Wednesday 15 July 2009

Cik Siti Adibahyu dan bos barunya, Mak Hangus

AC Mizan akhirnya angkat kaki dan badan apabila mengetahui Mak Hangus dari kota Manchester dah masuk meminang Cik Siti Adibahyu. Cinta yang terjalin sekian lama antara Encik AC Mizan dan Cik Siti Adibahyu akhirnya terputus separuh jalan dengan kemasukan villain bernama Mak Hangus dari kota Manchester. Mak Hangus yang tetiba dapat durian runtuh masuk meminang dengan menjanjikan hantaran lumayan yang bakal ditaja oleh saudagar Arab. Mak Hangus juga pantas meyakinkan Siti Adibahyu yang memang terkenal dengan sikap mata duitannya untuk memutuskan hubungan cintanya dengan AC Mizan. Kisah ini masih belum sampai peringkat klimaks. Persoalan peminat filem Adihbayu ni ialah andai kata Adihbayu angkat kaki, siapa yang bakal menjadi dara ter 'hot' di Kampung Meriam Londah lepas ni?

Cik Siti Adihbayu dan rakan-rakan


Pak Aresan Wan Ngah, selaku ketua kampung pernah mengumumkan pada penduduk kampung masa mesyuarat JKKK lepas yang ada kemungkinan Cik Mariani Jamakh dari Kampung Bordok akan diimpot untuk memastikan Kampung Meriam Londah tidak hilang glamernya. Masalah yang timbul ialah apabila 7 juta yang dioffer untuk ketua kampung kampung Bordok masih tak cukup sehinggakan ada yang mengatakan ketua kampung Bordok cuba untuk memancing sekali Sylvia Sisters untuk menyertai kampung mereka. Pak Aresan Wan Ngah yang memang terkenal dengan sikap biar lambat asal penduduk kampung tension difahamkan telah mencapai kata sepakat dengan ketua kampung Bordok tetapi masih melengah-lengahkan urusan barter ini demi untuk maintain style pembeliannya selama ni.

Edward Dol


Pemergian Adibahyu bakal menyaksikan masa depan insan-insan seperti Edward Dol, Bad Nerk dan Samy Vela berubah menjadi lebih cerah dan berkilau-kilauan. Mari kita doakan yang terbaik bagi insan-insan bertuah ini. Seperti yang kita sedia maklum, terdahulu orang lama di kampung Meriam Londah, Wan Persik ada menyatakan sokongan padunya terhadap Pak Aresan Wan Ngah yang tak putus-putus memberikan peluang pada anak-anak muda di kampung Meriam Londah untuk menyertai team sepak raga kampung mereka. Katanya, "Bukan senang nak yakinkan semua orang untuk mempercayai sistem ni tapi bagi aku sistem inilah yang memberikan peluang kat aku untuk mewakili negara aku dan pada masa yang sama membina semangat yang luar biasa dalam diri aku."

OK...tutup citer Adibahyu. Nak termuntah aku baca setiap hari kat website. Kita cerita pasal benda-benda yang memang akan terjadi. Pre-season match untuk the Gunners bakal bermula hujung minggu ini dengan perlawanan pertama menentang Barnett. Positifnya ialah, bintang pujaan ramai, Rosicky turut tersenarai dalam skuad. Muka baru, Tomas Vermaelen jugak akan bakal diturunkan dalam perlawanan panas badan ni.

Senarai Penuh Skuad ialah: Manuel Almunia, Vito Mannone, William Gallas, Djourou, Silvestre, Vermaelen, Rosicky, Arshavin, Jack, Thoma Cruise, Craig Eastmond, Luke Ayling, Conor Henderson, Francis Coquelin, Jay Emanuel Thomas (ADEBAYOR PART II), Mark Randall, Emmanuel Frimpong, Gilles Sunu, Sanchez Watt, Jay Simpson, Nacer Barazite.


Once A Gunner, Always A Gunner.