
Akhirnya Arsenal menamatkan teka-teki yang paling sukar diselesaikan selama 2 bulan ni. Pembelian Thomas Vermalaen menandakan Arsene Wenger benar-benar serius dalam membina kubu pertahanan yang kebal menjelang musim 09/10. Thomas Vermalaen merupakan pembelian yang amat penting jika dilihat pada prestasi yoyo barisan pertahanan Arsenal musim lepas. Hebat ke Vermalaen ni? Mungkin itu yang menjadi persoalan penting buat masa ini. Pada aku mamat ni memang berpotensi dan yang paling penting GANAS dan tak terkial-kial nak tackle. BRAVO Prof! Pembelian yang bijak. Arshavin dan sekarang Vermalaen.

Jauh di satu sudut Emirates Stadium kelihatan seorang remaja berketurunan Afrika yang duduk mencangkung sambil mengoyakkan sehelai kertas kepada dua bahagian yang sama rata. Kemudian remaja tersebut menulis "Inter" pada kertas yang pertama dan "Atletico" pada kertas yang kedua. Selepas itu, digulungnya kedua-dua kertas tersebut sebelum dilemparkan ke atas lantai. Sambil berdoa dia mangambil satu daripada gulungan kertas di atas lantai itu. Apa yang tertulis pada kertas itu?? Hantarkan email anda pada emmanuel.eboue@arsenal.com untuk maklumat lanjut. Walaupun ramai pemain yang dikaitkan dengan perpindahan keluar, aku lebih tertarik dengan spekulasi mengenai Eboue. Andai dilihat prestasinya sebelum ditransform menjadi winger@whinger@winker, pemain ini merupakan antara pemain yang menjadi fan's favorite. Sebaik ditransfom, Eboue menjadi antara mangsa kutukan penyokong-penyokong Arsenal selepas Ade, Diaby, Denilson dan Gallas. Eboue amat penting dalam memberikan cover kepada pemain-pemain yang cedera dan larian-larian pantasnya mampu menyebabkan pertahanan lawan tak cukup kaki untuk kejar. Diharap Eboue akan kekal di Emirates musim depan dan andai nak keluar jugak,"Wish You All The Best!"
Untuk undian minggu lepas, majoriti pengundi memilih gandingan Sagna--Vermalaen--Toure--Clichy untuk mengawal benteng Arsenal musim depan. Mungkin akan menjadi kenyataan......
Once A Gunner, Always A Gunner.
Once A Gunner, Always A Gunner.