Sunday 31 May 2009

MUSIM BERAKHIR .. MARI BEREHAT

Tamatnya musim EPL 08/09 bermakna Arsenal masih berada dalam kelompok elit EPL. Walaupun tak dapat kelayakan automatik Champions League, kita tetap memberikan saingan terbaik untuk musim ni. Tahniah kepada semua pemain dan juga peminat yang tak henti-henti memberikan sokongan kepada pasukan muda The Gunners ini.

Walaupun mengakhiri musim tanpa sebarang piala, kita tetap boleh berbangga dengan kejayaan memasuki separuh akhir FA Cup dan Champions League yang dikira satu pencapaian besar. Pada awal musim ramai yang berpendapat Arsenal akan terkeluar dari top 4 tapi barisan pemain muda Arsenal berjaya menidakkan tanggapan tersebut. Tidak terkecuali juga mereka yang berpendapat Arsenal takkan ke mana dalam saingan Champions League. Tapi kita tetap mara sehingga ke pusingan separuh akhir.

Untuk musim depan, masih belum ada sebarang pembelian baru dari Arsenal. Cuma seperti biasa gossip-gossip liar kedengaran. Seperti biasa ramai pemain-pemain hebat yang dikaitkan dengan Arsenal. Gareth Barry, Hangelaand, Xabi Alonso, Santa Cruz dan ramai lagi yang dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal. Tapi dikatakan Arsene Wenger enggan untuk menjenguk pasukan-pasukan lain untuk pemain baru kerana dia berpendapat pasukannya sendiri penuh dengan bakat-bakat hebat. Memamng betul!! Buktinya pemain-pemain Youth Arsenal dilihat mampu meloloskan diri ke pasukan utama tidak lama lagi.


JACK WILSHERE!! Pemain kecik-kecik cili padi ini kerap disamakan dengan Andres Iniesta disebabkan kebolehannya untuk mengucar-kacirkan pertahanan lawan dan pada masa yang sama berupaya menjaringkan gol. Diharapkan pemain muda ini dapat memberikan sumbangan kepada Arsenal pada musim depan. Tidak dilupakan juga pemain-pemain lain seperti Sanchez Watt, kapten Jay Emmanuel-Thomas, Henri Lansbury dan Gilles Sunu.

Ramai juga pemain Arsenal yang dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Arsenal. Yang berada di puncak senarai tu semestinya Emmanuel Adebayor yang dikaitkan dengan Inter dan AC Milan. Adebayor yang gagal menyerlah musim ini dikatakan kurang senang dengan sambutan yang diberikan oleh penyokong terhadapnya. Ade, memang dah adat dalam bola sepak. Bila main macam nak tak nak tak de penyokong yang nak cium sayang kau!! Kalaulah kau kekal di Emirates musim depan tolong berubah dan berhenti bercakap pasal pasukan-pasukan lain. Fokus kat Arsenal dan Arsenal sahaja!!! Pemain-pemain lain seperti Fabregas dan Van Persie menolak spekulasi yang mengaitkan mereka dengan perpindahan ke pasukan-pasukan lain.

Once A Gunner, Always A Gunner..