Thursday 25 June 2009

Impak Maksima Part 2

Impak Maksima!! Itulah komen Wenger berkenaan sumbangan Gazidis sejak ketibaanya dari USA. Kejayaan Gazidis dalam mendapatkan khidmat Arshavin dan Vermaelen merupakan sesuatu yang boleh dibanggakan dengan keadaan Arsenal yang cukup berjimat-cermat. Wenger juga menyatakan dia dan Gazidis kini cukup selesa berurusan lebih-lebih lagi dengan sikap keterbukaan Gazidis yang sanggup turun lunch bersama sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu demi memastikan boss Arsenal itu selesa dan tidak mempunyai apa-apa masalah. Hats Off Gazidis. Diharapkan gandingan GaziWenger ini akan menghasilkan kejayaan yang diimpikan oleh semua peminat Arsenal musim depan.



GELI MAT!!!! Itulah mesej yang ingin disampaikan kepada kapten Fabregas yang sekarang ni tengah frust disebabkan kekalahan mengejut Spain awal pagi tadi. Komen yang tak henti-henti mengenai masa depannya di Arsenal cukup memualkan dan menggelikan. Kenapa tak hormati kontrak dan cuba fokus kat team yang ko wakili sekarang. Sibuk nak fikir pasal nak pindah balik gi Barca la. Tak kisah nak gi Real Madrid la. Sama ada kenyataan ni keluar dari mulut dia atau dari mulut die sendiri, aku rasa die patut tamatkan semua spekulasi ni dengan buat kenyataan umum yang die akan stay kat Arsenal dan takde minat nak lari mane-mane. Ape je yang ko dah capai kat Arsenal?? Fikir-fikirkan lah Cesc. Kat Barca pun tempat ko kat sub bench yang Hleb akan kosongkan season depan. Silap-silap lepas satu season ko akan dicampak gi mana-mana kelab Spain yang lain takpun Man City akan tabur duit kat kau. Takkan ke mana punya la.


Diam tandanya setuju. Kalau kata-kata tu betul mungkin itulah yang cuba diaplikasikan oleh Adebayor yang due tige menjak ni langsung tak buka mulut berkenaan mimpi indahnya untuk beraksi di San Siro. Mungkin agak malu dengan jumlah kecil 25juta yang dijanjikan oleh AC Milan berbanding 80juta yang ditawarkan kat Ronaldo. Aku sebenarnya tak kisah Ade kekal musim depan sebab die ni kadang-kadang menggerunkan gak. Hampir 3 season berturut-turut gol Ade tersenarai dalam top 10 Best Goal of the Season. Cuma attitude mamat ni je yang agak menjengkelkan. Ubah la sikit Ade. Kate nak jadi cam Kanu. Kanu mane ade wat perangai camni dulu.


Once A Gunner, Always A Gunner.