Walaupun masih belum dipastikan, diharap Arsene Wenger dapat mengebas pemain berpotensi besar ini dari Barca. Selain Yaya, Thomas Vermalen (Ajax Armsterdam) juga turut dikaitkan dengan Arsenal. Dikatakan yuran perpindahan sebanyak 10 juta sudah tersedia untuk khidmat permain tinggi lampai Belgium itu. Selian tu ada jugak pemain yang desperate untuk menyertai Arsenal. Cristian ZAPATA!!! Pemain Udinese ini secara terbuka mengakui konon-kononnya ada bid dari Arsenal untuk dirinya. Pemain Colombia berusia 22 tahun ni mungkin kurang sesuai untuk Arsenal disebabkan corak permainan yang agak ketara antara Serie A dan EPL. Kemungkinan besar pemain ni akan mengambil masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri di England.

Dengan berakhirnya musim 08/09 maka dengan rasminya dapatlah video top 10 gol Arsenal diterbitkan. Kat bawah ni adalah antara gol-gol terbaik Arsenal sepanjang musim lepas. Seperti yang dijangkakan Arshavin berjaya membuktikan betapa pembeliannya merupakan keputusan terbaik Arsene Wenger sepanjang musim. Prospek musim depan amatlah cerah dengan pemain-pemain yang pantas, berskil tinggi dan berupaya menjaringkan gol seperti Rosicky, Dudu, Arshavin, Vela, RVP,Nasri, Fabregas, dan Wilshere akan bergandingan bersama untuk mengembalikan era kegemilangan the Golden Gunners.

Once A Gunner, Always A Gunner....