Thursday 9 July 2009

Keputusan AWUNDI KELUAR...

Setelah persembahan semusim bersama Akademi Wenger (AW), terdapat beberapa tenaga pelajar yang gagal mengkoordinasi persembahan mereka dengan baik yang mengakibatkan mereka di AWUNDI KELUAR oleh peminat-peminat setia Akademi Wenger. Berita positifnya ialah tiada seorang pun pelajar yang mendapat undian 0%. Ok citer panjang2 pun tak guna kita tengok apa kata peminat dan juri profesional di akademi.

Nama Pelajar: Sheyi Emmanuel Adebayor
Asal: Togo
Posisi: Penyerang yang sering diserang peminat

Nasib tidak menyebelahi pemain Togo ini yang hanya mendapat undian 2% yang menunjukkan rata2 peminat tak heran pun kalau Ade dijual ke AC Milan dalam masa terdekat. Mana silapnya? Kita tanya Adlin Aman Ramli.

"Aku bukan ape bro...Ko punya skill menari memang aku respek. Tapi bab nak score
ni aku rase ko kena banyak buat homework. AW bayar ko untuk perform betul2 tapi
aku tak nampak kesungguhan ko la bro. Ko punye jiwa berkecamuk!! Ko macam tak
fokus kat performance ko. Mintak ko improve sikit bab tu je la bro. Satu lagi
pasal rambut ko. Aku rase ko kene simpan rambut panjang balik la. Sejak ko
potong rambut ni aku tengok performance ko memang drop. Kerana rambut badan
binasa la bro. Tu je la..Terima kasih"

Nama Pelajar: Emmanuel Eboue
Asal: Ivory Coast
Posisi: Macam-macam ada (Right Back,Right Winger,Diver,Dancer)

Nasib Eboue pun lebih kurang Ade jugak.. Hanya 2% saja yang akan terkejut sekiranya dia dijual ke Atletico Madrid (ke Fiorentina??!!). Apa kata Adlin?

"Hello Bro..Ok aku takde banyak komen pasal ko sebab musim ni
memang aku jarang nampak performance ko. Yang paling last aku nampak time ko
kena boo tu la. Tapi lepas tu ko main lagi kan? Siap score gol lagi. Bagus2 tapi
aku tak nampak feel ko mase perform. Selalu hilang fokus. Koordinasi ko dengan
performer2 yang lain tu pun tak cukup bagus. Ko tak sync dengan die orang. Ko
memang ade bakat tapi aku rase dalam masa yang diberi ni ko tak dapat establish
bakat ko tu. Rugi tu bro. Akademi ni bukan senang2 ko boleh stay lama2. Ape pun
kalau ko stay lagi minggu depan aku nak tengok ko betulkan mana-mana yang kureng
tu. Good Luck bro"


Nama Pelajar: William Eric Gallas
Asal: Perancis
Posisi: Pertahanan, bekas kapten, penendang papan iklan profesional

Walaupun ura-ura ni antara yang paling tak famous, namun masih ada 2% pengundi yang mengatakan mereka takkan terkejut sekiranya pemain antarabangsa Perancis ni dijual ke Inter Milan. Bekas kapten yang sekarang ni banyak menyepi dan kurang berkata-kata. Itulah William Gallas. Apa komen Adlin?

"Bang...Masa abang mula2 masuk akademi ni saya ingatkan abang
boleh lead pelajar-pelajar yang muda2 ni ke jalan yang benar. Tapi dari apa yang
saye tengok abang ni lagi banyak komplen dari buat kerja. Walaupun kadang-kadang
performance abang ni memang saya tabik, tapi kadang-kadang tu abang jadi
invisible. Lagi satu yang saya nak komen pasal hubungan abang dengan
pelajar-pelajar lain. Ape2 masalah dalaman kat akademi ni kite simpan antara
kite je bang. Ni bukan Akademi Fantasia nak bising2 bagitau orang luar. Abang
suke ke tak suke kat pelajar-pelajar lain abang kena bagitau pengetua dulu bang
sebelum nak go public. Ni isu integriti ni bang. Seboleh-bolehnya lepas ni abang
fokus kat performance abang dan lupakan nak cari publisiti. Tu je bang. Wa
respek lu."

Nama Pelajar: Phillipe Sylvain Senderos
Asal: Switzerland
Posisi: Pertahanan kot (??) tapi selalunya sekadar jadi pengutip bola untuk Drogba


Tahniah bagi Encik Senderos yang berjaya meyakinkan 4% pengundi supaya terkejut sekiranya dia dijual kepada Aistong Villa musim depan. Walaupun menghabiskan sepanjang musim lepas di AC Milah, nampaknya sahamnya di Arsenal masih belum drop. Kita serahkan pada pada juri kedua, Kak Ogy. Silakan...

"Dik...akak suka sangat dengan adik ni tau. Muka u ni memang
100% muka jambu. Tapi masalahnya kat akademi kita bukan nak nilai muka jambu ke
tak. Kita nak nilai performance adik je. Kalau ok kita kekalkan kalau tak kita
bagi pinjam dulu kat akademi lain. Tapi malangnya akademi yang pinjam adik pun
tak minat nak beli terus. Kenapa ye? Cuba fikirkan. You ni ada kebolehan tapi
kadang-kadang lemau. Lagi-lagi kalau pelajar lain macam Zizi Frogba tu datang
dekat you. Terus je you jadi hampeh. Sorry la dik ye. Terkasar sikit la sebab
memang Kak Ogy tak berapa puas hati dengan performance you kebelakangan
ni."

Nama Pelajar: Kolo Habib Toure
Asal: Ivory Coast
Posisi: Pertahanan yang dah tak tahan dengan Gallas, Gladiator Arsenal

Masih Diperlukan..! Mungkin itulah yang difikirkan oleh 4% pengundi yang mengundi pemain pertahanan terbaik Arsenal ni. Walaupun tergolong dalam golongan veteran Gunners, Toure masih mampu memberikan aksi terbaik untuk Akademi Wenger. Kita dengar komen kak Ogy.

"You ade masalah ke Kolo?" Takde Cikgu..(jawab Toure) "Habis I
dengar you ade mintak nak tukar pergi akademi lain tu kenapa? I bukan nak
marah2. I faham yang you dengan seorang lagi pelajar kita tu ada masalah. Tapi
you kena fikirkan jugak pengetua yang penat2 bawak you sampai ke tahap ni. Die
dah habis baik pujuk you. Janganlah kecewakan die. Die pun dah tua tu. OK
berbalik kat performance you. You ni memang sentiasa bermati-matian untuk
akademi dan susah betul I nak cari point kelemahan you. Rasanya mungkin request
you untuk keluar akademi tu la yang buat kite kat sini kecewa sikit. Tolongkan
kekal kat AW dan berikan yang terbaik. Wish You All The Best."


Nama Pelajar: Francesc "Cesc" Fabregas i Soler
Asal: Sepanyol
Posisi: Central Midfield, Kapten, Mangsa Media



11% pengundi akan terkejut sekiranya kapten Arsenal, Cesc Fabregas dijual ke Real MADgreed. Kononnya Real dan Barca sedang main tarik tali untuk mendapatkan Fab dan Boss Arsenal, Wenger hanya mampu menyaksikan pertandingan tarik tali itu sambil melayan secawan teh tarik. Komen sikit Adlin...

"Pertama sekali kan Fab...aku nak ingatkan kau yang ko ni
penghulu baru kat akademi. Belum apa2 ko dah citer pasal nak pindah sana pindah
sini. Aku tak pasti la tu ko yang cakap ke atau agen ko yang cakap ke atau
mamat-mamat media yang sewel tu yang cakap. Tapi takkan ade asap kalo takde api
kan bro. Aku bukan ape...ni demi kebaikan lu jugak bro. Akademi kita ni dah bagi
ko macam-macam. Nak jadi penghulu tu bukannye senang. Ko kalau gi Akademi
MADgreed tu takde maknenya pun kat dieorang tu. Setakat die nak simpan ko dalam
bilik makeup je pun. Bukan nak kasi ko perform setiap minggu. Kalau ko nak terus
meningkat aku syorkan ko continue kat akademi ni. Lagi satu cuba jauhkan diri
dari mikrofon sebab bila ko dapat mikrofon ko cakap macam-macam sampai kadang2 tu jadi cakap tak serupa bikin. Tu je bro"

Nama Pelajar: Gael Clichy
Asal: Perancis
Posisi: Left Back yang tak mata duitan, girlfriend die cun gile
Yang ni memang aku tak nak citer panjang sebab dah disahkan oleh tuan punya badan yang die memang takkan pergi mane-mane. Player paling profesional dalam akademi Wenger dan selalunya tak mengecewakan. Betul tak Adlin?

"Gua memang kerek bro.. Tapi kalau orang tu betul2 perform
memang aku puji. Ko ni memang aku minat dari dulu lagi la. Kurang kontroversi
tinggi prestasi. Baguslah ko nak stay. Aku respek dengan semangat
keakademian ko tu. Sebelum ko nak balik nanti tolong tinggalkan no girlfriend ko
ye bro. Tu pun kalo ko sudi la.."

Nama Pelajar: Francesc "Cesc" Fabregas i Soler
Asal: Sepanyol
Posisi: Central Midfield, Kapten, Mangsa Media

Katakan TIDAK pada Barca. Itulah laungan 52% pengundi yang enggan melihat penghulu Akademi kembali menyarung jersi merah biru Barcelona FC. Walaupun Fabregas merupakan produk Barca, Arsenal merupakan tempat di mana bakatnya diasah, digilap, dikilatkan dan dikiwi. Ada betul ka Adlin?

"Betul la tu..Ko anak manja kat rumah ke bro? Memanjang nak
balik kampung je ko ni. Cuba cari pengalaman sementara masih muda ni. Balik
kampung anytime boleh, tapi pengalaman susah nak cari. Balik kampung pun kerja
ko nanti tukang kilatkan bangku je pun. Duduk akademi kita ni ko siap jadi
penghulu lagi. Tak yah nak bising2 la lepas ni. Stay je. Sambung kontrak sampai
bersara. Kira ok la tu..."


Once A Gunner, Always A Gunner.