Monday 15 June 2009

Biar Lambat Asal Selamat....

Sebelum bercerita pasal tajuk kat atas, jom layan gol Cesc awal pagi tadi. Spain menang besar 5-0 ngan New Zealand yang tak sepatutnya ambik risiko join Confederation Cup ni.Apa pun setiap kali layan game Spain terasa macam tengok game Arsenal masa era Henry,Ljunberg,Reyes dan Pires. KENANGAN.....

Lukasz Fabianski merupakan pemain kedua yang bersetuju untuk menyambung kontrak bersama Arsenal untuk musim depan selepas Theo Walcott. Pemain berbakat dari Poland ini dikatakan menandatangani kontrak jangka masa panjang bersama Arsenal. Fabianski mungkin ingin melupakan terus aksinya untuk musim ini disebabkan beberapa kesilapannya yang membawa malapetaka kepada Arsenal. Tapi aku yakin Fabianski masih berupaya untuk beraksi lebih cemerlang. Buktinya ada kat bawah ni.

Dulu Chelsea, sekarang Real Madrid....! Itulah malapetaka kedua terbesar kat muka bumi selepas virus H1N1 sekarang. Entah dari mana datangnya duit berjuta-juta kat Madrid tu sampaikan segala spesies pemain bola sepak kat muka bumi ni dah mula packing barang untuk ke Spain. "Bukan satu berita gembira,"kata Arsene Wenger selepas menyaksikan pemenang pingat emas Diving sukan olimpik berpindah ke Real dengan yuran perpindahan 80 juta. Mungkin jumlah tu SANGAT SANGAT besar untuk kelab seperti Arsenal. 3 pasukan utama dapat dibina oleh Arsene Wenger dengan duit sejumlah tu. Tapi, adakah kita perlu gelabah atau takut dengan situasi ni? Mampukah RVP,Arshavin,Cesc,Walcott dan Nasri menyaingi gandingan Ronaldo,Kaka,Sneijder,Ribery(dah hampir dah tu..) dan David Villa andai kita ditemukan dalam CL? Jawapannya hanya Wenger saja yang tau..

Sedang Man U, Chelsea Man City masuk keluar shopping complex untuk mendapatkan player-player baru, Wenger lebih rela datang ke Malaysia untuk mencungkil bakat anak tempatan. Mungkin targetnya untuk menghabiskan 10 juta sudah hampir terlaksana dengan pembelian Vermalaen. Namun adakah ianya mencukupi? Mungkin ya mungkin tidak. Di bahagian pertahanan andai pembelian Vermalaen menjadi kita bakal memiliki Toure, Sagna, Clichy, Gallas, Vermalaen, Djourou, Song, Senderos(ingat lagi?), Gibbs dan Eboue. Manakala di bahagian tengah kita memiliki Walcott, Fabregas, Nasri, Diaby, Arshavin, Rosicky, Wilshere,Denilson, Bischoff, Merida dan ramai lagi. Jadi mungkin kita boleh melupakan sebarang tambahan kepada barisan pemain ini. Seperti yang kita maklum Arsene Wenger tidak akan "membunuh" pemain asuhannya demi mendapatkan star dari pasukan lain.