Thursday 23 July 2009

Anne...Teh Tarik Satu!!!

Ya....dengan bulan Ogos tinggal lagi seminggu, perhatian peminat-peminat Arsenal pastinya tertumpu pada kejohanan Emirates Cup yang selalunya menjadi pembuka selera pemain-pemain Arsenal sebelum memulakan musim baru. Bermula pada 1 Ogos, kejohanan ini akan berakhir pada keesokan harinya( tak paham aku...). Kejohanan ini bakal melibatkan Arsenal, Rangers, Atletico Madrid, and Paris Saint-German. Tapi Arsenal hanya akan menentang Rangers dan Atletico. Lepas kejohanan ni Wenger and Co. akan berangkat ke Sepanyol untuk menentang Valencia.


Berita malang lagi....Selepas Nasri cedera masa pre season, sekarang giliran Eduardo pulak untuk masuk rumah sakit. Kecederaan Eduardo dikatakan berpunca dari kecederaan awalnya dan difahamkan memerlukan pembedahan bagi membolehkan Dudu kembali beraksi. Kesimpulannya untuk masa dua bulan kita takkan nampak Dudu atas padang. Nasri pulak dikatakan akan pulang dalam masa 6 minggu. Itu janji Wenger. Tapi selalunya kalau dah fracture ni memang payah sikit untuk kembali fit dalam masa 6 minggu tu. Mungkin faktor usia akan memainkan peranan. Kita harapkan 6 minggu tu pun akan jadi 5 minggu. Get well soon Dudu and Nasri!!!


CASHLEY COLE a.k.a A**Hole kembali menegangkan hubungannya dengan Arsenal apabila memberikan kenyataan yang cukup biol baru-baru ini. Ashley mengharapkan agar Man City akan menemani Man Utd, Chelsea dan Liverpool untuk mewakili England dalam saingan Champions League musim depan. Cashley memberikan sebab konon-kononnya langkah Man City untuk membeli belah secara besar-besaran itu dapat memberikan kelebihan pada mereka dalam menenggelamkan Arsenal. Diharap bukan Arsenal yang akan ditenggelamkan sebaliknya Chelsea yang menerima nasib tersebut. Sukar difahami apa sebenarnya masalah si Cashley ni. Ko bukan lagi player Arsenal. Jadi tutup mulut busuk ko tu dan cakap pasal Chelsea je la mangkuk!!

Dalam pada masa yang sama, Wenger memberikan tiket kosong untuk Senderos untuk memilih destinasinya musim depan. Wenger dikatakan tidak akan menghalang Senderos andai pemain tinggi lampai Switzerland tu memilih untuk menyertai pasukan baru. Wenger yakin barisan pertahanan yang ada sekarang mampu untuk mengharungi musim depan dengan cemerlang. No comment......

Once A Gunner, Always A Gunner..