Saturday 6 June 2009

Family Reunion

Ulangan musim lepas...Itulah yang dapat dikatakan apabila Arsenal dikaitkan lagi dengan adik Kolo Toure iaitu Yaya Toure. Jika musim lepas, Yaya gagal dibawak masuk ke Emirates, kali ini Wenger tampak lagi serius apabila dikatakan sedia membayar yuran perpindahan sebanyak 12juta. Dilihat pada prospek jangka masa panjang, pembelian Yaya amat dialu-alukan. Walaupun pada asalnya lebih sesuai beraksi sebagai defensive midfield, Yaya dikatakan bakal mengisi slot penuh kontroversi Arsenal iaitu Center Back.

Kenapa Yaya?? Mungkin itulah persoalan yang berlegar-legar dalam kepala kebanyakan peminat Arsenal yang pada awalnya menjangkakan pemain-pemain seperti Vermalen, Hangelaand dan Zapata yang bakal dibawa masuk musim depan. Tapi pada peringkat ni masih belum ada sebarang maklumat yang dikeluarkan secara rasmi oleh pihak pengurusan. Jadi, berita ni masih dalam kategori rumors. Yaya sememangnya seorang pemain berbakat dan memiliki fizikal yang mantap. Pemain berusia 26 tahun ni sudahpun menjulang Champions League bersama Barcelona dan dilihat dapat membantu menambah sengat Arsenal dalam saingan Champions League musim depan.

Peninggalan Patrick Vieira masih lagi menjadi memberi impak terhadap pasukan Arsenal disebabkan masih belum ada lagi pemain yang dapat menggantikan pemain mantap dari Perancis tu. Varisikki Abou Diaby yang dikatakan "The New Vieira" jelas gagal mencapai tahap yang diharapkan (tapi masih ada potensi). Dalam masa terdekat Yaya dilihat mampu menjadi pengganti yang lebih sesuai. Dalam masa terdekat Yaya juga amat kritikal dalam membantu Arsenal di bahagian pertahanan yang jelas memerlukan pemain-pemain yang tinggi lampai.

Walaupun masih belum dipastikan, diharap Arsene Wenger dapat mengebas pemain berpotensi besar ini dari Barca. Selain Yaya, Thomas Vermalen (Ajax Armsterdam) juga turut dikaitkan dengan Arsenal. Dikatakan yuran perpindahan sebanyak 10 juta sudah tersedia untuk khidmat permain tinggi lampai Belgium itu. Selian tu ada jugak pemain yang desperate untuk menyertai Arsenal. Cristian ZAPATA!!! Pemain Udinese ini secara terbuka mengakui konon-kononnya ada bid dari Arsenal untuk dirinya. Pemain Colombia berusia 22 tahun ni mungkin kurang sesuai untuk Arsenal disebabkan corak permainan yang agak ketara antara Serie A dan EPL. Kemungkinan besar pemain ni akan mengambil masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri di England.

Dengan berakhirnya musim 08/09 maka dengan rasminya dapatlah video top 10 gol Arsenal diterbitkan. Kat bawah ni adalah antara gol-gol terbaik Arsenal sepanjang musim lepas. Seperti yang dijangkakan Arshavin berjaya membuktikan betapa pembeliannya merupakan keputusan terbaik Arsene Wenger sepanjang musim. Prospek musim depan amatlah cerah dengan pemain-pemain yang pantas, berskil tinggi dan berupaya menjaringkan gol seperti Rosicky, Dudu, Arshavin, Vela, RVP,Nasri, Fabregas, dan Wilshere akan bergandingan bersama untuk mengembalikan era kegemilangan the Golden Gunners.

Once A Gunner, Always A Gunner....