
Dengan berT-Shirt dan berseluar pendek, Wenger tiba dengan gaya santai yang amat jarang dapat disaksikan. Sorakan riang dari peminat-peminat begitu menceriakan keadaan sehinggakan Wenger tidak henti-henti melemparkan senyuman.

Dalam keseronokan Professor menghabiskan cuti musim sekolahnya di Malaysia, berita buruk diterima dari kem Sepanyol. Cesc Fabregas mengalami kecederaan di bahagian kepala semasa perlawanan persahabatan dengan Azerbaijan. Fab kemungkinan besar akan direhatkan untuk satu jangka masa yang agak lama. Namun difahamkan kecederaan ini tidaklah begitu serius.
THEO WALCOTT berkemungkinan besar akan beraksi awal pagi esok bagi England. Perlawanan menentang Andorra merupakan tiket untuk England ke South Africa tahun depan. Seorang lagi wakil Arsenal untuk England (Under-21), Kieran Gibbs turut mencipta kejutan. Pemain left back Arsenal ini menjaringkan gol pertamanya untuk England semasa perlawanan menentang Azerbaijan yang menyaksikan England menang besar 7-0.
Once A Gunner, Always A Gunner...