Monday 8 June 2009

Mari Bergossip

BOSAN!!!! Memang bosan bile takde sebarang deal yang berjaya disudahkan Arsenal setakat ni. Tapi kepada sesiapa yang mengikuti perkembangan Arsenal sejak zaman King Wenger I, tak pernah-pernah ada deal yang disudahkan pada awal-awal transfer window. Ini bagi membolehkan media syok sendiri menyebarkan gossip-gossip liar tetapi sedap didengar peminat.

Terkini, penjaga gol sensasi Itali Gianluigi Buffon dikaitkan dengan Arsenal. Memang tak masuk akal memandangkan umur dan gaji Buffon memang tak berkaitan langsung dengan Arsenal. Tapi jauh di sudut hati memang ada keinginan. Tapi ini memang gossip terliar sepanjang transfer window kali ni. Mungkin juga merupakan sindiran pedas terhadap Arsenal semata-mata.

Berita positif pula bertiup kencang dari Belanda yang menyatakan perjanjian antara Arsenal dan Ajax hampir termeterai untuk mendapatkan khidmat Thomas Vermaelen. Yuran sebanyak 10 juta dikatakan akan membolehkan pemain kelahiran Belgium yang mempunyai 21 caps antarabangsa ini untuk beraksi di Emirates musim depan. Tapi ada jugak berita yang kurang sedap didengar dari kem Tony Adams yang dikatakan kurang bersetuju dengan pilihan Wenger ni. Bagi Adams, Vermaelen masih belum bersedia untuk beraksi untuk Arsenal dan susuk tubuhnya yang agak pendek dikatakan tidak akan memberikan banyak perubahan terhadap benteng Arsenal yang sememangnya terkenal dengan pemain-pemain yang pendek (bagi spek pertahanan). Namun kita masih menanti pengumuman rasmi dari Emirates.

Blaise Matuidi, pemain midfield St Ettiene juga dikatakan berada dalam radar Arsene Wenger. Pemain ini dikatakan mampu mengukuhkan bahagian midfield yang agak lightweight. Pemain yang lasak ini turut berkemampuan beraksi di bahagian pertahanan. Kiranya 2 in 1 yang mungkin bersesuaian dengan budget mini Arsenal untuk musim depan.

Andai opsyen ini gagal mungkin Wenger sedia untuk menabur wang di bumi Perancis bagi mendapatkan khidmat midfield berani mati Rennes, Stephane M'Bia. Mbia memang cukup kebal dalam mempertahankan bahagian midfield tapi kurang sesuai untuk corak sleek passing Arsenal.

Pemain handalan Wolfsburg, Edin Dzenko yang konon-kononnya berjaya menarik minat Arsene Wenger dikatakan tidak berminat untuk menyertai mana-mana kelab EPLsebaliknya ingin meneruskan perjuangan di Bundesliga atau bermain untuk kelab kesukaannya, AC Milan.

Yang terakhir (setakat awal pagi hari ni), Maroune Chamakh a.k.a Ronaldo versi France turut dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal musim depan. Andai ianya menjadi kenyataan semestinya bilangan peminat wanita Arsenal yang berkurangan sejak Tomas Rosicky masuk wad akan kembali bertambah. Pemain ini merupakan antara pemain-pemain yang disebut bakal menggantikan King of Togo, Adebayor musim depan. Tetapi masih awal untuk berspekulasi mengenai masa depan Ade di Emirates kerana tiada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh kedua kelab dan pemain setakat ni. Mungkin saga Adebayor akan berlarutan ke musim hadapan seperi saga Ronaldo sebelum ni.

Walau apa pun, kita akan sentiasa menantikan berita gembira dari kem Arsene Wenger dalam masa terdekat. Hope for the BEST!!

Once A Gunner, Always A Gunner....