



Sempena ulangtahun ke -13 boss Arsenal, Mr Arsene Wenger, ramai betul yang menghamburkan pujian dan ulasan-ulasan menarik yang membuktikan betapa Arsene Who? kini menjadi Arsene God. Yang paling menarik pastinya komen Thierry Henry yang menyatakan dia pasti akan kembali ke pangkuan bapa angkatnya,Wenger satu hari nanti. Hubungan istimewa antara Wenger dan Henry pastinya sesuatu yang sukar dilupakan oleh kedua-dua mereka. Peranan Wenger dalam proses transisi Henry sememangnya amat penting dan sesuatu yang sukar dilupakan peminat the Gunners. Kejayaan Wenger dalam mempertahankan kedudukannya sebagai boss Arsenal semalam 13 tahun wajar dipuji dan dihargai.
Thierry Henry, Patrick Vieira, Emmanuel Petit, Cesc Fabregas dan ramai lagi pemain bintang berjaya digilap Wenger dalam tempoh 13 tahunnya bersama Arsenal yang menjadikannya pengurus paling berjaya the Gunners. Kapten Arsenal, Cesc Fabregas plak menegaskan Wenger merupakan individu yang paling penting dalam kareer bola sepaknya. Jika tidak Wenger, Fabregas kini mungkin masih terkial-kial di Barca.
Orang tamak selalu rugi!! Itulah yang dapat disimpulkan kat nasib yang dialami Theo Walcott. Walaupun ditegah berkali-kali oleh Wenger, die tetap mewakili Englang untuk perlawanan international yang menyebabkan injury lama berulang. Kononnya die yakin yang die dah pulih sepenuhnya. Wenger sememangnya tahu 100% kemampuan mamat ni tapi masalahnya tuan punya badan nak naik cepat. Relax2 la brader. Ko nak jadi cam Hleb jugak ka??
Walaupun terlepas komen beberapa perlawanan melibatkan Arsenal dek keseronokan bercuti raya, aku rasa aku dapat simpulkan semua perlawanan tu dalam satu perenggan je. VITO MANNONE!! Mane ko selama ni? Selepas melihat aksi cemerlang menentang Fulham dan Olympiakos aku cukup kagum dan terkejut dengan kematangan keeper muda dari bumi Itali ni. Walaupun gelabah tahap gaban masa lawan Wigan, die mempamerkan aksi selamba dan meyakinkan dalam 2 perlawanan selepas tu. Harap dapat dikekalkan rentak cemerlang tu Mr Mano Eh?.. Aksi cemerlang keeper berusia 21 tahun ni pastinya menambahkan lagi jangkitan kuman di chest Manuel Almunia. Mana taknya, dalam hanya 2 perlawanan Mannone berjaya memenangi hati jutaan peminat Arsenal. Sesuatu yang masih gagal dilakukan oleh Almunia senhingga sekarang. Namun perlu diingat bahawa Mannone masih perlu banyak belajar dan tak adil untuk meletakkan tekanan yang tinggi kat mamat tu.
"Rugi arr korang jual die!! Hebat tu!!" jerit member aku yang juga supporter Chelsea yang menyibuk tengok match Man City vs Arsenal Sabtu lepas sebaik saja selepas Emmanuel Adebayor menjaringkan gol ketiga Man City. Melihat pada sambutan gol Adebayor aku 100% yakin bahawa tindakan Arsene Wenger untuk melepaskan Mr Kacang tu betul 100%. Pedulik ape aku macam mane supporter Arsenal layan kau, yang pentingnya ko tu dikutip dari AS Monaco time ko langsung takde peluang nak main dan silap-silap akan terus memanaskan bangku simpanan kat sane oleh Arsene Wenger. Tiba-tiba nama ko melonjak dan kini bergelar penyerang digeruni di Eropah dan Afrika. Mana datangnya nama tu??!! Mark Hughes ke yang bagi? pak Arab yang belikan ke?Atau datang dari Beyonce yang ko idam-idamkan tu? Ingatlah sikit si Kacang oi, tak ke mana ko kalau Arsene Wenger tak kutip ko dari Monaco satu mase dulu. Tong sampah la lokasi ko sekarang!! Aku sikit pon tak heran mase ko score gol trade mark ko tu, tapi sambutan "hodoh" ko tu dah cukup membarankan kepala hotak aku dan mamak yang tengah goreng mee time tu. "Ayo itu budak serupa lembu gila tarak akal lari keliling padang juga la macha!!"jerit mamak tu sambil menggelengkan kepala. "Dia memang tarak akal la mamak" aku menyahut dengan penuh selamba. Dan bagi penyokong-penyokong Man City yang mengagungkan pemain lupa daratan ni, bersedialah untuk diperlakukan macam kami tak lama lagi. Dan bagi Ade, "langit tak selalunya cerah"....Beringatlah sikit ye...Welcome to Emirates!!!

Player England tak semuanya hipokrit!!! Itulah kesimpulan aku lepas baca kenyataan bekas kapten England, David Beckham. Sedang Gareth Barry, John Terry dan Rooney the Diver cuba menegakkan benang yang basah dalam mempertahankan betapa tindakan UEFA dalam mendenda Eduardo adalah tepat 100%, Beckham yang sememangnya seorang pemain yang profesional tenang menidakkan kenyataan teman sepasukannya.
Huhu..tergelak aku baca komen kat chatbox yang kata bile Arsenal kalah terus jer senyap...Come on arr dude. Bukan nak menyorok la. Aku baru jer balik outstation. Dah tu laptop meragam la plak. So hari ni baru aku berpeluang nak melepaskan geram kekalahan MEMALUKAN minggu lepas. Menentang team yang lemah diulang lemah dan lemau aku budget seri sebab ketiadaan pemain-pemain kreatif kita termasuk Cesc Fabregas. Kalau korang seorang peminat bola sepak yang berfikiran logik dan berakal waras maka perlu diakui yang hanya ade satu pasukan yang layak menang dalam perlawanan tu dan pasukan itu ialah Arsenal. Man Utd lebih selesa mempraktikkan strategi bola sepak bapuk mereka di Old Trafford. Foul demi foul dan langsung takde idea nak menyerang. Sekadar meletakkan Rooney the Diver selaku penyerang jelas menerangkan betapa SAF cukup gerun dengan serangan-serangan Arsenal. 

Arsenal menang 3-1 tapi TheSun dan DailyMail nampaknya lebih berminat dengan penalti yang diberikan pengadil untuk Arsenal. Jika sebelum ni Arsenal pernah menjadi mangsa penalti bodoh oleh pengadil, buat pertama kalinya pengadil memberikan penalti berdasarkan benefit of doubt. Sebelum ni Ronaldo pernah dive, Drogba pernah dive dan juga Babel tapi seringkali dimaafkan dengan segera takpun koman2 kena kutuk dalam satu perenggan je. Tapi sebab kali ni Eduardo yang dituduh dive, akhbar "murahan" TheSun sanggup allocate satu kolum khas untuk mengutuk pemain antarabangsa Croatia ni. Itulah nasib kalau jadi player Arsenal wahai Dudu. Buat bodoh jer...You ROCKS!!!

Gol pertama aku kategorikan sebagai benefit of doubt. Kalau tengok dari angle ref memang penalti sebab nampak sangat si "LEMBU" Boruc datang menyergah Eduardo macam nak patahkan kaki die sekali lagi. Perlukah die terus berdiri tegak untuk menerima terjahan Boruc yang semestinya akan patahkan balik kaki die atau kene lompat untuk elakkan terjahan tu? Bagi aku Eduardo bukan dive untuk penalti die sekadar lompat untuk elakkan terjahan. Lutut Boruc memang kena kat kaki Eduardo. "Contact dengan pemain lawan dalam kotak penalti selepas bola berada di luar jangkauan"-keputusan?? simple, PENALTI. Referee ambil keputusan yang tepat tapi memang agak kejam. Tapi who cares?? Kami pun pernah jadi mangsa kekejaman camnie. Lagipun bukan gol tu je yang menidakkan peluang Celtic. Dieorang memang totally outclassed.The best team won!!
Gol kedua disumbangkan oleh pemain "kesayangan" peminat, Emmanuel Eboue. SIMPLE AND SMART GOAL. Gerakan awal yang disudahkan dengan selamba oleh Eboue ni menutup terus peluang Celtic. Walaupun dengan ketiadaan RVP dan Arshavin, Arsenal tetap mempamerkan permainan mantap dan bergaya. Gol ketiga merupakan "amaran" bagi Alex Ferguson yang terkebil-kebil menonton perlawanan awal pagi tadi. Gerakan menarik yang disudahkan dengan kelas tersendiri oleh Arshavin bagi meletakkan Arsenal 5-0 secara aggregate sebelum Arsenal menghadiahkan satu gol kepada Celtic menerusi Masimmo Donatti. Kesimpulannya....5 Star Arsenal...BRAVO
Once A Gunner, Always A Gunner..
Baru sahaja dua perlawanan berlalu, Arsenal dah mula mengganas dengan menjaringkan 10 gol. Kemenangan semalam diharap dapat menyampaikan mesej yang jelas kepada pengkritik-pengkritik setia the Gunners yang sibuk nak menidakkan peluang Arsenal untuk kekal di kelompok Big 4 musim ni. Mungkin terlalu awal untuk mendabik dada tapi dirasakan pasukan yang ada sekarang ni mampu membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala season ni. In Arsenal We Trust!!


Ayat kat atas ni lah yang mungkin dikatakan oleh Gallas dan Clichy selepas tamatnya perlawanan Celtic vs Arsenal semalam. Arsenal menang 2-0 seperti yang aku predict dan memacakkan sebelah kaki di pusingan akhir CL. Return leg di Emirates pastinya seperti mendaki Everest bagi pemain-pemain Celtic.
Keputusan 6-1 tempoh hari sememangnya sesuatu yang sangat menggembirakan. Tapi ini bukannya masa untuk bersuka-suka atau melayang-layang dalam fantasi bagi pemain-pemain muda the Gunners. Misi seterusnya terhidang malam ni menentang kelab Scotland, Celtic yang sekarang ni dibimbing oleh bekas pengurus West Brom, Tony Mowbray.Turun selaku pendahulu liga Inggeris sememangnya suatu tekanan bagi pemain-pemain the Gunners tapi Mr Wenger yakin spesimen-spesimen eksperimennya mampu mendiamkan sorakan penyokong-penyokong Celtic dan pulang dengan 3 mata penuh dari Glasgow. Walau apa pun harus diingat bahawa Celtic bukanlah kelab picisan dan boleh dibenam semudah Everton. Memiliki pengalaman dan penyokong-penyokong fanatik yang mampu menggerunkan lawan. Itulah yang menceritakan pasukan gergasi Scotland ini.
Selepas kemenangan besar menentang Everton, Arsenal seharusnya mampu meneruskan tempo kemenangan. Kemunculan Thomas Vermaelen minggu lepas menerima pujian melambung dari pelbagai pihak sehinggakan ada yang mengatakan dialah "missing piece" dalam team Arsenal selama ni. Mana taknye, tackle-tackle ganas dan clearance heading mamat ni amat menyakinkan dan menggerunkan. Diharap die dapat memainkan peranan yang sama awal pagi esok demi mengesahkan tiket ke Champions League.

Rating @ 3M : Almunia (8) , Sagna (7), Gallas(8) , Mael(8), Clichy (7), Song(8), Denilson(8), Fabregas(9), Bendtner(7), Arshavin(7), van Persie (8) Sub: Dudu(7), Ramsey(6), Eboue(6)
Selepas Hangelaand seorang lagi pemain pertahanan dikaitkan dengan Arsenal. Pemain berusia 20 tahun, Neven Subotic yang kini beraksi untuk kelab Jerman Borrusia Dortmund dikatakan berada dalam radar Arsene Wenger. Masih belum ada sebarang bid rasmi tapi difahamkan Everton juga mengikuti perkembangan pemain Serbia ini. Dengan pemergian Toure tiada lagi pilihan untuk Wenger selain untuk mendapatkan pemain pertahanan baru. Tapi kalau ikutkan ayat die hari tu, pemain pertahanan hanya akan dibeli sekiranya Senderos mengambil langkah untuk berpindah.


Berbaki satu perlawanan menentang Rangers, Arsenal kini merupakan favorite untuk menjulang Emirates Cup. Persembahan malam tadi merupakan sesuatu yang pasti dinanti-nantikan oleh semua peminat Arsenal dan diharap ianya akan berterusan sepanjang musim depan.
Once A Gunner, Always A Gunner..
Yang ni pun berita yang same gak.."Captain is back!!"huhu..Sedap didengar tapi tak tau la realiti atau fantasi paparazi. Bekas kapten Arsenal, Patrick Vieira dikaitkan dengan episod jejak kasih bersama the Gunners. Arsene Wenger dikatakan masih menyimpan hasrat untuk membawa lagenda the Gunners ni kembali ke Emirates. Walaupun bukan Arsene s Style, ianya mungkin opsyen terbaik bagi Arsenal. Memang jelas yang pemergian Vieira masih tak dapat diterima kebanyakan peminat Arsenal yang merasakan masih belum ada pengganti baginya dalam skuad sekarang ni. Tapi berita ni aku rase setakat rumours je. Tapi kalau jadi pun ok gak tu!!!
Eh eh...Unta lar....Yup...penyerang Belanda ni kembali dikaitkan dengan Arsenal selepas Spurs dilihat telah hilang minat pada mamat ni lepas mendapatkan khidmat si Galah Panjang Crouch. 15 juta yang diperoleh melalui penjualan Toure dilihat sudah cukup untuk membiayai kos untuk mendapatkan Huntelaar. Namun apakah rasionalnya untuk membeli penyerang sedangkan yang kronik sekarang ni defensive midfielder??!! Lu pikirlah sendiri! Walau ape pun aku yakin selagi pemain tu ada kualiti, mereka sentiasa dialu-alukan oleh the Gunners. Prospek untuk bergandingan dengan Robin van Persie sememangnya sesuatu yang cukup menarik untuk Huntelaar. Tapi sorry arr Bro, "we got Eduardo da Silva..la..la..laa..la.." Tahukah Anda?? Do You Know? Berapakah keuntungan yang dikaut oleh Arsenal hasil penjualan Kolo Toure? 14.85 juta!!! Pemain Ivory Coast yang dijual kepada Man City dengan harga 15 juta tu sebenarnya dibeli oleh Arsenal dari kelab Beveren (Belgium) dengan harga 150,000..diulang 150,000. Secara matematiknya memang satu percaturan yang cukup genius tapi secara taktikalnya agak menggerunkan. Tapi diharap pengganti Kolo Toure, Thomas Vermaelen dapat mengubati rindu peminat-peminat Arsenal terhadap pemain era the Invicebles itu. Satu lagi berita terkini ialah mengenai Maroune Chamakh yang kembali menggoda Arsene Wenger. Chamakh dikatakan kurang berminat dengan perpindan ke kelab "KECIL" Sunderland. Dalam diam-diam die dikatakan masih menaruh harapan untuk ke Emirates Stadium. Tapi kalau ikutkan pemerhatian aku terhadap Chamakh dan Huntelaar(pergh!!!), dirasakan Huntelaar merupakan pemain yang lebih dikehendaki Arsenal. Chamakh sekadar average dan masih perlu banyak belajar lebih-lebih lagi bab finishing yang amat ketara. Huntelaar merupakan pemain yang lebih direct dan mampu membaca gerakan dengan lebih pantas. Bab finishing, first touch, control dan heading memang Huntelaar jauh lebih bagus dari Chamakh. Tapi bab speed memang Chamakh lagi bagus dari Huntelaar. Tapi adakah salah seorang antara mereka akan menjadi Gunners musim depan?? Tepuk dada Wenger, Tanya Selera....
Fixtures Arsenal untuk Bulan Ogos
Ahad, 16-Ogos
Everton v Arsenal (12.30pagi waktu Malaysia)
Rabu, 19-Ogos
Arsenal v Bolton (2.45pagi waktu Malaysia)
Sabtu, 22-Ogos
Arsenal v Portsmouth (11.00malam waktu Malaysia)
Ahad, 30-Ogos
Man Utd v Arsenal (12.15pagi waktu Malaysia)
Once A Gunner, Always A Gunner..
OH TIDAK!!! Mungkin itulah reaksi korang bile dengar hot news ni. Man City nampaknya masih tak puas hati dalam mengebas player-player Arsenal. Lepas Adebayor sekarang giliran Kolo Toure pulak. Memang cukup berat hati nak terima pemergian pemain generasi the Invicibles ni. Berbanding dengan Adebayor, Toure cukup profesional dan memang susah untuk kutuk die walaupun keputusan yang diambilnya untuk menyertai Geng Jahat ni. Kite harapkan die cepat kaya di Man City dan kemungkinan besar takkan menang ape-ape trofi. Thanks for everything..
Aku nak jual lagi 5 orang..Cube teka sape??

Dalam masa yang sama, berita kurang baik kedengaran di kem Mancis Cik Siti yang konon-kononnya dah berjaya mendapatkan khidmat pemain veteran Arsenal, Kolo Toure. Kesahihannya masih belum dapat dibuktikan tapi dikatakan Man City sedia melabur 15 juta untuk khidmat Toure. Toure dikatakan bakal dibayar sebanyak 120k seminggu iaitu 2 kali ganda gajinya di Arsenal. Untuk rekod, Toure dibeli oleh Wenger dengan harga kurang dari 1 juta (kalau tak silap 500k jer...). Memang satu deal yang menguntungkan tapi kesan jangka masa panjangnya amat menggerunkan. Mungkinkah Wenger dah ada pelan B nya yang tersendiri?? Who Knows??!! Walau ape pun keputusan Toure, aku pasti akan diterima oleh peminat-peminat walaupun agak sukar dan menyakitkan hati.
Jiran Arsenal, Spurs nampaknya dah hilang idea untuk cari pasal dengan Arsenal. Terbaru, manager Spurs, Si Harry Redknapp menyatakan keinginannya untuk membawa masuk bekas kapten Arsenal, Patrick Vieira ke White Hart Lane. Masih tiada sebarang kenyataan rasmi dari pihak Vieira, tapi diharap pemain lagenda Arsenal tu takkan buat sebarang keputusan kontroversi. Isu Vieira ni juga turut menarik minat bekas pemain Arsenal, Thierry Henry yang terang-terang menyatakan betapa die tak setuju Vieira berpindah ke Spurs. Henry menyatakan die masih lagi true Gunners dan takkan walau sekalipun menyokong Spurs atau membantu Spurs dalam ape jua cara sekalipun.
Once A Gunner, Always A Gunner...
Tengah bosan-bosan layan Youtube, aku terjumpa clip kelakar kat bawah ni....Enjoy
Once A Gunner, Always A Gunner..
MeriamMalaysia memohon maaf di atas laporan palsu yang dikeluarkan dalam blog ni semalam. Berita kecederaan Eduardo da Silva yang dilaporkan semalam ialah 100% penipuan dan direka oleh individu-individu yang dengki@busuk hati@busuk mulut@busuk badan demi menimbulkan kekalutan di kalangan peminat-peminat Arsenal. Sebaliknya Dudu dilaporkan cergas dan berada pada terbaik dan bakal diturunkan dalam perlawanan persahabatan seterusnya menentang Szombathelyi Haladas. Sememangnya satu berita yang cukup menggembirakan.
