Monday 5 October 2009

Comeback Kings!!


Terlewat 5 minit untuk sampai ke kedai mamak menyebabkan aku tertinggal banyak benda. Tau2 Arsenal dah ketinggalan 0-1. Walau ape pun aku tak cuak walau sikit pun lepas member kat sebelah aku update player-player yang main malam tu. Rosicky,Arshavin,Fab,Diaby dan Song meyakinkan aku bahawa sesuatu mampu dijelmakan.

Aku terkejut dan kaget sekejap lepas menyaksikan rembatan ala meriam buluh dari Thomas (striker?? defender??)Vermaelen yang berjaya membolosi gawang Paul Robinson yang secara jujurnya beraksi cemerlang. "Dari mana datangnya mamat ni?" aku bertanya kat member sebelah yang merupakan die hard fan Liverpool. "Nasib je tu" jawabnya dengan nada sakit hati,jiwa dan pundi kencing. Gol tu sebenarnya tanda amaran dari Vermaelen kepada trio serangan the Gunners. "Kalau korang dah tak reti nak score biar aku je jadi striker" mungkin tu la yang dilaungkan Vermaelen lepas score gol ajaib tu.

"Wakakakaka....bolos lagi. Apa da Arsenal??!!"jerit member kat sebelah yang jelas datang untuk menyaksikan Arsenal tumbang di Emirates. Bolos buat kali kedua memang sedikit sebanyak mencuakkan. Rembatan Dunn mendapat sedikit bantuan dari Gallas sebelum menerjah ke gawang Vito Manonne. Ianya tak kekal lama. Tak sempat Big Sam nak adjust seluar, Arsenal mengamuk sekali lagi. Kali ni turn Robin van Persie plak untuk menyelit masuk dalam senarai penjaring. Aku cuba buat muka selamba supaya tak nampak over excited. Member kat sebelah jelas tertekan dan cuba buat muka selamba. Namun gol ketiga dari Andrey Arshavin meyakinkan aku untuk berlagak dengan member kat sebelah tu. "Baru tiga jer..Rase ade lagi gol nih.." dengan nada kerek aku berbisik kat member yang dah mula buat muka bebal. Mastermind bagi ketiga-tiga gol tersebut, tak lain dan tak bukan, Kapten Fabregas akhirnya menjarakkan lagi kedudukan dengan gol keempat. Wenger masih merasakan ada sesuatu lagi yang boleh dicilok menerusi perlawanan ni. Lalu dengan yakinnya die memasukkan Bendtner dan Walcott bagi menambah bisa di bahagian serangan. Hasilnya, satu lagi sentuhan Fabregas menghasilkan gol. Theo Walcott yang baru masuk menyumbat gol kelima Arsenal.


Orang tamak selalu rugi...menyedari perkara ni, Wenger mengeluarkan Fabregas demi mengelakkan Blackburn terus terbakar. Namun senjata rahsia Gunners, Nicklas Bendtner yang masih trauma disebabkan kemalangan kereta minggu lepas, meledakkan gol terakhir perlawanan yang sekali gus menutup terus semangat juang anak buah Big Sam. BRAVO dan 5 star!! Itulah kesimpulan yang dapat dibuat menerusi perlawanan ni.

Tidak dilupakan juga kepada bekas kapten, Thierry Henry yang sempat meluangkan masa untuk mengunjungi bekas rakan sepasukan dan tak henti-henti tepuk tangan sepanjang perlawanan. Aku kagum dengan semangat mamat ni dan berharap dia akan pulang ke Emirates satu hari nanti. In Henry We Trust also la....

Once A Gunner, Always A Gunner...

Friday 2 October 2009

13 tahun...Unbeaten

Sempena ulangtahun ke -13 boss Arsenal, Mr Arsene Wenger, ramai betul yang menghamburkan pujian dan ulasan-ulasan menarik yang membuktikan betapa Arsene Who? kini menjadi Arsene God. Yang paling menarik pastinya komen Thierry Henry yang menyatakan dia pasti akan kembali ke pangkuan bapa angkatnya,Wenger satu hari nanti. Hubungan istimewa antara Wenger dan Henry pastinya sesuatu yang sukar dilupakan oleh kedua-dua mereka. Peranan Wenger dalam proses transisi Henry sememangnya amat penting dan sesuatu yang sukar dilupakan peminat the Gunners. Kejayaan Wenger dalam mempertahankan kedudukannya sebagai boss Arsenal semalam 13 tahun wajar dipuji dan dihargai.

Thierry Henry, Patrick Vieira, Emmanuel Petit, Cesc Fabregas dan ramai lagi pemain bintang berjaya digilap Wenger dalam tempoh 13 tahunnya bersama Arsenal yang menjadikannya pengurus paling berjaya the Gunners. Kapten Arsenal, Cesc Fabregas plak menegaskan Wenger merupakan individu yang paling penting dalam kareer bola sepaknya. Jika tidak Wenger, Fabregas kini mungkin masih terkial-kial di Barca.

Apapun, bravo Boss...In Arsene We Trust. Buat match minggu ni, the Gunners bakal menerima kunjungan Blackburn Rovers. Dikhabarkan Nicklas Bendtner dan Theo Walcott bakal kembali ke skuad utama. Malangnya, Eduardo yang beraksi cemerlang sewaktu menentang Olympiakos terpaksa diketepikan gara-gara kecederaan paha yang tak berapa serius. Penjaring gol pertama Man City, Manuel Almunia pula di/terpaksa berehat lebih panjang disebabkan chest infection gara-gara melepaskan 4 bijik gol masa lawan Man City. Inilah padahnya bila mempamerkan aksi yo-yo. Ape pun lu pikir la sendiri Almunia. Sakit hati depa tengok hang tangkap bola macam tangkap katak. Nasri dan Fabianki plak akan kembali ke gelanggang latihan lepas abis international matches. Kemungkinan besar Nasri akan kembali lebih awal.

Orang tamak selalu rugi!! Itulah yang dapat disimpulkan kat nasib yang dialami Theo Walcott. Walaupun ditegah berkali-kali oleh Wenger, die tetap mewakili Englang untuk perlawanan international yang menyebabkan injury lama berulang. Kononnya die yakin yang die dah pulih sepenuhnya. Wenger sememangnya tahu 100% kemampuan mamat ni tapi masalahnya tuan punya badan nak naik cepat. Relax2 la brader. Ko nak jadi cam Hleb jugak ka??

Walaupun terlepas komen beberapa perlawanan melibatkan Arsenal dek keseronokan bercuti raya, aku rasa aku dapat simpulkan semua perlawanan tu dalam satu perenggan je. VITO MANNONE!! Mane ko selama ni? Selepas melihat aksi cemerlang menentang Fulham dan Olympiakos aku cukup kagum dan terkejut dengan kematangan keeper muda dari bumi Itali ni. Walaupun gelabah tahap gaban masa lawan Wigan, die mempamerkan aksi selamba dan meyakinkan dalam 2 perlawanan selepas tu. Harap dapat dikekalkan rentak cemerlang tu Mr Mano Eh?.. Aksi cemerlang keeper berusia 21 tahun ni pastinya menambahkan lagi jangkitan kuman di chest Manuel Almunia. Mana taknya, dalam hanya 2 perlawanan Mannone berjaya memenangi hati jutaan peminat Arsenal. Sesuatu yang masih gagal dilakukan oleh Almunia senhingga sekarang. Namun perlu diingat bahawa Mannone masih perlu banyak belajar dan tak adil untuk meletakkan tekanan yang tinggi kat mamat tu.

Once A Gunner, Always A Gunner..

Thursday 17 September 2009

Tekanan Darah Tinggi di Belgium!!


Di mana ada Arsenal, di situ ada kontroversi...itulah yang berjaya dibuktikan dalam perlawanan awal pagi ni. Menentang pasukan yang pernah membenam Everton dan Liverpool, Arsenal turun dengan barisan pemain yang kurang meyakinkan. Ketiadaan Almunia(tak kisah pun), Arshavin, Nasri, Walcott dan RVP pada mulanya agak membimbangkan, tapi kemunculan semula Rosicky sedikit sebanyak berjaya menutup kekurangan tu. Liege menembusi kubu Arsenal apabila pemain "favorite" UEFA, Eduardo melakukan kesilapan dengan backheel yang kurang menjadi. Gol kedua pula gabungan kesilapan Eboue dan Gallas, namun aku rasekan Gallas tak bersalah pun. Tapi itulah bola sepak!!

Sedang Arsenal bergelut untuk mencari ilham, muncul pulak Nicklas Bendtner untuk memberikan talian hayat untuk the Gunners. Gol kemas yang dijaringkannya berjaya mengembalikan semangat pemain-pemain. Gol kedua merupakan highlight perlawanan. Offside??Handball?? Entah le...Kalau Standard Liege punya gol kedua valid maka gol yang ni pun valid la jugak. Takkan nak berat sebelah. Tapi seperti biase gol Arsenal yang jadi kontroversi manakala penalti kontroversi Liege langsung takde orang nak bising2...Dudu the Predator akhirnya menggunakan alternatif terakhir iaitu kepala lutut untuk menghasilkan gol kemenangan Arsenal. Walaupun takkan termasuk dalam 10 gol terbaik Arsenal season ni, aku yakin gol tu dapat menjadi pengajaran untuk striker2 Arsenal yang lain untuk cuba segala alternatif yang ade untuk menghasilkan gol. Tak payah nak lurus sangat (sorry Bendi..).Walau ape pun, happy ending untuk the Gunners...3 point..End of story


Once A Gunner, Always A Gunner..

Tuesday 15 September 2009

Kita MENANG....

Sedang Arsene Wenger tergaru-garu kepala memikirkan siapa yang bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Arshavin, panel rayuan UEFA muncul dengan jalan penyelesaian. Ban 2 perlawanan terhadap Eduardo ditarik balik setelah meneliti video dan rayuan 19 muka surat yang dikemukakan oleh Arsenal FC. Akhirnya kebenaran berjaya ditegakkan.!! Ini membuka peluang untuk Dudu mengisi slot yang ditinggalkan Arshavin dalam perlawanan menentang Standard Liege. Atau mungkin juga gamble akan dilakukan oleh Wenger dengan meletakkan Tomas Rosicky kat posisi tu. Lagipun Dudu lebih diperlukan di bahagian serangan.





Berbalik pada kes Dudu, tuan punya badan akhirnya membuka mulut memberi kenyataan umum yang pertama sejak insiden tersebut. Professional!! Dalam kenyataannya Dudu menyatakan kelegaannya dengan tindakan panel rayuan dan menegaskan yang dia memang tak berniat untuk dive dan die takkan melakukan tindakan sedemikian rupa untuk mendapatkan gol. Dudu menambah yang dia hilang balance dan terjatuh diakibatkan rempuhan dari keeper Celtic. Walau ape pun aku gembira dengan keputusan ni dan berharap insiden ini akan dilupakan oleh media England yang semestinya akan menarik muka masam mendengar keputusan ni.


Once A Gunner, Always A Gunner..

Monday 14 September 2009

Kita KALAH....

"Rugi arr korang jual die!! Hebat tu!!" jerit member aku yang juga supporter Chelsea yang menyibuk tengok match Man City vs Arsenal Sabtu lepas sebaik saja selepas Emmanuel Adebayor menjaringkan gol ketiga Man City. Melihat pada sambutan gol Adebayor aku 100% yakin bahawa tindakan Arsene Wenger untuk melepaskan Mr Kacang tu betul 100%. Pedulik ape aku macam mane supporter Arsenal layan kau, yang pentingnya ko tu dikutip dari AS Monaco time ko langsung takde peluang nak main dan silap-silap akan terus memanaskan bangku simpanan kat sane oleh Arsene Wenger. Tiba-tiba nama ko melonjak dan kini bergelar penyerang digeruni di Eropah dan Afrika. Mana datangnya nama tu??!! Mark Hughes ke yang bagi? pak Arab yang belikan ke?Atau datang dari Beyonce yang ko idam-idamkan tu? Ingatlah sikit si Kacang oi, tak ke mana ko kalau Arsene Wenger tak kutip ko dari Monaco satu mase dulu. Tong sampah la lokasi ko sekarang!! Aku sikit pon tak heran mase ko score gol trade mark ko tu, tapi sambutan "hodoh" ko tu dah cukup membarankan kepala hotak aku dan mamak yang tengah goreng mee time tu. "Ayo itu budak serupa lembu gila tarak akal lari keliling padang juga la macha!!"jerit mamak tu sambil menggelengkan kepala. "Dia memang tarak akal la mamak" aku menyahut dengan penuh selamba. Dan bagi penyokong-penyokong Man City yang mengagungkan pemain lupa daratan ni, bersedialah untuk diperlakukan macam kami tak lama lagi. Dan bagi Ade, "langit tak selalunya cerah"....Beringatlah sikit ye...Welcome to Emirates!!!


Rumah keluarga Ade di Togo sebelum die ke England (Arsenal)



Rumah keluarga Ade lepas die join Arsenal........

OK...Lupakan Mr Kacang. Sekarang jom kite citer pasal ARSENAL!!! Kalah. Yes. Memang kite kalah. Kalah disebabkan fizikal. Serius!! Aku rase kita tak layak dibenam sebegitu rupa. 4 gol!! Mustahil kalau referee ade 2 bijik mata. Fabregas dan van Persie dipijak dan Song disiku. Ape yang ref buat??!! Buat BODOH!! Kan ade peraturan FA yang kate pemain lawan boleh pijak, sekeh, terajang dan tumbuk pemain Arsenal sesuka hati tapi player Arsenal sama sekali dilarang menyentuh pemain lawan. Adebayor yang sepatutnya awal-awal dah dibuang padang terus dibiarkan mengganas di atas padang. Andai kesalahan yang sama dilakukan semasa die masih bergelar pemain Arsenal, aku yakin ref takkan fikir dua kali untuk melayangkan kad merah. Dan ape pulak yang difikirkan oleh prof dengan menurunkan Bendtner dan Denilson??!! Sedang kita kehilangan Walcott, Nasri dan Arshavin die langsung tak nak gantikan dengan pemain kreatif seperti Eduardo dan Rosicky sebaliknya meletakkan mayat hidup seperti Bendtner dan Denilson. Mungkin disebabkan physical game Man City tapi akhirnya siape yang score untuk Arsenal??!! Dan yang terakir, Mr Wenger tolonglah cari keeper baru. Defend dah ok sekarang keeper pulak buat hal. Ini bukan kali pertama Almunia buat kerja bodoh camnie!! Ko nak tunggu die bersara ke?? Enough Mr Wenger!!

Berita gembira. Rosicky is back!! With a goal!! Walaupun berduka lara dengan kekalahan malam tu aku masih menarik nafas lega selepas menyaksikan pemain favorite aku kembali beraksi. 1 assist dan satu gol. Ape lagi yang kite nakkan??!! Van Persie pulak akhirnya memecahkan kebuntuan gol selama ni dengan satu gol yang cukup menarik. Yang terakhirnya, Adebayor mungkin akan digantung 4 perlawanan disebabkan tindakan bodohnya dalam perlawanan ni. Enjoy the break, Kacang!!



Once A Gunner, Always A Gunner..

Saturday 12 September 2009

Jom Beraya kat Rumah Cik Siti


Malam ni jam 10 akan menyaksikan pertembungan unik antara Man City dan Arsenal. Ape yang unik sangat?? Ape lagi kalau tak kelibat Toure dan Adebayor yang akan muncul buat kali pertama dalam barisan Man City vs Arsenal. Mungkin fokus diberikan pada perlawanan ni disebabkan form cemerlang yang dipamerkan Man City kebelakangan ni. Tapi Arsenal pun tak boleh dipandang remeh. Walaupun tewas pada Man Utd, kite tetap berjaya mempamerkan aksi membanggakan.

Kecederaan pemain perancang, Andrey Arshavin pastinya membantutkan persiapan sebelum perlawanan penting ni. Tapi jangan dilupakan Abou Diaby yang pernah beraksi di posisi Arshavin sebelum pemain Russia tu join the Gunners. Peluang Theo Walcott untuk beraksi agak samar-samar sebab training yang masih kurang. Begitu jugak dengan Tomas Rosicky yang berjaya beraksi bersama Czech Republic dalam kelayakan Piala Dunia. Pastinya Wenger tak nak amik risiko untuk turunkan pemain kreatif tersebut. Kemungkinan besar langsung takkan tersenarai dalam skuad malam ni. Namun aku masih mengharap untuk melihat aksi Jack Wilshere malam ni. Ketiadaan begitu ramai pemain kreatif ni mungkin merupakan masa terbaik untuk Wenger menurunkan pemain harapan England tu. Mampu beraksi di bahagian Wing Kanan dan center midfield, itulah kelebihan Wilshere.

Walau ape pun, aku menyimpan harapan tinggi yang Arsenal akan membenam Man City 3-1 malam ni. RVP akan menemui sentuhan golnya malam ni. In Persie We Trust!!


Once A Gunner, Always A Gunner.

Tuesday 8 September 2009

Becks The Gentleman...

Player England tak semuanya hipokrit!!! Itulah kesimpulan aku lepas baca kenyataan bekas kapten England, David Beckham. Sedang Gareth Barry, John Terry dan Rooney the Diver cuba menegakkan benang yang basah dalam mempertahankan betapa tindakan UEFA dalam mendenda Eduardo adalah tepat 100%, Beckham yang sememangnya seorang pemain yang profesional tenang menidakkan kenyataan teman sepasukannya.

Jangan jadikan Eduardo mangsa!! Itulah harapan Beckham selepas melihat betapa media Britain menjadikan isu Eduardo sebagai umpan dalam melemahkan semangat Croatia. Biarlah perlawanan antara England dan Croatia yang dijadikan isu, kata Beckham. Dengan nada serius Beckham menegaskan yang die percaya Eduardo bukanlah seorang diver dan sebaliknya menyatakan kekagumannya terhadap semangat luar biasa Eduardo dalam mengharungi episod kecederaannya sebelum ni. Bagi Beckham tindakan Eduardo lebih kepada langkah mengelak kecederaan dan bukannya diving. Tindakan Beckham dalam mempertahankan Eduardo sememangnya layak dipuji dan dibanggakan kerana sejak kebelakangan ni aku naik meluat tengok kenyataan-kenyataan tak berhati perut dari manusia-manusia bernama Rooney dan Terry. Rooney bagi aku langsung tak layak nak bercerita pasal diving mahupun fair play. Aku bukan anti Rooney tapi kadang-kadang aku tak puas hati dengan corak permainannya yang langsung tak profesional. Terry plak elok jaga tepi kain sendiri. Kalau tak dapat nak insafkan Drogba usah ko nak memekak pasal orang lain.






Dalam perkembangan lain, Johan Djorou bakal terlepas aksi EPL untuk tempoh yang lebih lama. Dikhabarkan selama 6 bulan. Senderos tampak tersenyum lebar lepas dengar berita ni. Gunakan peluang ni sebaik mungkin wahai Senderos. Awal pagi esok (thx GNR) Dudu akan turun padang menggempur kem England manakala Ramsey dan Arshavin akan mewakili Wales dan Russia dalam pusingan kelayakan. Diharap kesemua mereka akan pulang sihat walafiat ke kota London.


Once A Gunner, Always A Gunner.

Wednesday 2 September 2009

Man Utd 0 Arsenal 3

Huhu..tergelak aku baca komen kat chatbox yang kata bile Arsenal kalah terus jer senyap...Come on arr dude. Bukan nak menyorok la. Aku baru jer balik outstation. Dah tu laptop meragam la plak. So hari ni baru aku berpeluang nak melepaskan geram kekalahan MEMALUKAN minggu lepas. Menentang team yang lemah diulang lemah dan lemau aku budget seri sebab ketiadaan pemain-pemain kreatif kita termasuk Cesc Fabregas. Kalau korang seorang peminat bola sepak yang berfikiran logik dan berakal waras maka perlu diakui yang hanya ade satu pasukan yang layak menang dalam perlawanan tu dan pasukan itu ialah Arsenal. Man Utd lebih selesa mempraktikkan strategi bola sepak bapuk mereka di Old Trafford. Foul demi foul dan langsung takde idea nak menyerang. Sekadar meletakkan Rooney the Diver selaku penyerang jelas menerangkan betapa SAF cukup gerun dengan serangan-serangan Arsenal.

Habis tu kenapa kalah??!! Jawapannya mudah. Sebab korang Man Utd dan kiteorang Arsenal. Walaupun player korang jatuh sebab kena tiup angin pun korang akan dapat penalti. Tapi bile Arsenal dapat penalti, player yang dapatkan penalti tu akan digantung 2 perlawanan. Walaupun player kiteorang kena cincang dalam kotak penalti ref akan tutup mata dan akan kata "clean tackle my dear". Arsene Wenger awal-awal dah hentam strategi si tua Ferguson yang cukup negatif sepanjang perlawanan. Tapi bagi aku ref yang paling negatif sepanjang perlawanan. Dah ade ref dan assistant keliling padang pun masih tak dapat detect penalti yang clear. Arshavin dilanggar lari oleh pemain paling meloyakan kat Man Utd, Fletcher tapi pengadil langsung tak amik tindakan. Adekah ref buta atau dibutakan?? Dan tetiba aje ade rules yang kata manager tak boleh tendang botol air walaupun kat tepi padang. Ape kejadahnya semua ini (pinjam jap ayat NTV7)..??!! Mangkuk ayun bernama Fletcher boleh sepak terajang player Arsenal dalam padang tanpa dikenakan tindakan tapi boss Arsenal yang dah tak tau nak sepak sape tak boleh sepak botol air sekalipun kat luar padang. Platini mane ko letak mata ko?? Dalam lubang idung ke jang oi??!! Andai dikatakan FA dah hilang akal dan hilang arah aku orang pertama yang akan setuju. Sedang Scotland FA menghentam Dudu, langsung takde sebarang backup dari England FA. Sekurang-kurangnya dieorang boleh la komen sikit. Ape kena mengena Scotland FA sdalam hal ni sedangkan manager Celtic sendiri mendiamkan diri?? Konspirasi??!! 100%!


Berbalik kat topik utama...Arsenal 3 Man Utd 0. Kenapa?? Mana tak nye kite yang bagi dua gol kat team kayu tu. Dengan penalti yang tidak diberikan, Arshavin tetap berjaya menjaringkan gol terbaik perlawanan. Sedang kemenangan jelas kelihatan di depan mata, muncul si Gooney yang melayangkan diri sebelum dijatuhkan oleh Aluminium dalam kotak penalti. Penalti? Yup, aku ta nak debatkan penalti tu sebab memang Almunia dah buat keputusan yang paling mudah untuk ref. Persoalannya kenapa senang sangat mangkuk ayun tu boleh lepas. Gallas kelihatan menutup muka sebaik sahaja penalti diberikan. Die tau memang silap die. Tapi persoalannya ialah hero United malam tu, Varisikki Abou Diaby. Aku bukan nak kutuk die tapi ape kejadahnya die heading camtu?? Ko dah lupe ko main untuk team mane ke jang?? Simple mistake tapi dah cukup untuk menutup peluang Arsenal untuk malam tu. Walaupun kalah salute bagi pemain-pemain Arsenal yang mempamerkan permainan mantap dan bertenaga sepanjang separuh masa pertama. Hanya ade satu team saje yang cuba bermain bola sepak sepanjang perlawanan manakala satu lagi team tu lebih kepada aksi-aksi ragbi dan tinju. Tapi takde ape sangat untuk dimalukan. Kite kalah kat juara musim lepas dan bukan BURNLEY (kalau terasa sorry arr..tapi memang hakikat).

Hujung minggu ni pulak, Arsenal bakal berkunjung ke kubu pak Arab. Perlawanan menentang Man City ni mampu mengembalikan Arsenal ke trek sebenar setelah tersasar sikit minggu lepas. Gallas pastinya menantikan reunion dengan "sahabat baiknya", Toure manakala Bendtner pastinya tak sabar-sabar untuk berpelukan dengan Emmanuel Adebayor. Diharap Wenger dapat mengembalikan moral pemain-pemain sebelum perlawanan ni demi mengelakkan kekalahan berganda di bumi Manchester.

EDUARDO digantung dua perlawanan!! Ape nak dihairankan? Die kan player Arsenal jadi langsung tak mengejutkan pun berita ni. Lain kalau die tu player Man Utd atau Real Madrid. Mungkin keputusan berbeza akan diterima. Itulah hakikatnya.!! Kalau macam yang kat link ni tak pe la plak.. CHEAT

Once A Gunner, Always A Gunner...

Saturday 29 August 2009

Old Trafford bakal dibedil!!!


Seperti yang diharapkan Patrice Evra, awal pagi esok Arsenal bakal menurunkan 11 men untuk menentang Man Utd. Tiada lagi istilah boys kali ni. Tanpa kapten Fabregas, dijangkakan Robin Van Persie bakal mengetuai kontijen meriam merah di Old Trafford. Jika dilihatkan pada rekod semasa, Arsenal sememangnya favorite untuk menang tapi Man Utd semestinya bermati-matian untuk mengembalikan moral mereka sejak kekalahan memalukan di tangan Burnley.

Walaupun kecoh dengan kontroversi Dudu, Wenger menegaskan anak buahnya tak ambik pusing taktik-taktik kotor untuk mengganggu persiapan mereka untuk match ni. Dengan ketiadaan Walcott, Eboue dijangkakan akan mengisi kekosongan tu. Jack Wilshere mungkin akan diberikan peluang untuk memanaskan bangku simpanan(please Wenger!!). Hakikatnya masalah kecederaan Arsenal jauh lebih kronik dari masalah ketiadaan Ronaldo di kem Man Utd. Takde Rosicky, Walcott, Fabregas dan Nasri. Pergh!!! Dari mana kita boleh harapkan magik sentuhan-sentuhan berbisa untuk perlawanan ni. Tapi jangan terlalu awal mengalah. Arsenal Boleh!!

Aku budget game ni akan berkesudahan 1-1....

Once A Gunner, Always A Gunner..

Thursday 27 August 2009

Eduardo..tutup telinga!





Arsenal menang 3-1 tapi TheSun dan DailyMail nampaknya lebih berminat dengan penalti yang diberikan pengadil untuk Arsenal. Jika sebelum ni Arsenal pernah menjadi mangsa penalti bodoh oleh pengadil, buat pertama kalinya pengadil memberikan penalti berdasarkan benefit of doubt. Sebelum ni Ronaldo pernah dive, Drogba pernah dive dan juga Babel tapi seringkali dimaafkan dengan segera takpun koman2 kena kutuk dalam satu perenggan je. Tapi sebab kali ni Eduardo yang dituduh dive, akhbar "murahan" TheSun sanggup allocate satu kolum khas untuk mengutuk pemain antarabangsa Croatia ni. Itulah nasib kalau jadi player Arsenal wahai Dudu. Buat bodoh jer...You ROCKS!!!


Gol pertama aku kategorikan sebagai benefit of doubt. Kalau tengok dari angle ref memang penalti sebab nampak sangat si "LEMBU" Boruc datang menyergah Eduardo macam nak patahkan kaki die sekali lagi. Perlukah die terus berdiri tegak untuk menerima terjahan Boruc yang semestinya akan patahkan balik kaki die atau kene lompat untuk elakkan terjahan tu? Bagi aku Eduardo bukan dive untuk penalti die sekadar lompat untuk elakkan terjahan. Lutut Boruc memang kena kat kaki Eduardo. "Contact dengan pemain lawan dalam kotak penalti selepas bola berada di luar jangkauan"-keputusan?? simple, PENALTI. Referee ambil keputusan yang tepat tapi memang agak kejam. Tapi who cares?? Kami pun pernah jadi mangsa kekejaman camnie. Lagipun bukan gol tu je yang menidakkan peluang Celtic. Dieorang memang totally outclassed.The best team won!!


Gol kedua disumbangkan oleh pemain "kesayangan" peminat, Emmanuel Eboue. SIMPLE AND SMART GOAL. Gerakan awal yang disudahkan dengan selamba oleh Eboue ni menutup terus peluang Celtic. Walaupun dengan ketiadaan RVP dan Arshavin, Arsenal tetap mempamerkan permainan mantap dan bergaya. Gol ketiga merupakan "amaran" bagi Alex Ferguson yang terkebil-kebil menonton perlawanan awal pagi tadi. Gerakan menarik yang disudahkan dengan kelas tersendiri oleh Arshavin bagi meletakkan Arsenal 5-0 secara aggregate sebelum Arsenal menghadiahkan satu gol kepada Celtic menerusi Masimmo Donatti. Kesimpulannya....5 Star Arsenal...BRAVO

Once A Gunner, Always A Gunner..

Monday 24 August 2009

Jom ramai-ramai masuk hospital...


Musim sakit di kem Arsenal dah kembali!! Terbaru kapten Cesc dikatakan akan memanaskan katil rumah sakit Arsenal selama 3 minggu. Walaupun masih belum dipastikan, kemungkinan besar Cesc akan diketepikan dari kesebelasan utama menentang Man Utd hujung minggu ni. ARGHHH!!!Untuk rekod, Fabianski (injured 2 bulan), Nasri ( 7 minggu lagi), Rosicky (sendiri mau paham la..), Walcott( elok tapi tak elok lagi..), Djourou (sebulan) dan Vela(sebulan) merupakan pesakit-pesakit yang bakal menemani Cesc di rumah sakit nanti.

Dengan ketiadaan Nasri, Rosicky,Fabregas dan Walcott, tugas besar menanti Mr Arsenal, Robin van Persie. Harap-harap Cesc mampu mencipta kejutan sebelum perlawanan ni nanti. OK..awal pagi esok Arsenal akan berdepan dengan cabaran Celtic untuk memastikan tempat di Champions League musim ni. Dengan kelebihan 2 away goal, Arsenal mungkin akan menurunkan skuad Carling Cup bagi merehatkan pemain-pemain utama yang perlu menyimpan tenaga bagi misi balas dendam hujung minggu ni. Aku budget Arsenal menang tipis 1-0.

Once A Gunner, Always A Gunner..

Sunday 23 August 2009

Warmup dah habis.....Bring on Man Utd!!!

Baru sahaja dua perlawanan berlalu, Arsenal dah mula mengganas dengan menjaringkan 10 gol. Kemenangan semalam diharap dapat menyampaikan mesej yang jelas kepada pengkritik-pengkritik setia the Gunners yang sibuk nak menidakkan peluang Arsenal untuk kekal di kelompok Big 4 musim ni. Mungkin terlalu awal untuk mendabik dada tapi dirasakan pasukan yang ada sekarang ni mampu membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala season ni. In Arsenal We Trust!!

ALMUNIA
SAGNA -- VERMAELEN -- GALLAS -- GIBBS
FABREGAS -- DENILSON
ARSHAVIN -- ABOU -- EDUARDO
RVP

Walaupun berkesudahan 4-1, Arsenal sepatutnya menang dengan margin yang lebih besar jika dilihat pada penguasaan bola dan attempt on target. David James sememangnya layak diberikan pujian disebabkan beberapa saves dari keeper England ni yang berjaya menyelamatkan Pompey dari dimalukan dengan jumlah gol yang lebih besar. Gol pertama dan kedua disumbat oleh Varisikki Abou Diaby hasil assist dari Eduardo dan Eboue. Gerakan Eduardo untuk gol pertama berjaya meyakinkan aku yang pemain Croatia ni dah kembali menemui sentuhan berbisanya. Dengan ketiadaan Nasri dan Rosicky kita sememangnya memerlukan seorang pemain kreatif macam Dudu. Walaupun Pompey cuba memberikan saingan dengan menyumbat gol menerusi Kaboul, Arsenal terus mengganas dengan gol ketiga menerusi GALLAS!!! 3 gol dalam 3 perlawanan. Komentator sempat melawak dengan mengatakan jersi no.10 memang sesuai diberikan kat mamat ni. Gol keempat merupakan gol favorite aku. Through pass kapten Robin berjaya disambut Rambo Ramsey yang tenang menyudahkan gerakan untuk gol keempat the Gunners. "Game Over..Mana Man Utd??" tanya Arsene Wenger.huhuhu..


Rating @ 3M : Almunia (6) Sagna (6) Vermaelen (6) Gallas (7) Gibbs (6) Denilson (6) Fabregas (6) Arshavin (6) Diaby (8) Eduardo (7) RVP (7.5)

Once A Gunner, Always A Gunner..

Thursday 20 August 2009

Sepakat Membawa Berkat

Sebaik sahaja Toure dan Adebayor dijual, ramai yang menidakkan peluang Arsenal untuk menjulang sebarang piala musim ni. Tapi Arsene Wenger cukup yakin dengan tindakannya. Nampaknya dia betul lagi. Arsene Knows!! Akhirnya die memecahkan kebuntuan di sebalik misteri di sebalik penjualan dua pemain tu. Pertelingkahan Bendtner-Ade dan Gallas-Toure sememangnya menganggu keharmonian di bilik persalinan Arsenal sepanjang musim lepas. Apatah lagi dengan beberapa episod kekalahan kepada team-team bawahan, situasi bertambah buruk. Saling tunding-menunding berlaku dan sekali gus memberikan peluang kepada pihak media untuk menghentam Arsenal. Ianya berhasil. Tiada piala yang dijulang Arsenal musim lepas. Jadi professor telah mengatur Plan B untuk mengatasi masalah yang boleh dikategorikan Tahap 5 ni. Toure dan Ade dijual tanpa berfikir panjang. Hasilnya??!! Setakat ni dah 3 player yang secara terbuka mengakui betapa langkah Wenger itu berjaya mengembalikan keharmonian dalam bilik persalinan Arsenal mahupun atas padang. Persefahaman antara pemain-pemain dilihat semakin baik dan semangat ke"Arsenal"an semakin mantap. Bravo Prof..You are the best!!

Andai ditanya pada peminat-peminat Arsenal, aku berani jamin hampir kesemua mereka akan menamakan Robin van Persie sebagai pemain yang layak diberi gelaran Mr.Arsenal. Komitmen dan kesungguhan yang dipamerkan pemain senior ni amat mengagumkan. Walaupun masih belum meledakkan sebarang gol untuk musim ni, setiap gol Arsenal pasti akan ade sentuhan pemain Belanda ni. Kombinasinya dengan Arshavin semakin mantap dan kemampuannya untuk menghasilkan peluang menjaringkan gol bagi rakan-rakan sepasukan sememangnya tak dapat disangkal lagi. Persie mengakui betapa dia semakin selesa dengan pasukan jelmaan baru musim ni. Dia juga mengakui betapa semangat berpasukan yang selama ni agak pudar di Emirates kini berjaya dikembalikan. Van Persie yang sememangnya dah sebati dengan corak permainan Arsene Wenger mengakui die sikit pun tak heran sebab tak score lagi. Sebaliknya die berbangga dengan sumbangannya terhadap pasukan. Sejak pemergian Henry, van Persie berjaya mengisi kekosongan tersebut. Mamat ni jugak sering mengingatkan aku pada lagenda Gunners, Dennis Bergkamp. Selamba, touch yang penuh class, low profile dan komited. Harap-harap dia akan kekal di Emirates dan terus memberi sumbangan pada Arsenal.


"Aku fobia!!" luah Georgios Samaras setelah tamatnya perlawanan Celtic vs Arsenal. Die tanpa segan silu mengakui Celtic sememangnya bukan lawan yang sesuai bagi Arsenal. Samaras yang pernah beraksi untuk Manchester City membayangkan laluan yang lebih sukar menanti pasukannya di Emirates. Corak permainan yang jauh berbeza menjadikan usaha Celtic untuk mengekang serangan bertali arus dari Arsenal semakin sukar. Kenyataan Samaras ini semestinya mengecewakan Tony Mowbray yang sebelum ini melaungkan keyakinan untuk menembusi gawang Arsenal di Emirates pada return leg nanti. Namun Samaras mengakui Celtic cuba berusaha untuk membina pasukan ala Arsenal's way. Die juga mengakui usaha ini sememangnya sukar dan bakal mengambil masa yang lama. Kalau menjadi ianya pasti mengangkat reputasi Mowbray selaku "The New Wenger".

Once A Gunner, Always A Gunner..

Wednesday 19 August 2009

Opss...Sorry tak sengaje...

Ayat kat atas ni lah yang mungkin dikatakan oleh Gallas dan Clichy selepas tamatnya perlawanan Celtic vs Arsenal semalam. Arsenal menang 2-0 seperti yang aku predict dan memacakkan sebelah kaki di pusingan akhir CL. Return leg di Emirates pastinya seperti mendaki Everest bagi pemain-pemain Celtic.


Gol pertama hasil jaringan William Gallas sememangnya highlight sepanjang match ni. Entah dari mana bekas kapten ni muncul untuk deflect freekick Cesc Fabregas bagi gol pertama Arsenal. Memang agak pelik tapi berbaloi la kalau tengok cara Arsenal dominate match awal pagi tadi ni. Separuh masa kedua memang milik Arsenal. Celtic dilihat seolah-olah hilang idea dan agak gopoh. Kesungguhan pemain-pemain Arsenal layak diberi pujian terutamanya Vermaelen, Gallas, Clichy, Fabregas dan Song. Song sekali lagi membuktikan betapa slot DM kini adalah miliknya. Cukup commanding dan komited sepanjang perlawanan tapi sekali-sekala ada gak terlepas bola. Gol kedua takde ape sangat nak diceritakan. Dah name pun own goal. Tapi gerakan Clichy sebelum gol tu memang smart dan meyakinkan. Mungkin satu amaran bagi Kieran Gibbs untuk menggandakan usahanya untuk merampas posisi pemain "senior" Arsenal ni.


Jadi, impian untuk beraksi di Champions League kini semakin hampir dan diharap takde sebarang kesilapan yang bakal dilakukan oleh pemain-pemain Arsenal masa return leg nanti. Walau ape pun, hujung minggu ni cabaran Portsemut menanti anak muda the Gunners. Ayuh teruskan rentak kemenangan!!

Once A Gunner, Always A Gunner..

Tuesday 18 August 2009

Ayuh kembali ke dunia sebenar!!!

Keputusan 6-1 tempoh hari sememangnya sesuatu yang sangat menggembirakan. Tapi ini bukannya masa untuk bersuka-suka atau melayang-layang dalam fantasi bagi pemain-pemain muda the Gunners. Misi seterusnya terhidang malam ni menentang kelab Scotland, Celtic yang sekarang ni dibimbing oleh bekas pengurus West Brom, Tony Mowbray.

Turun selaku pendahulu liga Inggeris sememangnya suatu tekanan bagi pemain-pemain the Gunners tapi Mr Wenger yakin spesimen-spesimen eksperimennya mampu mendiamkan sorakan penyokong-penyokong Celtic dan pulang dengan 3 mata penuh dari Glasgow. Walau apa pun harus diingat bahawa Celtic bukanlah kelab picisan dan boleh dibenam semudah Everton. Memiliki pengalaman dan penyokong-penyokong fanatik yang mampu menggerunkan lawan. Itulah yang menceritakan pasukan gergasi Scotland ini.

Selepas kemenangan besar menentang Everton, Arsenal seharusnya mampu meneruskan tempo kemenangan. Kemunculan Thomas Vermaelen minggu lepas menerima pujian melambung dari pelbagai pihak sehinggakan ada yang mengatakan dialah "missing piece" dalam team Arsenal selama ni. Mana taknye, tackle-tackle ganas dan clearance heading mamat ni amat menyakinkan dan menggerunkan. Diharap die dapat memainkan peranan yang sama awal pagi esok demi mengesahkan tiket ke Champions League.

Ok..seperti biase, prediction 3M : Celtic 0 Arsenal 2...

Once A Gunner, Always A Gunner...

Sunday 16 August 2009

6 Stars Arsenal...!!!


Cemerlang...Gemilang...Terbilang..Itulah rumusan daripada match Arsenal sebentar tadi...Cukup mantap dan meyakinkan. Pada mulanya nampak menggerunkan melihat pada formation yang diatur Arsene Wenger. Tapi ianya jelas berhasil.


Almunia


Sagna--Gallas--Vermaelen--Clichy


Denilson--Fabregas--Song


Bendtner--Arshavin


RVP


Arsenal berjaya membolosi gawang Tim Howard sebanyak 6 kali menerusi Denilson, Vermaelen, Gallas, Fabregas (2X) dan EDUARDO. Walaupun turun tanpa Nasri dan Rosicky, Arsenal langsung tak menunjukkan kepincangan di bahagian midfield. Pujian harus diberikan pada Song. Pemian Cameroon ini sememangnya layak diberi penghargaan dan jika dilihat pada permainannya dalam match ni, die layak berada dalam kesebelasan utama Arsenal. Muka baru, Thomas Vermaelen sememangnya mencuri tumpuan. Bukan saja sebab gol yang dijaringkan, tapi kebolehannya untuk mematahkan gerkaan lawan dan tackle-tackle beraninya merupakan sesuatu yang selama ini ditagih peminat-peminat Arsenal yang dah naik jemu dengan defend lemau. Ketiadaan Toure tidak dirasai dan ketiadaan Adebayor lagi la plak.


Gol dari Eduardo merupakan highlight untuk match ni. Pemain tabah dari Croatia ni layak diberi standing ovation. Cukup komited dan profesional. Aku yakin kalau musim ni dia dapat kekalkan prestasi dan kurang kecederaan, die bakal menjadi antara mesin gol utama the Gunners selain RVP dan Arshavin. Welcome Back Dudu!!

Rating @ 3M : Almunia (8) , Sagna (7), Gallas(8) , Mael(8), Clichy (7), Song(8), Denilson(8), Fabregas(9), Bendtner(7), Arshavin(7), van Persie (8) Sub: Dudu(7), Ramsey(6), Eboue(6)

Once A Gunner, Always A Gunner..

Saturday 15 August 2009

Pre Match Prediction-EPL 09/10

Takmau cakap banyak la...Arsenal menang 3-1

Once A Gunner, Always A Gunner..

Tuesday 11 August 2009

25j (Ade) = 15j (Hangeland) + 10j (Chamakh)

Rumus kat atas ni mungkin nampak simple untuk kite. Tapi bagi Wenger ianya merupakan satu rumus yang cukup rumit dan memerlukan berminggu-minggu untuk diselesaikan. Itulah hakikatnya. Kita yang melihat dari luar memang rasa segala-galanya dapat diselesaikan dengan mudah tapi hanya mereka yang terlibat secara langsung je yang tahu apa kesan jangka masa panjangnya. Jadi kita harapkan Professor dapat mencari jalan penyelesaian sesegera yang mungkin sebelum Peristiwa Hull berulang lagi musim depan.

Selepas Hangelaand seorang lagi pemain pertahanan dikaitkan dengan Arsenal. Pemain berusia 20 tahun, Neven Subotic yang kini beraksi untuk kelab Jerman Borrusia Dortmund dikatakan berada dalam radar Arsene Wenger. Masih belum ada sebarang bid rasmi tapi difahamkan Everton juga mengikuti perkembangan pemain Serbia ini. Dengan pemergian Toure tiada lagi pilihan untuk Wenger selain untuk mendapatkan pemain pertahanan baru. Tapi kalau ikutkan ayat die hari tu, pemain pertahanan hanya akan dibeli sekiranya Senderos mengambil langkah untuk berpindah.

Perkembangan kes Chamakh menemui satu lagi turning point!! Selepas Sunderland menyatakan minta mereka terhadap pemain Morocco ini, kini tiba giliran West Ham pula untuk masuk meminang Maroune Chamakh. Chamakh secara terang-terangan telah menyatakan bahawa Arsenal merupakan kelab pilihan pertamanya andai die hendak keluar dari Bordeoux.

Patrick Vieira pula mengambil keputusan untuk terus kekal bersama Inter Milan setelah tiada tawaran rasmi dari Arsenal untuk mendapatkan kembali khidmatnya. Spurs juga terpaksa berputih mata setelah Vieira sama sekali tidak melayan sebarang offer dari mereka. Bravo Patrick!!

Once A Gunner, Always A Gunner..

Monday 10 August 2009

Janggut pun dah tumbuh da....

Tunggu punya tunggu aku dah naik bosan dengan kerenah bos Arsenal, Arsene Wenger yang terlebih cool dengan melengah-lengahkan pembelian pemain baru (kalau ada). Minggu lepas kita didatangi oleh berita gembira konon-kononnya bekas kapten Gunners, Vieira akan dibawa pulang ke Emirates. Tapi segala-galanya jelas sekadar gossip liar. Wenger menidakkan berita tersebut dan mengutarakan keinginannya untuk melihat pemain-pemain "SENIOR"seperti RVP dan Fabregas menjadi leader di changing room musim akan datang.

So, kesimpulannya lupakan pembelian baru sebab aku dah mula rasa yang Wenger kini berada dalam zon selesanya dan merasakan dia dah ada skuad lengkap untuk musim akan datang. Kecederaan Rosicky dan Nasri sememangnya merupakan wake up call untuk Wenger tapi boss Arsenal ni langsung tak kasi layan ngan isu-isu macam ni. Memang pelik tapi kalau dah support Arsenal ni lah lumrah die. Tapi tak semestinya takkan ada player baru langsung sebab aku yakin Wenger takkan begitu selamba untuk mengharungi musim baru dengan skuad yang pincang.

Perlawanan persahabatan terakhir Arsenal berkesudahan dengan kekalahan. Valencia berjaya membenam Arsenal dengan dua bijik gol di babak kedua perlawanan sebaik saja Wenger wat strategi "Jom Main Main". Hampir kesemua pemain-pemain penting dikeluarkan dan ianya membenarkan Valencia mencuri ruang untuk menyumbat 2 gol yang agak menyakitkan hati. Diharap match tu sekadar 1 dalam 1000.

Kelayakan Champions League yang bakal berlangsung hujung bulan ini bakal melagakan 2 pasukan gergasi British, Arsenal dan Celtic. Walaupun rata-rata menyatakan Arsenal mampu menumbangkan Celtic, kita seharusnya lebih berhati-hati kerana Celtic bukanlah pasukan cikai yang boleh ditumpaskan semudah itu. Bos Mancis, Mark Hughes juga mengakui betapa perlawanan ini bakal menyaksikan dua pasukan yang mempunyai stamina peringkat dewa bertembung sesama sendiri. Mark Hughes juga mengakui tugas sukar menanti Celtic yang bakal menghadapi kesukaran menandingi passing game Arsenal. Harap-harap Arsenal bakal melepasi halangan Celtic dan mengesahkan tiket ke peringkat kumpulan Champions League.

Once A Gunner, Always A Gunner..

Sunday 2 August 2009

BERCUTI...Ho Ho Ho....!!

Untuk makluman pengunjung MeriamMalaysia, penulis akan bercuti selama seminggu. Diharap semua dapat update latest result untuk Emirates Cup dalam Konti MEriam...See ya Guys

The Russian Show....

WOW!!!!! Setelah sekian lama menanti akhirnya Arsenal kembali ke prestasi terbaik malam semalam. Walaupun bolos satu gol, secara keseluruhannya memang Arsenal yang layak pulang dengan 4 mata(format Emirates Cup). Dua gol dari Andrey Arshavin memaksa Atlethico Madrid untuk pulang ke Sepanyol dengan tangan kosong.


Banyak betul perkara-perkara positif yang dapat dilihat dalam game semalam. Yang paling penting ialah aksi mantap Jack Wilshere dan kekebalan Johann Djourou. Jack memang sudah semakin hampir dengan skuad utama Arsenal dan aku jangkakan musim depan dia bakal menyelinap masuk ke skuad utama. Cukup selamba dan bijak mengatur gerakan. Gandingan Wilshere dan Fabregas mungkin dapat menandingi kehebatan pasangan Xavi dan Iniesta. Jack beraksi cemerlang di bahagian kiri dan pastinya mengundang rasa cemas bagi Theo Walcott. Kalau dibandingkan Jack dan Walcott aku rasa decision making Jack lebih bagus dari Walcott. Tapi bab speed memang Walcott yang terbaik. Kemunculan semula Tomas Rosicky merupakan satu lagi berita baik dalam match semalam. Beraksi dengan cemerlang sebelum dikeluarkan pada separuh masa kedua. Mungkin untuk memberikan masa untuknya mengembalikan fitness yang selama ni tercicir kat Rumah Sakit Emirates.

Berbaki satu perlawanan menentang Rangers, Arsenal kini merupakan favorite untuk menjulang Emirates Cup. Persembahan malam tadi merupakan sesuatu yang pasti dinanti-nantikan oleh semua peminat Arsenal dan diharap ianya akan berterusan sepanjang musim depan.

Once A Gunner, Always A Gunner..

Friday 31 July 2009

Buang Yang Keruh, Ambil Yang Jernih

Ape yang keruh??? Ape yang jernih?? Relax arr bro...Ni nak citer la ni..Macam yang kite semua sedia maklum pemergian Emmanuel Adebayor dan Kolo Toure menyukarkan lagi peluang the Gunners untuk menyaingi kelab-kelab top 3 yang lain seperti ShellSea, Mansjeriter United dan Live A Fool. Kalau diperhatikan elok-elok, setiap langkah yang diambil Arsene Wenger pasti akan ada agenda tersembunyi. Cuba rewind musim lepas, tengah performance Arsenal terumbang-ambing, Wenger dengan selamba membawa masuk seorang je player (Arshavin) untuk menguatkan skuad. Dan ternyata itulah keputusan yang betul dan tepat. Kehadiran Arshavin jelas mengubah aura di Emirates dan sekaligus membawa Arsenal kembali ke persada Top 4. Pada awalnya ramai yang menghentam keegoan Wenger yang konon-kononnya telah hilang sengat. Ada yang berpendapat kehadiran Arshavin seorang saja takkan mampu mengubah apa-apa. Tapi mereka ternyata salah dan Wenger berjaya membuktikan bahawa die masih merupakan master of tacticians di England mahupun di seluruh pelosok dunia. Bukan overrating tapi itulah hakikat.


Berbalik pada topik kita, tindakan Wenger untuk menjual Ade dan Toure juga ada rasionalnya. Seperti yang kite sedia maklum Ade memang dah lama hilang fokus kat Arsenal. Kenyataan-kenyataan tak bertamadunnya mengenai prospek perpindahan ke AC Milan merupakan titik permulaan perasaan kurang puas hati peminat-peminat. Hubungan tegangnya dengan Bendtner juga mungkin memudahkan lagi Wenger untuk membuat keputusan untuk menjual penyerang Togo itu. Wenger jelas ingin mengembalikan keharmonian di bilik persalinan Emirates. Ketiadaan Ade bukan sahaja membuka laluan untuk Bendtner tetapi juga mengembalikan keharmonian di kalangan pemain-pemain. Ade juga memiliki rekod hitam dalam hubungannya bersama pengurus-pengurusnya sebelum ni. Masa kat Monaco die pernah kutuk manager disebabkan isu kenaikan gaji dan manager Togo juga pernah menjadi mangsa kutukan pemain tinggi lampai Togo ini. Toure plak sememangnya dah lama hilang minat dengan Arsenal. Pelantikan Gallas selaku kapten jelas mengecewakan bekas pemain Arsenal itu. Salah faham yang wujud antara Toure dan Gallas juga antara punca ketidak tenteraman kem Arsenal. Jadi diharap dengan penjualan Toure, Gallas dapat memberikan persembahan yang lebih baik dan bertenaga.


Jadi jika dilihat pada agenda tersembunyi ini, pastinya Wenger sekali lagi mengambil keputusan yang tepat. Pengurus Ranger juga melahirkan rasa kagumnya terhadap pengurus Arsenal ini. Dia juga mengakui betapa die sedang mengkaji konsep pengurusan Wenger yang baginya terbaik di dunia. Walaupun mengharungi krisis ekonomi, hutang stadium baru dan krisis pemegang saham, Wenger cukup selamba dan tenang dalam mengambil keputusan. Dia juga tidak pernah mengharapkan sebarang dana dari tokey-tokey minyak dan pak arab untuk mengaut mana-mana pemain dengan harga yang tak masuk akal. Mungkin itulah yang membuatkan ramai pengurus-pengurus di serata dunia kagum dengannya. Long Live Arsene..


Once A Gunner, Always A Gunner..

Thursday 30 July 2009

Hannover 09 0 - Arsenal 1



Captain Cesc is back!!! Jaringan sulung Cesc Fabregas seawal minit ke-8 membantu Arsenal untuk meneruskan rentak kemenangan pre-season awal pagi tadi. Passing smart dari Robin van Persie disudahkan dengan mudah oleh kapten Arsenal yang kelihatan berada dalam top form. Tapi yang mencuri tumpuan aku dalam match ni ialah aksi meyakinkan penjaga gol muda, Wojciech Szczesny. Lepas tengok match ni aku rate die lebih baik dari Almunia. Tapi mungkin masih tak cukup pengalaman dan pendedahan di peringkat tertinggi. Tapi memang cukup meyakinkan dan cukup berani mamat yang memiliki nama yang pelik ni. Mungkin cabaran yang lebih hebat menanti Lukasz Fabianski. Walaupun memberi tentangan hebat, Hannover 96 jelas bukan tandingan Arsenal. Tapi yang menjadi misteri ialah ketiadaan Rosicky. Harap-harap sekadar diberi masa untuk berehat. Seterusnya Emirates Cup menanti Arsenal hujung minggu ni. Diharap rentak kemenangan dapat diteruskan.

Yang ni pun berita yang same gak.."Captain is back!!"huhu..Sedap didengar tapi tak tau la realiti atau fantasi paparazi. Bekas kapten Arsenal, Patrick Vieira dikaitkan dengan episod jejak kasih bersama the Gunners. Arsene Wenger dikatakan masih menyimpan hasrat untuk membawa lagenda the Gunners ni kembali ke Emirates. Walaupun bukan Arsene s Style, ianya mungkin opsyen terbaik bagi Arsenal. Memang jelas yang pemergian Vieira masih tak dapat diterima kebanyakan peminat Arsenal yang merasakan masih belum ada pengganti baginya dalam skuad sekarang ni. Tapi berita ni aku rase setakat rumours je. Tapi kalau jadi pun ok gak tu!!!

Eh eh...Unta lar....Yup...penyerang Belanda ni kembali dikaitkan dengan Arsenal selepas Spurs dilihat telah hilang minat pada mamat ni lepas mendapatkan khidmat si Galah Panjang Crouch. 15 juta yang diperoleh melalui penjualan Toure dilihat sudah cukup untuk membiayai kos untuk mendapatkan Huntelaar. Namun apakah rasionalnya untuk membeli penyerang sedangkan yang kronik sekarang ni defensive midfielder??!! Lu pikirlah sendiri! Walau ape pun aku yakin selagi pemain tu ada kualiti, mereka sentiasa dialu-alukan oleh the Gunners. Prospek untuk bergandingan dengan Robin van Persie sememangnya sesuatu yang cukup menarik untuk Huntelaar. Tapi sorry arr Bro, "we got Eduardo da Silva..la..la..laa..la.."

Tahukah Anda?? Do You Know? Berapakah keuntungan yang dikaut oleh Arsenal hasil penjualan Kolo Toure? 14.85 juta!!! Pemain Ivory Coast yang dijual kepada Man City dengan harga 15 juta tu sebenarnya dibeli oleh Arsenal dari kelab Beveren (Belgium) dengan harga 150,000..diulang 150,000. Secara matematiknya memang satu percaturan yang cukup genius tapi secara taktikalnya agak menggerunkan. Tapi diharap pengganti Kolo Toure, Thomas Vermaelen dapat mengubati rindu peminat-peminat Arsenal terhadap pemain era the Invicebles itu. Satu lagi berita terkini ialah mengenai Maroune Chamakh yang kembali menggoda Arsene Wenger. Chamakh dikatakan kurang berminat dengan perpindan ke kelab "KECIL" Sunderland. Dalam diam-diam die dikatakan masih menaruh harapan untuk ke Emirates Stadium. Tapi kalau ikutkan pemerhatian aku terhadap Chamakh dan Huntelaar(pergh!!!), dirasakan Huntelaar merupakan pemain yang lebih dikehendaki Arsenal. Chamakh sekadar average dan masih perlu banyak belajar lebih-lebih lagi bab finishing yang amat ketara. Huntelaar merupakan pemain yang lebih direct dan mampu membaca gerakan dengan lebih pantas. Bab finishing, first touch, control dan heading memang Huntelaar jauh lebih bagus dari Chamakh. Tapi bab speed memang Chamakh lagi bagus dari Huntelaar. Tapi adakah salah seorang antara mereka akan menjadi Gunners musim depan?? Tepuk dada Wenger, Tanya Selera....

Fixtures Arsenal untuk Bulan Ogos
Ahad, 16-Ogos
Everton v Arsenal (12.30pagi waktu Malaysia)
Rabu, 19-Ogos
Arsenal v Bolton (2.45pagi waktu Malaysia)
Sabtu, 22-Ogos
Arsenal v Portsmouth (11.00malam waktu Malaysia)
Ahad, 30-Ogos
Man Utd v Arsenal (12.15pagi waktu Malaysia)

Once A Gunner, Always A Gunner..

Wednesday 29 July 2009

Ade...Toure...Next??

OH TIDAK!!! Mungkin itulah reaksi korang bile dengar hot news ni. Man City nampaknya masih tak puas hati dalam mengebas player-player Arsenal. Lepas Adebayor sekarang giliran Kolo Toure pulak. Memang cukup berat hati nak terima pemergian pemain generasi the Invicibles ni. Berbanding dengan Adebayor, Toure cukup profesional dan memang susah untuk kutuk die walaupun keputusan yang diambilnya untuk menyertai Geng Jahat ni. Kite harapkan die cepat kaya di Man City dan kemungkinan besar takkan menang ape-ape trofi. Thanks for everything..

Aku nak jual lagi 5 orang..Cube teka sape??

Ok...Berbalik kita kat Arsenal...Ape nak jadi nih??!!! Lepaskan 2 player yang bolehlah diconsider sebagai penting tapi beli seorang jer. Duit yang masuk langsung tak disentuh. Mr Wenger....What s going on? Memetik kata-kata Profesor beberapa minggu lepas,"Kalau nak beli player, aku beli sebelum pre-season start. Lepas pre-season start aku akan fokus kat season baru jer...Malas nak pikir-pikir". Kalau diikutkan pada kenyataan Mr Wenger ni, bermaksud memang takkan ade sebarang pemain baru yang akan dibeli. Tapi awal-awal die dah bagitau yang season depan ni merupakan masa terbaik untuk produk akademi Arsenal (Wilshere, Frimpong, Gibbs and the Gang) untuk diserap ke skuad utama. Mungkin dengan keyakinan itulah die berani melepaskan pemain-pemain utama. Tapi kalau ikutkan logik, 15 juta untuk pemain yang berusia 28 tahun adalah satu deal yang marvellous. Dengan kehadiran Vermaelen dan Senderos, Toure mungkin merasakan masanya telah tiba untuk keluar mencari kekayaan. Tapi yang tak logiknya, Arsene Wenger seperti biasa mengakui skuadnya sudah cukup depth dan tak perlukan pemain-pemain baru.


Dua tiga menjak ni aku semakin kagum dengan RB kita, Mr Bakary Sagna. Tengah semua orang sibuk cakap benda-benda negatif pasal Arsenal, pemain berambut biji sawit muda ni dengan penuh yakin menyatakan betapa dia yakin team Arsenal yang ade sekarang ni dah cukup bagus. Dalam pada masa yang sama Sagna turut memuji pemain baru Arsenal, Thomas Vermaelen. Sagna mengakui yang die sekarang dah mula jadi peminat Mael disebabkan kesungguhan dan skil mantap pemain antarabangsa Belgium itu. Sagna mengakui passing Mael cukup hebat dan yakin bahawa pemain itu akan menjadi nadi utama di bahagian pertahanan Arsenal musim depan.

cari benda tersembunyi..huhuhuhu

Once A Gunner, Always A Gunner..

Tuesday 28 July 2009

Szombathelyi Haladas...cam mane nak sebut ni??

PESTA GOL Arsenal berterusan awal pagi tadi dengan kemenangan 5-0 ke atas pasukan yang susah nak sebut name die nie. Eduardo da Silva dan Bendtner meledakkan 2 gol masing-masing sebelum kapten Robin van Persie menamatkan pesta dengan gol terakhir hasil tendangan penalti selepas Bendtner dijatuhkan penjaga gol Haladas. Kemenangan yang sangat penting dalam membina keyakinan pemain-pemain sebelum memulakan musim baru. Positifnya dalam perlawanan ni ialah aksi meyakinkan pemain kecik-kecik cili api, Jack Wilshere. Dua kali pemain England ni hampir-hampir mengegar jaring. Masih banyak lagi yang boleh kita harapkan dari pemain muda ni. Bagus..Bagus..

Dalam masa yang sama, berita kurang baik kedengaran di kem Mancis Cik Siti yang konon-kononnya dah berjaya mendapatkan khidmat pemain veteran Arsenal, Kolo Toure. Kesahihannya masih belum dapat dibuktikan tapi dikatakan Man City sedia melabur 15 juta untuk khidmat Toure. Toure dikatakan bakal dibayar sebanyak 120k seminggu iaitu 2 kali ganda gajinya di Arsenal. Untuk rekod, Toure dibeli oleh Wenger dengan harga kurang dari 1 juta (kalau tak silap 500k jer...). Memang satu deal yang menguntungkan tapi kesan jangka masa panjangnya amat menggerunkan. Mungkinkah Wenger dah ada pelan B nya yang tersendiri?? Who Knows??!! Walau ape pun keputusan Toure, aku pasti akan diterima oleh peminat-peminat walaupun agak sukar dan menyakitkan hati.

Jiran Arsenal, Spurs nampaknya dah hilang idea untuk cari pasal dengan Arsenal. Terbaru, manager Spurs, Si Harry Redknapp menyatakan keinginannya untuk membawa masuk bekas kapten Arsenal, Patrick Vieira ke White Hart Lane. Masih tiada sebarang kenyataan rasmi dari pihak Vieira, tapi diharap pemain lagenda Arsenal tu takkan buat sebarang keputusan kontroversi. Isu Vieira ni juga turut menarik minat bekas pemain Arsenal, Thierry Henry yang terang-terang menyatakan betapa die tak setuju Vieira berpindah ke Spurs. Henry menyatakan die masih lagi true Gunners dan takkan walau sekalipun menyokong Spurs atau membantu Spurs dalam ape jua cara sekalipun.

Once A Gunner, Always A Gunner...

Saturday 25 July 2009

Lawak Rosicky

Tengah bosan-bosan layan Youtube, aku terjumpa clip kelakar kat bawah ni....Enjoy

Once A Gunner, Always A Gunner..

Friday 24 July 2009

July Fool!!

MeriamMalaysia memohon maaf di atas laporan palsu yang dikeluarkan dalam blog ni semalam. Berita kecederaan Eduardo da Silva yang dilaporkan semalam ialah 100% penipuan dan direka oleh individu-individu yang dengki@busuk hati@busuk mulut@busuk badan demi menimbulkan kekalutan di kalangan peminat-peminat Arsenal. Sebaliknya Dudu dilaporkan cergas dan berada pada terbaik dan bakal diturunkan dalam perlawanan persahabatan seterusnya menentang Szombathelyi Haladas. Sememangnya satu berita yang cukup menggembirakan.


Kalau pose camnie dieorg percaye tak aku tak injured??


Relax bro...aku pun tak paham apesal dieorg suke sgt ko injured..Dengki la kot..


Bercerita pasal mulut busuk...kite ade seorang lagi si mulut busuk yang memang tak reti nak diam. Sape lagi kalau bukan si Bayor yang dah melarikan diri demi wang ke Man City. Pasal die blah tu aku tak heran langsung tapi tindakan die lepas tu yang sedikit sebanyak mengundang rase menyampah aku kat die ni. Tak habis-habis nak kutuk fans Arsenal yang memaksa die lari dari Arsenal. Memang sah yang die tak pernah tengok balik game yang die main. Die memang overrated dan overpayed. Selayaknya dijual atau dihalau keluar dari team macam Arsenal yang hanya inginkan pemain yang komited dan berkualiti. Memanglah masih muda mamat ni, tapi masalahnya mulut macam #@#!@#!!! Memanjang bising nak blah jer. Tu yang kene halau tu. Jangan samakan diri ko dengan Fab. Fab tu kes lain. Asal die Barca, so itu yang die kata AKAN balik ke sana SATU HARI NANTI. Tapi sampai sekarang die masih komited kat Arsenal dan tak pernah nak declare yang die nak blah (setakat ni semuanya gossip2 liar media jer...bukan dari mulut Fab). So ini mungkin kali terakhir aku akan komen pasal Si Bayor dari Togo ni. Dah naik bosan aku nak kutuk die ni. Hakikatnya die memang tak layak kat Arsenal sebab tak profesional, tak komited, prestasi merudum, gila duit dan banyak cakap.

Korang nampak Diaby tak??

18Jul
Pre-season FriendlyABarnet2 2
21Jul
Pre-season FriendlyASC Columbia
7 1
27Jul
Pre-season FriendlyASzombathelyi H.

5


29Jul
Pre-season FriendlyAHannover 96 01:00am

01Aug
Emirates CupHAtletico Madrid 11:15pm

02Aug
Emirates CupHRangers 11:1pm

08Aug
Pre-season FriendlyAValencia 03:30am

Once A Gunner, Always A Gunner.