Monday 6 July 2009

Kieran HOT FM sign kontrak?

Kalau dah ade tanda soal belakang ayat tu paham2 la sendiri yang citer tu tak betul. Same gak ngan kes ni. Yang sign kontrak bukan Kieran HOT FM tapi Kieran Gibbs Arsenal FC. Pemain yang bakal mengikut jejak langkah gemilang CASHley Cole dan Clichy ini telah menandatangani kontrak jangka masa panjang bersama Arsenal.

Tidak dinafikan lagi kemampuan Gibbs untuk menyediakan cover untuk Clichy yang sejak kebelakangan ni agak kerap injured. Diharap Gibbs dapat cepat belajar dari kesilapan2 musim lepas dan sama sekali tidak mengikut jejak langkah abang besar, CASHley.
Untuk menambahkan lagi kekalutan transfer window, Wenger dikatakan cuba test market dengan mengisytiharkan yang Arsenal akan sedia menerima sebarang tawaran dalam lingkungan 40 juta dan ke atas bagi khidmat Cesc Fabregas. Jumlah itu dikatakan merupakan jumlah yang sukar ditolak oleh The Gunners. Ade jugak bisikan-bisikan misteri dari Emirates yang mengatakan Wenger agak tertarik dengan fakta/statistik rekod tanpa kalah 20 perlawanan Arsenal sewaktu ketiadaan Cesc musim lepas. Wenger yakin yang Arsenal mampu berdiri sendiri tanpa kelibat Fabregas. Hang biaq betui Wenger??!!! Lu pikiaq betoi2...Ni bukan cita mau juai kambing kat kandang!!

MILO!! MILO!! MILO!! Naik rimas pulak biler dengar nama nih. Melo yang konon2nya dah komited ngan Fiorentina dikatakan masih berada dalam radar Mr Professor dan dikatakan masih berminat untuk membawa pemain Brazil tersebut ke Emirates. Buat masa ni Melo bakal membawa tag harga 24 juta yang berada dalam kategori MAHAL GILA untuk team macam Arsenal. Sedangkan player yang harga 17 juta pun kita amik mase dekat sekurun untuk sign, ni kan pulak player yang harga dia 24 juta. Lu pikir la sendiri..

David Oh Lari a.k.a David O'Leary menyatakan hasrat untuk kembali ke arena bola sepak sejak meninggalkan Aston Villa 4 tahun lepas. Bekas pemain Arsenal ini dikatakan hanya akan menerima tawaran untuk menjadi orang no.2 di Arsenal atau Man Utd sahaja disebabkan rasa hormat dan kagumnya terhadap Arsene Wenger dan Alex Hidung Merah. Sama ada impian beliau akan tercapai atau tidak kita nantikan 7 musim lagi.

Once A Gunner, Always A Gunner.