Wednesday 29 September 2010

That s the spirit Fabianski!!



Buktikan sebelum bercakap!! Itulah reaksi ramai penyokong Arsenal apabila Wenger menegakkan pendiriannya mengenai kehebatan penjaga gol muda, Lukasz Fabianski. Aku pun termasuk dalam kategori penyokong yang melenting sama. Tapi awal pagi tadi Fabianski menunjukkan sinar harapan mengapa Wenger begitu yakn terhadapnya. Sekiranya Fabianski mampu mengekalkan prestasi malam tadi, Almunia pastinya tak senang duduk lepas ni. Yang paling aku suka reaksi Fabianski lepas save penalty. Begitu beremosi. Mungkin inilah detik yang dinanti-nantikan anak muda ini. Sudah tiba masanya untuk penjaga gol harapan ni untuk bangkit dan membuktikan betapa kita semua bersalah selama ni dalam menghentam dia.



Seorang lagi pemain yang ceria malam tadi ialah Rosicky. Kalau tak percaya tengoklah reaksi dia lepas Chamakh score gol kedua. Mungkin ceria gol tersebut dijaringkan hasil cross cantik olehnya. Tapi itulah moral boost yang diperlukan oleh Rosicky selama ini. Cuma masih belum menjaringkan gol. Tapi aku yakin masanya akan tiba tidak lama lagi. Lagipun Rosicky bukannya pemain yang tiada pengalaman. Dia mampu mengharungi tempoh yang penuh dugaan ini dengan lebih baik jika dibandingkan dengan Diaby dan Eboue.

Arshavin berjaya menjaringkan gol tetapi kegembiraannya sedikit tercalar setelah terlepas peluang untuk menambah jaringan selepas sepakan penaltinya diselamatkan oleh bekas keeper Wigan, Stojkovic. Chamakh meneruskan pesta golnya tapi masih perlu lebih berani dalam mengasak kubu lawan. Paling menyinar ialah Jack Wilshere. Cukup pantas dan hantaran pemain muda ini labih kemas dalam perlawanan ini. Mungkin Wenger menyesal kerana tidak menurunkan anak muda ini dalam kesebelasan utama semasa menentang West Brom. Kreativiti dan kepantasan Wilshere mungkin dapat membantu Arsenal minggu lepas. Ape-ape pun yang lepas tu kita lupakan. Kita akan saksikan kebangkitan Fabianski dan aku betul-betul berharap agar keyakinan Wenger dibalas oleh Lukasz Fabianski. Syabas Bro!!!

Once A Gunner, Always A Gunner.